Post Top Ad

Tarikh Akhir Penukaran Kad ATM/DEBIT Bank Di Malaysia

Tarikh Akhir Penukaran Kad ATM/DEBIT Bank Di Malaysia | Dengan bercirikan keselamatan terbaru kad ATM atau DEBIT. Bank-bank di Malaysia mengarahkan penukaran kad tersebut sebelum akhir tahun 2016 ini. Ia bertujuan untuk menaiktaraf ciri keselamatan sedia ada dengan sistem keselamatan pin untuk urusan transaksi menggantikan tandatangan sebelum ini.

Bagi anda yang belum menukar kad ATM/DEBIT, anda dinasihatkan untuk melakukan penukaran dimana-mana cawangan bank berkenaan. Jika anda tidak menukar kad, kemungkinan transaksi pengeluaran duit anda di ATM akan menghadapi gangguan.

Tarikh Akhir Tukar Kad ATM DEBIT Malaysia

Untuk makluman kepada pemegang kad ATM/DEBIT Maybank, proses penukaran kad boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu:


  • Secara atas talian (online) menggunakan Maybank2u (21 hari)
  • Pergi ke kiosk Maybank2u untuk tukar kad dalam masa 1 minit sahaja
  • Kaunter Maybank (mana-mana cawangan)


Manakala, bagi bank-bank lain..anda boleh datang ke mana-mana kaunter cawangan untuk melakukan penukaran kad ATM/DEBIT.

Cepat! tukar kad DEBIT anda dengan ciri keselamatan PIN-ENABLED sekarang...

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila ke laman web bank anda untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan maklumat ini. 

Sekian.

5 ulasan:

  1. aku dah tukaq maybank aje.

    bank lain, nanti la dulu.

    BalasPadam
  2. nak tingkatkan pengunaan kad debit la tu bagi menyenangkan lagi proses

    BalasPadam