SSPN-i Plus/SSPN-i Wajib Untuk Permohonan Pinjaman PTPTN

SSPN-i Plus Atau SSPN-i Wajib Untuk Permohonan Pinjaman PTPTN | Sejak penambahbaikan SSPN-i kepada SSPN-i Plus, ramai ibubapa yang semakin menyedari tentang kepentingan penyimpanan pendidikan untuk anak-anak mereka.


Lazimya kita ketahui, ada beberapa keperluan yang semakin meningkat tahun demi tahun. Antaranya adalah Pendidikan, Kos Perubatan, dan Hartanah. Kos melibatkan  3 aspek ini amat membimbangkan kita, jika tiada perancangan masa hadapan pastinya kita akan menghadapi masalah nanti.


Rancang Masa Depan Pendidikan Anak


SSPN-i pada mulanya merupakan satu skim simpanan yang diwajibkan untuk setiap permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN. Seorang pelajar yang memohon  pinjaman pendidikan PTPTN haruslah membuat akaun SSPN-i sebagai simpanan pendidikan mereka di mana-mana cawangan Bank, atau kaunter PTPTN.

SSPN-i Plus pula adalah penambahbaikan sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN-i Plus menggunakan konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran bergantung kepada pakej yang dipilih.


Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus
PAKEJ
Intan
Delima
Topas
Zamrud
Nilam
Berlian
Simpanan  SSPN-i
RM20
RM40
RM90
RM180
RM270
RM200
Sumbangan Takaful
RM10
RM10
RM10
RM20
RM30
RM300
Jumlah Komitmen Bulanan
RM30
RM50
RM100
RM200
RM300
RM500

Pakej SSPN-i Plus - Baca Sini


Perbezaan Antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i
Perkara
SSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)
SSPN-i
 Komitmen Minimum
Serendah RM30/ sebulan.
Tiada
 Sumbangan Takaful
Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.
Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas)
  Manfaat Takaful
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.
a) Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).
c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.
c) Tiada
d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.
d) Tiada
e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
e) Tiada
f) Khairat kematian mengikut pakej:
(i) Pendeposit - sehingga RM18,000,
(ii) Pasangan - sehingga RM9,000, dan
(iii) 3 anak - sehingga RM2,000 seorang.
f) Khairat kematian bagi:
(i) Pendeposit - RM2,000, dan
(ii) Penerima manfaat - RM500
 Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
a) Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
b) Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
b) Tiada
 Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)
Tiada.
Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
 Syarat Pembukaan Akaun
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri.
b) Anak sendiri, dan
c) Anak jagaan yang sah.
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri,
b) Anak sendiri
c) Anak jagaan yang sah
d) Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun

Faham tak perbezaan dia?? kalau faham, bagus sebab banyak sangat kelebihan dan manfaat SSPN-i Plus ini..

Paling best, bayi yang baru berumur 1 hari saja pun sudah boleh membuka akaun SSPN-i Plus. Tanpa penghantaran surat sokongan dan laporan kesihatan. 


Adakah Saya Layak Memohon Pinjaman PTPTN Jika Saya Ada Akaun SSPN-i Atau SSPN-i Plus??

Ya. Anda layak memohon pinjaman PTPTN sekiranya anda mempunyai salah satu akaun SSPN. 

<img src="sspniplus.jpg" alt="sspn-i plus ptptn">


Ingat! Jika anda ada salah satu akaun simpanan pendidikan SSPN-i atau SSPN-i Plus, anda sudah layak untuk memohon pinjaman PTPTN.

Dah faham?

Buka akaun SSPN-i Plus Secara Online - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus

<img src="cabutanwow2016.jpg" alt="keputusan cabutan wow sspn-i plus">

Selain simpanan dan perlindungan takaful, anda juga berpeluang memenangi Cabutan Wow! yang menawarkan hadiah cabutan berjumlah RM1,500,000. 

Ramai yang dah buka akaun SSPN-i Plus tapi risau bagaimana untuk membuat penambahan / bayaran bulanan? 



Semoga membantu.

Tag : SSPN-i Plus
0 Komentar untuk "SSPN-i Plus/SSPN-i Wajib Untuk Permohonan Pinjaman PTPTN"

Back To Top