Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya

Betullah kata orang, 'orang berbudi kita berbahasa' tapi ini lain pula ceritanya. Orang berbudi, kita pun turut berbudi tambah lagi dengan bahasa. Hidup saya dikelliling dengan orang yang macam ni, bersyukur sangat dengan anugerah Tuhan ditemukan dengan insan terbaik seperti mereka.

Beberapa bulan yang lepas, saya berkenalan dengan seseorang. Dia adalah salah seorang pemenang giveaway entry bertuah saya pada tahun lepas. Dia juga merupakan seorang blogger separuh masa, ejen coway dan ibu kepada seorang anak lelaki berumur 9 tahun.

Blogger yang saya maksudkan adalah Blogger Irda Garmin. Saya berkesempatan menukar template blog beliau kepada template responsive yang lebih mesra SEO, mobile friendliness dan loading ringan. Berbekalkan sedikit ilmu blogging, saya berjaya menyiapkan installation dan edit template blog Irda Garmin.

Niat saya membantu adalah ikhlas tanpa sebarang bayaran. Saya bukan pakar dalam blogspot, rasanya belum layak untuk dikenakan bayaran. Penolakan saya terhadap pemberian beliau akhirnya gagal, terpaksa juga bagi alamat untuk Irda Garmin poskan 'token' penghargaannya. 

Inilah 'token' penghargaan yang beliau berikan, katanya ini adalah ikhlas disebabkan keikhlasan saya, untuk anak lelaki saya pulak hurmm..

Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
Bungkusan dan Sampul?
Blogger Irda Garmin - Sahabat Terbaik Alam Maya
2 Helai Baju dan Sehelai Seluar


Apa yang ada dalam sampul tu? biarlah rahsia ye..yang pastinya bukan surat cinta..haha..

Baju ni sesuai sangat dengan anak lelaki saya, terima kasih Irda Garmin kerana pandai memilih saiz yang sesuai..

Dengan wajah baru blog beliau, elok rasanya korang pergi melawat blog tu sekejap. Sekiranya ada event invitation, review, sponsor post ke? sila hubungi Irda Garmin..

Sahabat terbaik alam maya Irda Garmin
https://irdagarmin.blogspot.my/

Terima kasih. 

Baca Artikel Menarik Ini Juga

6 Comments

Ooo sblum ini ada masuk blog irda..rupa2 nya bro elih yg ubah..sbb tu nampak lawa jer..huhu

wah.. baju tu dua2 cantik! merah tu cun! hehe

Tukar template blog cik akak.juga..hihj

baru perasan entry ni..hehe...terima kasih sahabat ..moga murah rezeki selalu..aamin


EmoticonEmoticon