Cara Buat Pengeluaran Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless)

Pernah tak anda menghadapi masalah ketika membuat pengeluaran duit di ATM? masalah yang selalu dihadapi adalah Cip ATM Card rosak, tak boleh detect pulak. Ada pula orang keluar rumah terlupa bawa dompet, dah sampai ATM baru sedar dompet tak ada. Dah lah malam-malam buta, rumah pun agak jauh dari situ. Call kawan, mesti dia dah tidur nyenyak pada masa tu.

Tahukah anda, ada cara lain untuk membuat pengeluaran duit melalui ATM tanpa menggunakan kad ATM tu. Ianya dipanggil 'Cardless Withdrawal', apa yang anda perlu ada adalah kuota internet yang cukup. Sebabnya, anda perlu melayari Maybank2u untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad ini.

Caranya mudah saja...

Ikuti langkah-langkah yang saya terangkan dibawah ini..

Langkah 1: Log in ke akaun Maybank2u - Log In 
Langkah 2: Pilih 'Account & Banking'


Langkah 3: Pilih 'Transfer' dan klik pada 'Cardless Witdrawal' kemudian pilih 'Open Cardless Witdrawal'


Langkah 4: Lengkap form - Masukkan Nombor Telefon, Nama Penerima dan Jumlah duit yang nak dikeluarkan. Kemudian, klik 'Continue'.



Note: Hanya 3 pengeluaran dibenarkan bagi nombor telefon yang sama. Minimum pengeluaran adalah RM100 dan maksimum pengeluaran setiap transaksi adalah RM300. Caj sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi tanpa kad.

Langkah 5: Klik 'Request for TAC' dan 'Confirm'.



Note: TAC number akan dihantar secara SMS kepada nombor telefon yang anda masukkan pada langkah ke 4 tadi.

Langkah 6: Pergi ke ATM. Pilih menu 'Cardless Withdrawal' atau 'Pengeluaran Tanpa Kad'

Langkah 7: Masukkan 16 atau 17 digit ID Transaction yang diperolehi melalui SMS.

Langkah 8: Selepas itu, masukkan 6 digit 'Withdrawal Code' yang diperolehi melalui SMS selepas langkah 7 tadi.

Kemudian, SELESAI masalah! tunggu sehingga duit ada keluar dan bolehlah beredar dari ATM tu dengan hati girang. Kalau tak cukup duit RM300 tu, boleh ulang langkah-langkah tadi untuk buat transaksi seterusnya.

Saya nak pesan, kalau jumpa orang berbaris di ATM tetapi dia sibuk pegang handphone seakan-akan nak balas whatapps girlfriend dia, jangan marah dia..dia tengah log in Maybank2u tu hehe..

Sekian, dan semoga membantu.

You might also like

5 Comments

power ni, tapi kalau line telefon buat hal..mengamuk plak orang belakang..ehehe

Perkongsiann yang bermanfaat.. Saya pun baru tahu tentang ni.. Terima kasih :)

Bahaya juga cara tu..

Tetapi bagus kalau ada duit dalam maybank

oooo macam tu caranya ...tq ..info yg sangat2 berguna jugak nih


EmoticonEmoticon