Post Top Ad

Cara Semakan Senarai Hitam (Blacklist) PTPTN

Cara Semakan Senarai Hitam (Blacklist) PTPTN | Bagi graduan yang telah menamatkan pengajian dalam tempoh 6 bulan. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menetapkan tempoh itu sebagai masa yang diberikan untuk mendapatkan pekerjaan dan bermulanya jadual pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Walaubagaimanapun, jika anda gagal membuat pembayaran dalam masa yang ditetapkan anda akan disenarai hitamkan untuk ke luar negara dan penyenaraian nama anda dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS) oleh Bank Negara. Ini bermakna, anda tak boleh melancong ke luar negara dan membuat sebarang pinjaman di mana-mana bank di Malaysia.


Cara Semak Backlist/Senarai Hitam Imigresen - PTPTN


Caranya mudah saja. Ikuti langkah-langkah bergambar dibawah dan anda semak nama anda samada sudah blaclist atau tidak. Tujuan penyemakkan ini supaya tiada masalah dengan percutian anda diluar negara nanti. Jika boleh, anda semak dalam masa sebulan sebelum anda ke luar negara..kerana proses untuk clearkan nama anda sebagai Blacklist memakan masa selama 7hari bekerja.

Langkah-langkah Semakan Peminjam Yang Telah Disenarai Hitam:

Langkah 1: Layari Laman web rasmi PTPTN - Klik sini. Kemudian, pilih Icon "Semakan Senarai Hitam".

Langkah 2: Isikan No. Kad Pengenalan/MyKAD --> No. Telefon --> Email dan klik Hantar.


Langkah 3: Terdapat 2 pilihan iaitu Semakan Senarai Hitam (Jabatan Imigresen Malaysia) dan Dalam Proses Senarai Hitam PTPTN. Anda pilih "Semakan Senarai Hitam (Jabatan Imigresen Malaysia)".


Langkah 4: Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang "Semak".



Selesai! paparan keputusan akan keluar. Terdapat 2 jenis keputusan yang akan keluar iaitu Blacklist dan Tiada Halangan. 

Bagaimana nak pastikan anda blacklist atau tidak? 

Gambar dibawah ini akan menerangkan keputusannya..




Jika anda hendak ke luar negara, semakan ini amatlah penting. Tak ada hutang PTPTN pun perlu semak juga, mana lah tau anda tersenarai jugak kan haha..

Sekiranya keputusan semakan nama anda telah di blacklist, anda perlu berurusan dengan PTPTN segera. Ini kerana menurut PTPTN, peminjam yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitam secara harian. 

Pastikan rundingan ( Hubungi 03-2193 3000 atau hubungi Khidmat Pelanggan | Isnin - Jumaat (8.00 AM - 7.00 PM) | Sabtu - Ahad (8.00 AM - 5.00 PM) atau Cawangan PTPTN ) diselesaikan 7 hari sebelum ke luar negara bagi mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Semoga bermanfaat.

3 ulasan:

  1. blacklist suda kali aku ni hahaha..baru mau start bayar ni :)

    BalasPadam
  2. kalau dalam masa 6 bulan dapat kerja boleh la bayar..

    kalau menganggur maka terpaksa la belum bayar kecuali kepada mereka yang sentisa engkar

    BalasPadam
  3. Nasib baik aku bebas dari ptptn ni..

    BalasPadam