Cara Buat Tuntutan Insuran Kereta Akibat Kemalangan

Latest

ADVERTISEMENT SPACE 728X90

Cara Buat Tuntutan Insuran Kereta Akibat Kemalangan

Cara Buat Tuntutan Insuran Kereta Akibat Kemalangan | Mungkin sudah ramai yang tahu cara untuk claim Medical Card dan Insuran Perjalanan. Ramai juga yang renew insuran kereta mereka samada Polisi Insuran Comprehensive ataupun Third Party tetapi masalahnya bila berlaku kemalangan mereka kelam-kabut dan tidak tahu nak buat apa. 

Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda pengalaman saya sendiri sepanjang urusan membuat tuntutan insuran kereta akibat kemalangan beberapa hari yang lepas. Terus terang saya katakan, memang bingung bila kita dalam situasi cemas seperti ini. Nasib baik tiada kecederaan berlaku, dan cuma kereta yang mengalami kerosakkan.


Semasa Kemalangan Berlaku


Jangan panik! walau siapapun bersalah, sila bawa berbincang dengan kereta yang dilanggar atau melanggar anda. Marah dan panik akan mengeruhkan lagi keadaan tetapi bukan menyelesaikan masalah itu. Jika anda memandu bersendirian, sila hubungi rakan anda atau ahli keluarga anda datang ke tempat kejadian.

Cara Buat Tuntutan Insuran Kereta Akibat Kemalangan
Gambar kemalangan 2 hari sebelum balik kampung 

Pertama sekali, lihat keterukan kemalangan tu, ada tak kecederaan berlaku? jika ya, sila dail 999 atau 112 untuk bantuan segera. Jika tiada kecederaan, bawalah berbincang dahulu, kalau boleh diselesaikan dengan bayar duit terus, silakan. Tetapi sekiranya kerosakkan teruk, saya nasihatkan anda claim insuran untuk membayar kos repair.


Report Polis


Jika kerosakan tidak begitu teruk dan kereta masih boleh bergerak. Alihkan kereta anda selepas mengambil gambar kejadian bagi melancarkan trafik dijalan raya. Jika kerosakan teruk, tunggu sehingga polis datang dan mengambil gambar kejadian, kemudian bolehlah anda menghubungi panel insuran kereta anda untuk proses menunda atau towing kereta ke workshop.

Untuk pengetahuan anda, laporan polis harus dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kejadian kemalangan berlaku. Laporan polis yang dibuat hanya boleh dicetak dalam tempoh 3 hari bekerja. Bayaran untuk cetakan laporan tersebut adalah RM4.

Pastikan anda berbincang dengan pihak yang dilanggar atau melanggar untuk tentukan siapa yang salah, supaya tiada isu 'lari daripada kesalahan'. Nak claim insuran kena ada yang bersalah, selalunya yang melanggar daripada belakang adalah pesalah walapun kenderaan hadapan yang salah. Itulah undang-undang jalan raya.

Dalam kes kemalangan saya ni, saya yang bersalah kerana keluar simpang dengan cara yang cuai. Walaupun, kereta saya yang dilanggar dari belakang. Serius, saya mengaku sangat tak nampak kereta tu ketika keluar simpang. Itu kecuaian saya. Dalam kes ini, kedua pihak perlu buat laporan polis untuk tuntuan insuran sahaja.


Dokumen Diperlukan Untuk Tuntutan Insuran Kereta


Selepas laporan polis sudah dibuat, anda perlu menyediakan dokumen seperti dibawah untuk dibawa ke panel insuran kereta anda. Kegagalan anda menyediakan dokumen ini akan menyebabkan permohonan tertangguh atau dipaksa membayar denda. Antara dokumen penting tersebut adalah:

  1. Polisi Insuran - Pastikan anda membawa Polisi Insuran original atau salinan.
  2. Geran Kad Kereta (Green Card) - Pihak insuran perlukan green card yang dikemaskini dengan tarikh/status road tax terkini. Namun, bermula tahun 2016 ini JPJ mengemaskini Green Card secara online saja tanpa perlukan geran kad asal. Ini bermakna, anda kena dapatkan Permohonan Butir Maklumat Kenderaan (Extract) - Borang K8
  3. Lesen Memandu - Lesen Memandu yang masih belum tamat tempoh dan Lesen Memandu yang sudah expired 2 tahun sebelumnya. Jika lesen lama tidak ada, anda kena dapatkan Permohonan Butir-Butir Lesen Memandu (Extract) - Borang L1
  4. Kad Pengenalan - Salinan kad pengenalan 1 keping depan dan belakang.
  5. Laporan Polis - Selalunya, laporan polis hanya boleh diambil selepas 3 hari bekerja. Anda boleh meminta panel woksyop collect laporan dari balai polis jika anda tiada masa untuk mengambil laporan tersebut.
  6. Gambar Kemalangan - 2 atau 3 keping gambar kemalangan sudah mencukupi. Gambar yang diambil oleh Pegawai Penyiasat polis akan dilampirkan bersama laporan polis yang anda buat.

Pastikan anda buat checklist seperti yang saya nyatakan diatas. Sekiranya dah lengkap, anda bolehlah membawa kereta anda ke Panel Woksyop Insuran kereta dengan membawa dokumen penting ini. 

Bingung memilih insuran kereta mana yang sesuai? Lihat senarai perbandingan Polisi Insuran Kereta dibawah ini:


Semoga membantu..

12 ulasan:

  1. baru je lepas eksiden, saya terlanggar kereta dari belakang. mmg salah saya pun. setel sendiri je.. bawak pergi workshop, mntak tauke anggar jumpah kerugian, then saya bayar terus kat situ.. nk buat macam mana.. bnda dah nk jadi.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, nk buat mcm mana lagi kan..kita pun tk nak kemalangan berlaku jugak..

      Padam
  2. Untuk elakkan rumit keadaan atau makin renyah... if ada sikit2 kerosakan atau anggaran still macam boleh setel... setel terus saja... bincang2 elok2 sama2 dua pihak... if bawak kes ke balai... makin complicated itu ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang complicated lah, tapi kalau kos repair tu mahal..x cukup bajet kena claim insuran jugak..

      Padam
  3. Good info tuan. Sy dulu pun penah eksiden dan buat macam di atas. Alhamdulillah settle semua. Tp kalau kerosakan tak besar better settle secara cash. Tak perlu kacau NCD. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..memang nak juga tak kacau NCD tapi apakan daya..budget lari..huhu

      Padam
  4. waa.. bagus tips nih bang.. thanx.. boleh standby kot berlaku perkara luar jangkaan..

    BalasPadam
  5. Green card 2 ape ye? Sy baru xciden

    BalasPadam
    Balasan
    1. Green card tu adalah Geran Kad..kad pemilikan kenderaan

      Padam