Panduan Penting Temuduga SPA

Panduan Penting Temuduga SPA | Tahun 2017 nanti dijangkakan akan banyak lagi temuduga dan peperiksaan online yang akan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sungguhpun begitu, ramai juga graduan yang akan menamatkan pengajian, ini bermakna persaingan semakin bertambah.

Berkhidmat dengan kerajaan merupakan impian ramai individu, memandangkan banyak keistimewaan yang boleh diperolehi nanti, ramai individu yang bekerja dengan syarikat swasta hanya untuk sementara kerana target kerjaya adalah dengan kerajaan. Namun, ada juga yang tak mahu bekerja dengan kerajaan kerana lebih selesa dengan majikan swasta yang bergaji lebih tinggi daripada penjawat awam.

Panduan Menghadiri Temuduga SPA 2017

Persediaan rapi menghadapi temuduga bukan masalah bagi anda yang berpengalaman hadiri temuduga. Tapi, bagaimana pulak dengan yang Fresh graduate? mesti berdebar-debar bila sebut 'interview' kan?

Disini saya kongsikan sedikit maklumat tentang panduan penting temuduga SPA.


Sebelum Temuduga


  • Kenalpasti Majikan Anda
  • Selidik Organisasi & Panel Temuduga
  • Jangan Menghafal Soalan
  • Buat Latih Tubi & Jawab
  • Buat Persediaan Soalan Yang Mungkin Datang

Faktor-Faktor Yang Akan Dinilai


  • Pengetahuan Am
  • Kebolehan Komunikasi
  • Keyakinan
  • Kebolehan Berfikir
  • Motivasi diri
  • Sikap Positif
  • Cekap Dalam Bidang Yang Dipilih

Untuk rujukan lengkap, baca - 15 Persediaan Lengkap Menghadiri Temuduga SPA

Perlukan rujukan lebih? apa kata anda dapatkan ebook panduan lulus temuduga kerajaan ini untuk menambahkan lagi keyakinan semasa temuduga nanti. 


Berpuluh ribu graduan yang menamatkan pengajian di peringkat Master, Ijazah Sarjana Muda, PT3/SPM/SPMV/SPVM atau SKM di Malaysia setiap tahun. Bayangkan persaingan anda yang gila vavi banyak ini? kadang-kadang kekosongan hanya 10 tetapi yang dipanggil temuduga adalah seramai 2000 orang calon. Persaingan? tak payah cakaplah..memang sangat sukar..

Dengan adanya panduan ini, dengan sedikit persediaan dari segi fizikal dan mental diiringi doa. Pastinya akan mengecilkan 'sukar' itu menjadi 'mungkin', ia akan banyak mempengaruhi keyakinan anda menghadiri temuduga nanti.

Semoga berjaya!

3 comments.. read them below or add one

Irda Garmin Irda Garmin 9 Disember 2016 1:44 PTG
salam tuan ..kalau ada kelapangan boleh wassap sy ya..sy ingin berguru tentang dunia blogging,sy bayar pun xpa..hehe ilmu tu