Post Top Ad

Post Top Ad

Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan

Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan | Penternakan kambing bukan lagi tanda tanya pada masa sekarang ini. Selalu kita bertandang ke restoran, hidangan masakan daging kambing pastinya ada. Jika anda ke restoran Mamak, hidangan wajib adalah daging kambing. So, penternakan kambing memang sentiasa berjalan lancar, dengan adanya pasaran yang sedia ada di negara kita ini.

Artikel yang dipaparkan di media massa banyak menceritakan tentang kejayaan dan potensi keuntungan lumayan hasil penternakan kambing. Ada antara mereka bermula dari seeokor kambing sehingga ratusan ekor kambing, bayangkan bagaimana perkembangan ini begitu pantas lantas ramai pula yang menceburi bidang penternakan kambing ini untuk mengambil berkat sunnah Nabi Muhammad SAW.

Penternakan kambing dan potensi keuntungan
Keratan Akhbar Kejayaan Penternak Kambing


Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan


Ramai yang bertanya, dimanakah tempat berkursus untuk memulakan penternakan kambing ini. Sebenarnya, ada banyak tempat untuk menjalani kursus atau latihan. Samada anda menghadiri kursus anjuran kerajaan ataupun syarikat penternakan kambing yang telah berjaya. Banyak tempat untuk berkursus di Malaysia ini. Antara pilihan yang anda boleh lakukan adalah:

  • Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Pusat Latihan MARDI
  • Korposrasi Pembangunan Desa (Sabah)
  • UK Farming Sdn Bhd
  • Agro World Channel Sdn Bhd
Dan, ada banyak lagi...

Kos untuk menjalani kursus ini adalah bermula dari RM350 sehingga RM1500 bergantung kepada pihak penganjur yang menjalankan latihan. Ianya memakan masa sehingga seminggu untuk latihan pelbagai ilmu berkaitan penternakan kambing.


Walaupun kambing telah lama dipelihara di negara kita, perusahaan ini dijalankan secara kecil-kecilan samada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Dulu lain, sekarang permintaan daripada luar negara semakin meningkat terutamanya  negara China.




Jenis-Jenis Kambing Yang Boleh Diternak



Dalam bidang penternakan kambing, anda haruslah mengetahui jenis-jenis baka kambing yang ada dipasaran dan baka mana yang sesuai untuk diternak seterusnya berpotensi untuk dikomersialkan. Ada beberapa jenis baka kambing yang selalunya diternak iaitu:

  • Kambing Kacang(Katjang)
  • Kambing Jamnapari
  • Kambing Anglo Nubian
  • Kambing Boer
  • Kambing Toggenburg

Info lanjut tentang ciri-ciri kambing ini? baca selanjutnya di sini


Potensi Keuntungan?


Berat seekor kambing adalah 30 hingga 80 kilogram bergantung kepada baka kambing itu sendiri, ada yang besar ada yang sederhana besar. Selalunya, kambing laris dijual untuk tujuan ibadah aqiqah dan ibadah qurban, malah ada juga dijadikan pilihan untuk sedekah dan infaq kerumah anak-anak yatim. Anggaran harga untuk seekor kambing adalah RM1500 hingga RM3000. Kalau sebulan boleh jual 10 ekor kambing? anda akan dapat RM15000! untuk sebulan sahaja.

Belum termasuk kambing yang dibekalkan di restoran-restoran, harga sekilo daging kambing lebih kurang RM22/kg. Seekor kambing 30kg X RM22, berapa? RM660! kalau anda bekalkan 10 restoran sebulan dengan seekor kambing pun, anda sudah memperolehi keuntungan RM6600!

Banyak resepi yang sedap-sedap ada direstoran tu, cuba tengok 15 resepi daging kambing yang menyelerakan ini, pasti terliurlah haha..


Bagaimana Cara Memulakan Penternakan Kambing


Sebagai langkah pertama menceburi bidang perusahaan dan penternakan kambing ini. Anda perlulah berguru dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang ini. Dimana nak cari mereka? mereka yang berpengalaman selalunya berada di pusat-pusat latihan dan bimbingan yang anjurkan kerajaan atau swasta. Ada juga antara mereka yang berjaya ini, mengongsikan pengalaman mereka melalui penulisan buku.

Cara Memulakan Penternakan Kambing
Sumber | Kambing Boer

Untuk mula, banyak maklumat yang perlu dikumpulkan. Anda bolehlah menghadiri mana-mana pusat latihan untuk menimba ilmu penternakan ini. Tetapi, jika anda rasa tiada modal yang banyak untuk membayar yuran kursus, anda boleh dapatkan buku panduan ternak kambing dimana-mana kedai buku berhampiran anda.

Terdapat sebuah ebook yang tidak dijual dimana-mana kedai buku iaitu Rahsia Kambing. Buku ini dalam bentuk digital dan boleh diperolehi dengan puluhan ringgit saja.


Dapatkan ebook Rahsia Kambing sekarang! - Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing

Terima kasih kerana membaca Kursus Penternakan Kambing Dan Potensi Keuntungan ini.

Semoga membantu anda yang memerlukan.

3 ulasan:

  1. Dari kecik sampei knek tok alu sik pandai makan dgg kambing..hihi

    BalasPadam
  2. Teringin juga nak ternak kambing.. Comel je kambing. Hihi cuma kena ada ladangnya

    BalasPadam
  3. ada kawan seorang lepas degree dia tak dapat kerja, dia cari modal buat ternak kambing. sambil2 tu dia sambung belajar. skrg dah PhD dah pun.. hahaha

    BalasPadam