Isnin, 30 Januari 2017

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia | Ajal, Jodoh dan Rezeki itu adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang perjalanan hidup kita, yang menentukan keputusan terbaik adalah Tuhan. Sebab itu, DOA adalah sumber kekuatan kita walau apa pun agama yang dianuti.

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
SSPN-i Plus Menjamin Masa Depan Anak

Bercerita mengenai simpanan SSPN-i Plus, sehingga kini masih ramai yang tidak menyedari kepentingan dan menafaat yang akan diperolehi menerusi simpanan ini. SSPN-i Plus bukan sekadar simpanan, malah merangkumi:
  • Manfaat Perlindungan Takaful bermula RM40,000 sehingga RM1,000,000
  • Khairat kematian Termasuk Pasangan dan 3 Orang Anak (RM2,000
  • Pelepasan Taksiran Cukai sehingga RM12,000
  • Cabutan Wow! bernilai RM1,500,000 
  • Simpanan Dijamin Kerajaan
Lihat manfaat & perlindungan lain - klik sini

Ini hanyalah 5 manfaat utama yang bagi saya sangat menarik dan tidak akan diperolehi dimana-mana simpanan atau pakej insuran yang anda beli. Sebenarnya, simpanan SSPN-i Plus lah yang masyarakat Malaysia perlukan untuk masa depan pendidikan anak mereka.


Ramai yang masih ragu-ragu?

Ya, saya adalah Ejen Pemasaran Online PTPTN dan banyak bertemu dengan ibubapa yang mempunyai anak ramai. Bukan tak nak buka akaun simpanan untuk SSPN-i Plus cuma komitmen bulanan dan masih rasa ragu-ragu samada perlindungan takaful ini boleh dipercayai atau tidak.

Komitmen bulanan tinggi?

Tahukah anda, simpanan SSPN-i Plus bermula dari RM1/Sehari? Jika sebulan, jumlah yang perlu disimpan adalah RM30 sahaja. Terdapat 6 pakej simpanan yang boleh dipilih iaitu Pakej Intan (RM30), Pakej Delima (RM50), Pakej Topas (RM100), Pakej Zamrud (RM200), Pakej Nilam (RM300) dan Pakej Berlian (RM500).

Berapa Banyak Perlindungan Takaful?

Jumlah perlidungan bergantung kepada pakej simpanan yang anda ambil. Lihat jumlah perlindungan bagi setiap pakej dibawah:
  • Pakej Intan (RM30) - RM40,000
  • Pakej Delima (RM50) - RM40,000
  • Pakej Topas (RM100) - RM40,000
  • Pakej Zamrud (RM200) - RM80,000
  • Pakej Nilam (RM300) - RM120,000
  • Pakej Berlian (RM500) - RM1,000,000

Tujuan pihak Kerajaan memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional - SSPN-i Plus adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia berhutang demi pendidikan anak. Disamping itu, memupuk budaya suka menabung dikalangan ibubapa.

Bukti pembayaran Takaful ?

Sejak SSPN-i Plus diperkenalkan pada tahun 2015, sudah ramai pendeposit yang telah menuntut manfaat takaful ini. Anda pastinya pernah terbaca didada akhbar tentang berita pemberian manfaat ini. Tujuan pihak PTPTN mewar-warkan pemberian manfaat ini di media massa adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh bahawa simpanan SSPN-i Plus benar-benar boleh membantu keluarga anda.

Ahad, 29 Januari 2017 - Berita Harian

Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
Hilangkan keraguan anda, fikirkan masa depan anak-anak. Apakah anak kita akan mampu melanjutkan pelajaran ketika 'ketiadaan' kita nanti? 

SSPN-i Plus adalah pilihan terbaik untuk anda.  SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Belum buka akaun simpanan untuk anak anda? 
Baca - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
Semoga artikel ini dapat membantu anda lebih memahami simpanan SSPN-i Plus. Sebarang pertanyaan mengenai pembukaan, penambahan, penyata atau hal lain berkaitan SSPN-i Plus, sila hubungi saya .

Baca selanjutnya

Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya

Betullah kata orang, 'orang berbudi kita berbahasa' tapi ini lain pula ceritanya. Orang berbudi, kita pun turut berbudi tambah lagi dengan bahasa. Hidup saya dikelliling dengan orang yang macam ni, bersyukur sangat dengan anugerah Tuhan ditemukan dengan insan terbaik seperti mereka.

Beberapa bulan yang lepas, saya berkenalan dengan seseorang. Dia adalah salah seorang pemenang giveaway entry bertuah saya pada tahun lepas. Dia juga merupakan seorang blogger separuh masa, ejen coway dan ibu kepada seorang anak lelaki berumur 9 tahun.

Blogger yang saya maksudkan adalah Blogger Irda Garmin. Saya berkesempatan menukar template blog beliau kepada template responsive yang lebih mesra SEO, mobile friendliness dan loading ringan. Berbekalkan sedikit ilmu blogging, saya berjaya menyiapkan installation dan edit template blog Irda Garmin.

Niat saya membantu adalah ikhlas tanpa sebarang bayaran. Saya bukan pakar dalam blogspot, rasanya belum layak untuk dikenakan bayaran. Penolakan saya terhadap pemberian beliau akhirnya gagal, terpaksa juga bagi alamat untuk Irda Garmin poskan 'token' penghargaannya. 

Inilah 'token' penghargaan yang beliau berikan, katanya ini adalah ikhlas disebabkan keikhlasan saya, untuk anak lelaki saya pulak hurmm..

Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
Bungkusan dan Sampul?
Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
2 Helai Baju dan Sehelai Seluar


Apa yang ada dalam sampul tu? biarlah rahsia ye..yang pastinya bukan surat cinta..haha..

Baju ni sesuai sangat dengan anak lelaki saya, terima kasih Irda Garmin kerana pandai memilih saiz yang sesuai..

Dengan wajah baru blog beliau, elok rasanya korang pergi melawat blog tu sekejap. Sekiranya ada event invitation, review, sponsor post ke? sila hubungi Irda Garmin..

Sahabat terbaik alam maya Irda Garmin
https://irdagarmin.blogspot.my/

Terima kasih. 

Baca selanjutnya

Ahad, 29 Januari 2017

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal

Bisnes Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal | Dulu lain, sekarang lain. Sejak penurunan  nilai mata wang ringgit, kenaikan harga barang dan ekonomi kurang stabil. Rakyat Malaysia disarankan mempunyai kerja ke-2 selain kerja hakiki mereka. Demi menyahut seruan Kerajaan, ramai yang berniaga secara online samada sebagai ejen jualan, ejen dropship, jual borong dan jadi blogger semata-mata nak cari pendapatan sampingan mengukuhkan kewangan diri sendiri serta keluarga.

Ada yang berjaya, namun ada juga yang berhenti separuh jalan. Kenapa? sebab kurangnya ilmu pengetahuan tentang internet. Dulu, bolehlah buka kedai lepas tu letak banner untuk promote. Tapi sekarang ni, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram semakin menjadi tumpuan untuk mempromosikan produk jualan mereka. Ini kerana, masyarakat Malaysia lebih suka membeli barangan online jika harganya murah dan sesuai dengan keperluan semasa.

Panduan Memilih Produk Untuk Bisnes Dropship


Memilih produk untuk dijual secara dropship haruslah dibuat dan dianalisis secara teliti. Pada ketika ini, ada beberapa produk yang sangat laris dijual di media sosial. Dan ianya dikuasai oleh kaum Wanita hampir 80 peratus di media sosial. Apakah produk yang laris dijual tersebut?
  1. Produk Keperluan Wanita - Pakaian Fesyen, Handbag, Kosmetik, Kesihatan dan Kecantikan
  2. Produk Keperluan Bayi - Baju atau Pakaian Bayi, Kesihatan Bayi, dan Aksesori Ibu Mengandung
  3. Produk Teknologi/Gadget - Kamera Terpakai, Smartphone Terpakai, Aksesori Kamera/HP, Action Camera, Peralatan Memancing, Peralatan Sport & Outdoor, Aksesori Kereta, dan Jam Tangan.
  4. Produk Keperluan Rumah - Perabot Sofa/Jati, Hiasan Dinding, Sofa Bed, Air Bed dan Sebagainya.
Kekuatan kuasa membeli belah online adalah kaum wanita! ini bermakna anda kena cari produk yang berkaitan dengan wanita dan apabila anda promote di media sosial target anda adalah WANITA. Namun, berbeza dengan produk teknologi/gadget ini dimana lelaki lebih cenderung membelinya berbanding wanita.

Kenapa saya kata wanita mempunyai kuasa membeli berbanding lelaki?

Senang cerita macam ni lah...
Idzuan mahu mengiklankan perabot jati yang diimportnya dari Indonesia. Target Audience dia menggunakan FB Ads adalah All (maksudnya termasuk lelaki dan wanita) yang berumur 24 tahun sehingga 55 tahun. Syareez melihat iklan itu, dan dia like status iklan Idzuan tersebut. Apabila dia balik rumah, isteri dia kata tahun ni raya kita tukar perabot dekat ruang tamu (selepas melihat status facebook suami dia tadi). Syareez kata, tak payahlah. Tapi, isteri dia kata harga jualan tu murah lepas tu banyak feedback customer dia bagus.
Nampak tak? keistimewaan wanita adalah melihat dengan teliti keperluan semasa, tahu bila supermaket tu ada promosi jualan murah atau clearance sales dan mudah terpengaruh dengan iklan dan customer services selepas pembelian.

Kumoten Dropshipper Pilihan Terbaik


Memperkenalkan kepada anda semua, satu laman web yang agak popular di Malaysia iaitu Kumoten.com. Saya sendiri telah berdaftar sebagai Dropshipper Komuten ini dan masih mencuba untuk menjual produk barangan keperluan bayi dan wanita.

Seriuss beruk aku...tak sangka harga sebagai ejen dropship memang jauh beza dengan harga yang ada dipasaran. Sebab itu bila membeli dekat kedai mana-mana, saya akan tengok harga dropship ini dengan harga pasaran. Memang banyak untung yang peniaga-peniaga dapat tu...

Kalau anda sebagai ejen dropship, huuhh..lagi lah banyak untung...

Harga jualan ditentukan oleh anda sendiri, namun komuten menetapkan harga maksimum boleh dijual iaitu harga pasaran semasa. Jika anda jual lebih mahal, tiada masalah cuma masalahnya nanti siapa nak beli???

Kelebihan Mendaftar Sebagai Dropshipper Komuten Hypermart Malaysia
  1. Pendaftaran sebagai ejen dropship adalah PERCUMA.
  2. Margin keuntungan dari 10 hingga 50 peratus setiap jualan.
  3. Terdapat pelbagai kategori produk yang boleh dipilih untuk jualan iaitu Fashion, Health & Beauty, Car Acsesories, Sport & Leisures, Hardware Equipment, Home & Gardening, Grocery, Baby & Kids, Halal, Electronic, and Bulk.
  4. 3rd Party Integration dengan 11Street dan Lelong (panduan diberikan)
  5. Panduan untuk ejen dropship percuma

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal
Produk Drosphip Smart Watch Komuten

Kelebihan Bisnes Dropship
  1. Tidak perlu modal permulaan bisnes.
  2. Tidak perlu menyimpan stock barang jualan.
  3. Tidak perlu membungkus atau packing barang untuk dipos.
  4. Tidak perlu pening urus pekerja kerana anda adalah boss dan hanya bekerja di rumah.
Konsepnya mudah...

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal
Konsep Bisnes Dropship Dengan Komuten Hrpermart Malaysia

Cara Jual Dan Promote Produk Dropship


Saya rasa ramai yang dah buat benda ni. Buka facebook ja pun ramai yang share produk mereka. Sampai tak cukup tangan untuk like. Kawan-kawan ni walaupun tak beli, kita like juga sebagai tanda sokongan kan...okay, berdasarkan gambar diatas tu, Your Store maksudnya adalah Kedai Jualan anda samada Facebook, Twitter, Instagram ataupun Blog/Website Online.

Terpulanglah kepada anda nak pilih cara mana satu untuk menjual produk tersebut..
  1. Facebook - Buat Fan Page. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri.
  2. Twitter & Instagram - Letak gambar dan Contact Number. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri. [ Baca - Panduan Tingkatkan Jualan & Follower Instagram ]
  3. Blog/Website Kedai Online - Buat Website. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri.[ Baca - Buat Kedai Online Sendiri Serendah RM39 Sebulan ]
  4. Jualan Langsung Guna Catalog/Gambar Produk - Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct ke alamat anda --> Anda serahkan barang tu kepada pelanggan anda.
Inilah program dropship yang sepatutnya anda join jika mahu memulakan bisnes sampingan atau sepenuh masa hanya dari rumah. Tak perlu fikir tentang modal dan tenaga anda, anda hanya perlu fikirkan bagaimana nak promosi produk yang telah anda pilih tersebut menggunakan platform terbaik.

Sekiranya anda bercadang untuk mendaftar sebagai ejen dropship komuten, daftarkan diri anda pada link yang saya berikan dibawah ini:

Daftar Ejen Dropship Komuten - Daftar Sini


Semoga perniagaan tanpa modal ini boleh mengubah hidup anda dan keluarga. Kita doakan yang baik-baik untuk tahun 2017 ini.

Baca selanjutnya

Sabtu, 28 Januari 2017

Soft Aiskrim Gula Apong Kegemaran Anak Lelaki Saya

Soft Aiskrim Gula Apong | Hari ini adalah hari perayaan Chinese New Year bagi kaum Cina di seluruh dunia. Chinese New Year merupakan hari bermulanya tahun mengikut kalendar Cina. Kalau nak tahu, tahun 2017 adalah tahun ayam..orang Sarawak panggil Manok..setiap tahun dan binatang dalam kalendar Cina mempunyai feng shui nya tersendiri. Nak tahu google ja okay..

Kali ini, saya nak cerita pasal Soft Aiskrim Gula Apong dan Potato Story..

Dah lama dah saya perhati tingkah laku bisnes Potato Story ni..dulu sikit ja cawangan sekarang dah 14 cawangan di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kenapa cepat berkembang? sebab orang suka makan Potato French Fries, suka makan Aiskrim Gula Apong..nak tahu apa rahsia kesedapan potato dia? Potato Story ketika ini mempunyai 12 flavour dalam rempah dan 9 flavour dalam sos yang digunakan..itulah rahsianya!


Antara yang menarik minat saya adalah Gula Apong Ice Cream. Siapa yang pernah cuba ice cream ni pasti tau nikmat dia? pergghhh..memang sedap, manis tak terkata..kalau habis secawan mesti nak lagi..


Ini adalah mesin Soft Aiskrim. Mesin Soft Aiskrim ni harga dia sekitar RM9000 hingga RM11000. Boleh masukan 1 packet Aiskrim Liquid dalam tu dan boleh jual dalam 50-80 cawan. Biasa peniaga akan kata, sehari boleh untung RM100 tetapi bergantung kepada pelanggan yang membeli pada hari itu juga.


Yang bestnya, ada awek siap tolong tarik pemegang batang hitam tu..ianya seakan-akan menambahkan lagi kesegaran Gula Apong Aiskrim yang keluar dari Mesin Soft Aiskrim tu..hahaha..


Inilah dia Gula Apong Ice Cream tu..kali ini beli yang medium saja, tak nak beli yang cup besar sebab anak lelaki saya ni kalau dah menghadap aiskrim gula apong ni memang dia akan bantai  makan sampai habis..disebabkan manis, kami terpaksa disiplinkan dia..makan aiskrim dengan hanya disuapkan sahaja..


Nampak sedih diwajah dia, nak jugak makan sendiri tu tapi apakan daya..mak bapak dia tak bagi huhu..


Sekali masuk mulut, 10 saat saja dah habis dia telan..kena suap terus aiskrim tu kalau lambat sikit dia terus merengek mau menangis..betapa hebatnya bisnes aiskrim ni kan? Potato Story memang pandai menarik minat pelanggan termasuk pelanggan kanak-kanak..

Potato Story hanya ada di Borneo buat masa ini..jika berminat nak mencuba Potato French Fries dan Gula Apong Ice Cream? layari fan page Potato Story untuk melihat lokasi kedai jualan mereka - Fan Page Potato Story
[ Baca ]Panduan Memulakan Bisnes Aiskrim
Suka makan aiskrim jugak? Mestilah suka kan...

Sebab itu kalau nak buat bisnes, carilah bisnes yang memang ramai orang suka dan mudah dijual..kepada Potato Story, semoga bisnes bertambah maju..bila dah maju dan berdaftar sebagai syarikat Francais nanti bolehlah saya planning nak buka satu cawangan di Sabah..huhu..

Jom makan Gula Apong Ice Cream..

Baca selanjutnya

BR1M Akan Mula Diagihkan Bermula 18 Febuari 2017 - Perdana Menteri

Beberapa minggu ini, viral berkenaan agihan BR1M sebelum perayaan Chinese New Year. Ramai yang terpecaya dengan berita palsu yang diwar-warkan sehingga ada yang dah menyemak akaun masing-masing. Padahal, pada waktu artikel ini dibuat kebanyakkan permohonan BR1M yang telah dikemaskini dan permohonan baru masih 'Dalam Proses' semakan kelayakan dan pengesahan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).


Tarikh Pembayaran BR1M 2017


Sukacita dimaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia, pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 akan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan (KECUALI ada pengumuman rasmi mengenai perubahan).

Jadual Pembayaran BR1M 2017
Jadual Pembayaran BR1M 2017

[ Baca ] SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Dan, menurut status akaun facebook Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak semalam ( 27 Jan 2017 ), pengagihan BR1M akan bermula pada 18 Febuari 2017.

Jadual Pembayaran BR1M 2017

Jika ada berita mengatakan BR1M diagihkan hari ini, sila abaikan ya. Ini kerana laman web yang menyebarkan berita palsu tersebut tersenarai dalam Laman Sesawang/Facebook/Twitter PALSU oleh LHDNM.

Oleh itu, sebarang maklumat berkaitan BR1M seeloknya melayari laman rasmi e-BR1M dan baca dengan teliti MAKLUMAN yang dipaparkan di bahagian bawah laman tersebut.

Laman PALSU BR1M
Makluman Terkini BR1M 2017
Berhati-hati dengan panggilan dan pihak ketiga yang meminta makluman anda. Jangan jadi mangsa penipuan. Pihak kerajaan tidak pernah mengenakan bayaran bagi permohonan BR1M 2017 ini. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila ke kaunter LHDNM di mana-mana cawangan terdekat dengan anda. 

Bagi menyemak status permohonan BR1M anda - Semak Status BR1M 2017

Semoga permohonan anda diluluskan.

Baca selanjutnya

Khamis, 26 Januari 2017

Cara Semakan Senarai Hitam (Blacklist) PTPTN

Cara Semakan Senarai Hitam (Blacklist) PTPTN | Bagi graduan yang telah menamatkan pengajian dalam tempoh 6 bulan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menetapkan tempoh itu sebagai masa yang diberikan untuk mendapatkan pekerjaan dan bermulanya jadual pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Walaubagaimanapun, jika anda gagal membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan anda akan disenarai hitamkan untuk ke luar negara dan penyenaraian nama anda dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) oleh Bank Negara. Ini bermakna, anda tak boleh melancong ke luar negara dan membuat sebarang pinjaman di mana-mana bank di Malaysia.


Cara Semak Backlist/Senarai Hitam Imigresen - PTPTN


Caranya mudah saja. Ikuti langkah-langkah bergambar dibawah dan anda semak nama anda samada sudah blaclist atau tidak. Tujuan penyemakkan ini supaya tiada masalah dengan percutian anda diluar negara nanti. Jika boleh, anda semak dalam masa sebulan sebelum anda ke luar negara..kerana proses untuk clearkan nama anda sebagai Blacklist memakan masa selama 7hari bekerja.

Langkah-langkah Semakan Peminjam Yang Telah Disenarai Hitam:

Langkah 1: Layari Laman web rasmi PTPTN - Klik sini. Kemudian, pilih Icon "Semakan Senarai Hitam".

Langkah 2: Isikan No. Kad Pengenalan/MyKAD --> No. Telefon --> Email dan klik Hantar.


Langkah 3: Terdapat 2 pilihan iaitu Semakan Senarai Hitam (Jabatan Imigresen Malaysia) dan Dalam Proses Senarai Hitam PTPTN. Anda pilih "Semakan Senarai Hitam (Jabatan Imigresen Malaysia)".


Langkah 4: Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang "Semak".



Selesai! paparan keputusan akan keluar. Terdapat 2 jenis keputusan yang akan keluar iaitu Blacklist dan Tiada Halangan. 

Bagaimana nak pastikan anda blacklist atau tidak? 

Gambar dibawah ini akan menerangkan keputusannya..




Jika anda hendak ke luar negara, semakan ini amatlah penting. Tak ada hutang PTPTN pun perlu semak juga, mana lah tau anda tersenarai jugak kan haha..

Sekiranya keputusan semakan nama anda telah di blacklist, anda perlu berurusan dengan PTPTN segera. Ini kerana menurut PTPTN, peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian. 

Pastikan rundingan ( Hubungi 03-2193 3000 atau hubungi Khidmat Pelanggan | Isnin - Jumaat (8.00 AM - 7.00 PM) | Sabtu - Ahad (8.00 AM - 5.00 PM) atau Cawangan PTPTN ) diselesaikan 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Semoga bermanfaat.

Baca selanjutnya

Selasa, 24 Januari 2017

Cara Buat Pengeluaran Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless)

Pernah tak anda menghadapi masalah ketika membuat pengeluaran duit di ATM? masalah yang selalu dihadapi adalah Cip ATM Card rosak, tak boleh detect pulak. Ada pula orang keluar rumah terlupa bawa dompet, dah sampai ATM baru sedar dompet tak ada. Dah lah malam-malam buta, rumah pun agak jauh dari situ. Call kawan, mesti dia dah tidur nyenyak pada masa tu.

Tahukah anda, ada cara lain untuk membuat pengeluaran duit melalui ATM tanpa menggunakan kad ATM tu. Ianya dipanggil 'Cardless Withdrawal', apa yang anda perlu ada adalah kuota internet yang cukup. Sebabnya, anda perlu melayari Maybank2u untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad ini.

Caranya mudah saja...

Ikuti langkah-langkah yang saya terangkan dibawah ini..

Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u - Log In 
Langkah 2: Pilih 'Account & Banking'


Langkah 3: Pilih 'Transfer' dan klik pada 'Cardless Witdrawal' kemudian pilih 'Open Cardless Witdrawal'


Langkah 4: Lengkap form - Masukkan Nombor Telefon, Nama Penerima dan Jumlah duit yang nak dikeluarkan. Kemudian, klik 'Continue'.



Note: Hanya 3 pengeluaran dibenarkan bagi nombor telefon yang sama. Minimum pengeluaran adalah RM100 dan maksimum pengeluaran setiap transaksi adalah RM300. Caj sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi tanpa kad.

Langkah 5: Klik 'Request for TAC' dan 'Confirm'.



Note: TAC number akan dihantar secara SMS kepada nombor telefon yang anda masukkan pada langkah ke 4 tadi.

Langkah 6: Pergi ke ATM. Pilih menu 'Cardless Withdrawal' atau 'Pengeluaran Tanpa Kad'

Langkah 7: Masukkan 16 atau 17 digit ID Transaction yang diperolehi melalui SMS.

Langkah 8: Selepas itu, masukkan 6 digit 'Withdrawal Code' yang diperolehi melalui SMS selepas langkah 7 tadi.

Kemudian, SELESAI masalah! tunggu sehingga duit ada keluar dan bolehlah beredar dari ATM tu dengan hati girang. Kalau tak cukup duit RM300 tu, boleh ulang langkah-langkah tadi untuk buat transaksi seterusnya.

Saya nak pesan, kalau jumpa orang berbaris di ATM tetapi dia sibuk pegang handphone seakan-akan nak balas whatapps girlfriend dia, jangan marah dia..dia tengah log in Maybank2u tu hehe..

Sekian, dan semoga membantu.

Baca selanjutnya

Ahad, 22 Januari 2017

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan | Dengan ekonomi yang tidak berapa stabil sejak beberapa tahun ini. Ramai rakyat Malaysia berusaha mendapatkan sumber pendapatan kedua atau pendapatan sampingan walaupun bekerja secara sepenuh masa dengan kerajaan ataupun swasta. Niat bukan nak kaya, cukuplah sekadar cukup makan dan beli keperluan tambahan dalam keluarga misalnya rumah, kereta, dan sebagainya.

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan

Jika kita buka Facebook atau Instagram, huh! memang ramai yang berniaga. Rata-rata rakan anda dalam facebook 80 peratus berniaga di facebook. Buka Instagram pula, penuh dengan gambar. Gambar selfie, welfie dan juga gambar produk jualan mereka. Jangan marah mereka, itulah usaha mereka menambah pendapatan sampingan.


Kedai Online Dengan Payment Gateway


Disini saya telah menjumpai satu laman web yang menarik untuk digunakan oleh peniaga online yang ada di Facebook atau Instagram. Maksud saya, facebook dan instagram tetap akan digunakan untuk tujuan viralkan produk jualan. Dalam masa yang sama, buka satu kedai online produk anda dengan sistem pembayaran yang lebih sistematik tanpa whatapps atau email bukti pembayaran kepada anda.

Apa itu payment gateway?

Payment gateway adalah saluran Online Payment Services pihak ketiga dengan menggunakan Online Banking dan Kredit Kad/Debit Kad. Terdapat 7 jenis Payment Gateway yang boleh digunakan di Malaysia ini.

Antara Payment Gateway tersebut adalah:
  • Braintree
  • iPay88
  • MOLpay
  • billplz
  • senangPay
  • eGHL
  • revPAY
Dengan Payment Gateway ini, pembeli boleh menggunakan pilihan bayaran samada Online Banking atau Kad Debit/Kredit.

Pilihan bayaran..
  • VISA 
  • Master Card
  • AMERICAN EXPRESS
  • VISA Checkout
  • MasterPass
  • CIMB Clicks
  • Maybank2u
  • Hong Leong Connect
  • Am Bank
  • Alliance online
  • PBe
  • RHB now
  • Bank Islam
  • FPX
  • WebCash
  • BSN
  • iRakyat
  • AFFINBANK

Proses pembayaran lebih mudah dengan menggunakan payment gateway ini. Cuma syaratnya, anda kena ada nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu.

Untuk pendaftaran nama syarikat, sila ke laman rasmi - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Cara Buat Kedai Online


Ada 2 kaedah untuk anda pilih jika bercadang nak buat kedai online bagi produk jualan anda.

Pilihan Pertama - Buat website atau blog kedai online anda sendiri ataupun upah orang lain buat blog kedai online tu. Harganya mungkin murah jika buat blog saja, tetapi nak masukkan gambar dan description produk lagi memerlukan masa yang agak lama. Proses pembayaran pun masih manual, dengan menggunakan akaun bank dan berhubung melalui email atau whatapps. 

Pilihan Kedua - Menggunakan langganan bulanan atau tahunan di platform kedai online daripada EasyStore.

Langganan Kedai Online Dengan EasyStore

Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Plan Kedai Online Ditawarkan EasyStore Serendah RM39/Bulan


Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Paparan image diatas ini adalah features kepada plan yang ditawarkan di EasyStore. Terdapat 3 plan iaitu Basic, Plus dan Premium. Masing-masing dengan kelebihan tersendiri, dan tawaran langganan payment gateway account bagi iPay88 dan eGHL adalah PERCUMA sehingga 31 Januari 2017.

Dengan EasyStore, anda tak perlu risau lagi macam mana nak cari template, nak masukkan gambar, description produk, cara nak promote, dan sebagainya. 

Cara Buat Kedai Online Dengan EasyStore
Start Kedai Online Semudah ABC
Image diatas ini adalah Online Store/Kedai Online yang saya buat sendiri. Selepas register, anda akan dibawa kepaparan ini,..

Decorate your store - Pemilihan template 
Add your first produk - Masukkan produk pertama untuk mencuba kedai baru anda
Enable payment methods - Buat akaun Payment Gateway (seperti yang saya terangkan diatas)
Set up shipping rates - Masukkan kadar bayaran penghantaran samada pos laju atau lain-lain perkhidmatan

Selepas masukkan semua maklumat, anda boleh view kedai online anda. Lihat bagaimana rupa dia selepas decorate dan add produk. 

Cara Buat Kedai Online Dengan Harga Serendah RM39 Sebulan
Contoh produk yang telah ditambah dalam store
Nampak profesional dengan paparan macam ni. Harga plan yang ditawarkan pun agak berbaloi. Harga serendah RM39 sebulan saja pun sudah boleh mendapatkan website jualan produk anda dengan pantas.

Kelebihan dan Manfaat Buat Kedai Online Dengan EasyStore


Jika dibandingkan dengan alternatif lain, buka kedai online dengan EasyStore adalah pilihan yang terbaik. Kenapa saya cakap macam tu? lihat beberapa kelebihan dibawah ni..
  1. EasyStore mempunyai tool yang mudah untuk peniaga/penjual online buat kedai online dan jual online.
  2. EasyStore menyediakan sijil SSL Percuma kepada domain yang didaftarkan melalui EasyStore.
  3. EasyStore menyediakan perkhidmatan payment gateway MOLPay dan iPay88 setiap langganan.
  4. EasyStore mempunyai 44 aplikasi dan membantu dalam marketing, sales, customer service, shipping, analytic, dan banyak lagi.
  5. EasyStore membenarkan anda berkolaborasi dengan menjual produk di Lelong, Lazada, 11street, dan lln.
Bagaimana nak mulakan kedai online anda?

Mudah, ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam laman web EasyStore ini. Jangan risau, ada FREE TRIAL 14 Hari untuk anda mencuba! 

Dalam tempoh TRIAL 14 hari tu, anda boleh mengambil keputusan samada nak ambil Plan Bulanan atau Tahunan. Saya percaya anda tak akan kecewa dengan perkhidmatan EasyStore. 

Buka kedai online/online store anda sekarang sementara masih ada Free Subscription untuk Payement Gateway sehingga 31 Januari 2017.

Buka Kedai Online Sekarang - EasyStore Shopping Cart Solution

Semoga membantu dan berjaya dalam perniagaan anda. Tak kiralah jualan borong, jualan produk sendiri atau jualan dropship, anda boleh buat kedai online ini bagi memudahkan kerja promosi dan tempahan.

Baca selanjutnya

Jumaat, 20 Januari 2017

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber | Sebagai pekerja sepenuh masa yang menghabiskan masa 8 jam di pejabat, mungkin terlintas difikiran untuk melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan sampingan diri sendiri dan keluarga. Zaman sekarang ni ada banyak peluang untuk menjana pendapatan sampingan, apatahlagi jika dibuat secara sepenuh masa. Untung memang untung jika kena pada cara yang betul.

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber

Kali ini, saya tak nak cerita pasal teknik buat duit sampingan dengan cara lain kerana nak bongkar rahsia sahabat saya yang berjaya menjana pendapatan lebih daripada RM1000 hanya dalam masa seminggu. Terkejut kan? dia bukan jual barang borong untuk berniaga pun, dia cuma pemandu Uber yang dijadikan sebagai kerja part time sahaja.

Perbezaan Uber Dan Grabcar

Bagi pemandu dan penumpang yang selalu menggunakan perkhidmatan Uber atau Grabcar ni memang dah tahu perbezaan antara dua nama popular ini. Kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai persamaan dari segi tempahan menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun di google play store atau play store samada bayaran secara tunai atau kredit.

Perbezaan paling nyata bagi Uber dan Grabcar adalah 2 perkara ini:


#1. Tambang Berdasarkan Jarak & Masa

Uber - Caj sebanyak RM0.50 bagi setiap kilometer dan caj sebanyak RM0.25 bagi setiap minit perjanalan.

Grabcar - Caj sebanyak RM1.00 bagi setiap kilometer dan caj sebanyak RM0.00 bagi setiap minit perjalanan.


#2. Jenis Kenderaan Yang Digunakan

Uber - Kenderaan 4 pintu. Minimum kenderaan adalah Perodua Viva. Tahun dibuat - 2008 dan keatas.

Grabcar - Kenderaan 4 pintu. Minimum kenderaan adalah Perodua Myvi. 

Anda sebagai pengguna haruslah membuat pilihan dengan bijak samada nak guna perkhidmatan Uber atau Grabcar. Tetapi bagi saya, jika perjalanan yang sesak dengan lalu lintas boleh gunakan Grabcar tetapi jika jalan clear dan dirasakan lancar, gunakanlah Uber. Terpulang dengan anda nak guna mana satu. Jadilah pengguna yang bijak!

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber

Mendengar cerita kejayaan sahabat kita, adakalanya kita terasa iri hati, cemburu dengan pendapatan yang dia dapat. Manakan tidak? seminggu saja pun dah dapat RM1000 lebih! kalau sebulan berapalah agaknya? kita yang kerja 4 minggu pun tak mampu sampai angka macam tu..

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber

Ini adalah contoh pendapatan sahabat saya, dia adalah pemandu Uber/Uber Driver. Masyuk! pendapatan dia mengalahkan orang yang kerja kerajaan untuk sebulan tau..

Ramai pengguna mengatakan, perkhidmatan Uber adalah menjadi pilihan utama mereka kerana harga tambang yang agak murah.

Selain itu, insentive untuk mereka yang mahu menjana pendapatan sampingan dengan Uber tanpa perlu memandu. Dan..
  • Tak Perlu memandu kereta selepas waktu bekerja
  • Tak Perlu keluar rumah dan berjumpa sesiapa
  • Tak Perlu Risiko pelaburan apa-apa
  • Tidak Perlu Tahu Bahasa Inggeris Atau Belajar Apa-apa
  • Tak Perlu bersusah payah, duduk diam dan buat duit sahaja!

Rahsia Uber - Jana Wang Dengan Uber Tanpa Perlu Memandu

Untuk membantu anda menjana wang dengan uber tanpa perlu memandu, terdapat satu panduan khas untuk anda yang..
  • Menghadapi masalah kewangan
  • Mahu menambah pendapatan tambahan
  • Tidak mahu bekerja keras atau tidak mahu memandu kereta Uber
  • Tidak mahu lakukan sebarang pelaburan risiko lagi
  • Mahu duduk sahaja, dan duit masuk ke akaun bank...
  • Mahu bebas kewangan buat selamanya!
Buku panduan rahsia Uber ini telah terbukti berkesan dan telah membantu ramai orang..

Rahsia Jana Pendapatan RM1000 Seminggu Dengan Uber

Belum berdaftar sebagai Uber Driver? Isikan borang ini - Daftar Uber driver Sekarang! Dan, saya akan bantu anda untuk proses pendaftaran dan dokumentation.

[Klik] Teknik Rahsia Jana Pendapatan Dengan Uber

Rembat peluang jana pendapatan dengan Uber dan ubah hidup anda!

Baca selanjutnya

Khamis, 19 Januari 2017

20 Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong bagi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dalam jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19.

Calon yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut, mempunyai keterampilan yang baik, mempunyai semangat yang tinggi bekerja dalam kumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang,dan mempunyai kelayakan/profesionalisma yang sesuai dengan jawatan amatlah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong ini.


Jawatan Kosong Terkini 


20 Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
20 Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19

Kelulusan: SPM/SVM/SKM
Jawatan Kosong: Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
Kementerian/Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Kekosongan: 20 Kekosongan


Cara Memohon Jawatan Kosong


Cara memohon jawatan kosong ini mudah saja. Saya percaya ramai lepasan SPM/SVM/SKM yang sudah mengisi permohonan online di laman web SPA atau lebih dikenali sebagai SPA8. Untuk membuat permohonan, tiada surat menyurat diperlukan apatahlagi penghantaran resume. Resume dan dokumen hanya boleh diserahkan kepada penemuduga ketika sesi temuduga nanti.

Permohonan online? mohon di http://www.spa.gov.my/

Calon-calon yang telah memohon jawatan ini, tidak perlu memohon semula. Namun, calon perlu memastikan tempoh sah permohonan (1 Tahun) masih sah pada tarikh tutup permohonan jawatan ini.

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Januari 2017 (Ahad) Jam 11:59 malam.

Jika anda tidak berjaya, jangan risau..permohonan jawatan ini boleh dibuat sepanjang masa. Tetapi, jika mahu dipanggil temuduga dalam bulan Januari atau Febuari 2017. Mohonlah sekarang.


Panduan Lulus Temuduga


Untuk mempersiapkan diri anda dengan sedikit ilmu pengetahuan tentang teknik temuduga dan penulisan resume serta cara berpakaian, saya galakkan anda mendapatkan Panduan Lulus Temuduga ini. 

Panduan ini berbentuk format PDF yang boleh disimpan dalam smartphone, tablet, laptop sahaja. Tiada buku yang tebal yang membebankan dibawa kemana saja. Ebook (buku digital) ini boleh anda baca dimana saja.
Dapatkan panduan ini - Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan 
Semoga anda berjaya !

Baca selanjutnya

Isnin, 16 Januari 2017

Pengalaman Bermalam Di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak

Pada Sabtu yang lepas, saya dan keluarga sempat bersama-sama rakan sepejabat memeriahkan Family Day di Union Yes Retreat & Training Centre. Ini adalah aktiviti tahunan Jabatan kami untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama pegawai. Banyak aktiviti yang kami jalankan disini yang melibatkan team work dan aktiviti kanak-kanak.

Union Yes Retreat & Training Centre terletak 106 kilometer daripada Bandaraya Kuching. Walaubagaimanapun, terdapat 2 laluan untuk ke Lundu, Sarawak samada melalui sungai dengan menaiki Feri untuk ke seberang jalan dan melalui jalan darat. Jika anda melalui jalan darat, anda akan mengambil masa 1 jam 49 minit tetapi jika menggunakan Feri perjalanan akan lebih cepat lebih kurang setengah jam daripada jalan darat.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak

Laluan dalam Map di atas berwarna biru adalah jalan darat yang agak jauh. Manakala, jalan yang berwarna kelabu tu jalan melalui Feri. Anda boleh pilih jalan mana yang anda rasa nak ikut. Bagi saya, jalan darat tanpa lalu Feri tu lagi selamat kerana kadang-kadang Feri tak beroperasi pada masa-masa tertentu. Nak patah balik, memang agak jauh dan membazir masa perjalanan.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak
Jalan masih gravel, belum berturap (Januari 2017)

Ini adalah simpang masuk ke Union Yes Retreat & Training Centre tersebut. Saya agak terkejut sedikit, sebab ingatkan jalan ni salah. Rupanya jalan ke Siar Beach ini belum berturap, masih dalam keadaan gravel atau jalan berbatu. Kereta yang rendah, hati-hati bila melalui jalan gravel ni.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Frontdesk Union Yes Retreat & Training Centre

Sebelum saya review tentang kemudahan dan keindahan Union Yes Retreat & Training Centre ini, saya terangkan sedikit dahulu latarbelakang resort ni. Union Yes Retreat & Training Centre adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Sarawak Bank Employees Union (SBEU). Sarawak Bank Employee Union merupakan kesatuan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja bank dan sehingga kini mempunyai ahli sebanyak  3000 lebih daripada 15 bank yang ada di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak Bank Employee Union (SBEU) - Baca sini

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Chalet Premier

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Beach House 2

Jika anda nak tahu, terdapat 10 jenis penginapan yang di sini. Antaranya adalah Hostel, Deluxe Seaview, Deluxe, Superior, Penthouse Seaview, Penthouse 2, Chalet Premier, Beach House 2, SPA House dan Cabin. Penginapan ini masing-masing dengan rate harga sendiri. Ikut keselesaan dan budjet percutian anda.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Keadaan Bilik Chalet Premier

Ini adalah keadaan dalaman Chalet Premier tempat saya dan keluarga menginap semalaman. Terdapat satu katil Queen dan satu katil Single. Bilik yang agak menarik dan boleh dikatakan mewah.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Pemandangan dari atas Tree Top Terrace

Bangunan yang tinggi dalam gambar diatas ni adalah Penthouse Seaview dan Penthouse 2, dari tingkat atas Penthouse tu boleh nampak view pantai dengan jelas. 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Kolam mandi kanak-kanak 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Kolam mandi untuk semua, dalam hingga ke dada orang dewasa
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Lepas mandi boleh berjemur dekat kerusi ni hehe..

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Tree Top Terrace untuk melihat pemandangan pantai
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Mata Ian dah kuyuh. mengantuk dah lepas penat bermain..

Sempat bergambar diatas Tree Top Terrace berlatarbelakangkan pantai ketika air surut. Melihat pada keadaan pantai yang terbuka luas ini, rasanya mandi laut bukanlah membahayakan sangat kerana air agak cetek. Cuma anda perlu berhati-hati dengan ombak laut yang kuat dan obor-obor. Kanak-kanak haruslah ditemani orang dewasa. Ini kerana pihak Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak tidak bertanggungjawab jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Keadaan pantai Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Pemandangan pantai dari atas Tree Top Terrace

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Ayunan@buaian untuk kanak-kanak, orang dewasa kalau nak main pun boleh jugak hehe

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Tempat makan, dihujung tu boleh digunakan sebagai ruang karaoke

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Sebelum check-out nak balik, kami sekeluarga sempat bergambar bersama 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Aksi ni, anak saya yang mulakan dulu..kami mak bapak just ikut cara dia posing hahahaha..

Pengalaman bermalam di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak memang menyeronokkan. Biasalah, jika pergi beramai-ramai memang banyak aktiviti yang dilakukan. Saya seronok bermain dengan rakan-rakan. Saya merancang untuk datang sekali lagi ke Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak ini bersama dengan keluarga tercinta sahaja.

Untuk makluman anda yang belum pernah datang ke Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, jangan terkejut jika tak ada air dan elektrik tiba-tiba terputus kerana kawasan lundu memang ada masalah bekalan elektrik dari SESCO, namun dengan inisiatif Union Yes Retreat & Training Centre memasang sistem solar untuk keperluan bekalan elektrik disini. Masalah air pula, jangan panik sebab saya difahamkan Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak@Siar Beach masih bergantung dengan air graviti dan perlu memakan masa untuk pam air ke tangki simpanan.

Kita semua faham masalah yang dihadapi ini tetapi saya sangat berharap ada penyelesaian atau penambahbaikan demi kepentingan dan keselesaan pengunjung. Dengan keseronokan dan sedikit masalah ini saya bagi 3/5 bintang untuk pengalaman satu malam saja. Jika pihak Union Yes Retreat & Training Centre Lundu terbaca artikel ini, mohon agar masalah ini dapat diatasi sebelum kedatangan kami sekeluarga dalam tempoh beberapa bulan lagi. huhu..

Sekian untuk Pengalaman Bermalam Di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak. Nak buat tempahan? bolehlah tempah mengikut panduan yang diberikan di laman web ini - Tempahan dan Pertanyaan di Union Yes Retreat & Training Centre 


Baca selanjutnya