Post Top Ad

Post Top Ad

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia | Ajal, Jodoh dan Rezeki itu adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang perjalanan hidup kita, yang menentukan keputusan terbaik adalah Tuhan. Sebab itu, DOA adalah sumber kekuatan kita walau apa pun agama yang dianuti.

Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
SSPN-i Plus Menjamin Masa Depan Anak

Bercerita mengenai simpanan SSPN-i Plus, sehingga kini masih ramai yang tidak menyedari kepentingan dan menafaat yang akan diperolehi menerusi simpanan ini. SSPN-i Plus bukan sekadar simpanan, malah merangkumi:
  • Manfaat Perlindungan Takaful bermula RM40,000 sehingga RM1,000,000
  • Khairat kematian Termasuk Pasangan dan 3 Orang Anak (RM2,000
  • Pelepasan Taksiran Cukai sehingga RM12,000
  • Cabutan Wow! bernilai RM1,500,000 
  • Simpanan Dijamin Kerajaan
Lihat manfaat & perlindungan lain - klik sini

Ini hanyalah 5 manfaat utama yang bagi saya sangat menarik dan tidak akan diperolehi dimana-mana simpanan atau pakej insuran yang anda beli. Sebenarnya, simpanan SSPN-i Plus lah yang masyarakat Malaysia perlukan untuk masa depan pendidikan anak mereka.


Ramai yang masih ragu-ragu?

Ya, saya adalah Ejen Pemasaran Online PTPTN dan banyak bertemu dengan ibubapa yang mempunyai anak ramai. Bukan tak nak buka akaun simpanan untuk SSPN-i Plus cuma komitmen bulanan dan masih rasa ragu-ragu samada perlindungan takaful ini boleh dipercayai atau tidak.

Komitmen bulanan tinggi?

Tahukah anda, simpanan SSPN-i Plus bermula dari RM1/Sehari? Jika sebulan, jumlah yang perlu disimpan adalah RM30 sahaja. Terdapat 6 pakej simpanan yang boleh dipilih iaitu Pakej Intan (RM30), Pakej Delima (RM50), Pakej Topas (RM100), Pakej Zamrud (RM200), Pakej Nilam (RM300) dan Pakej Berlian (RM500).

Berapa Banyak Perlindungan Takaful?

Jumlah perlidungan bergantung kepada pakej simpanan yang anda ambil. Lihat jumlah perlindungan bagi setiap pakej dibawah:
  • Pakej Intan (RM30) - RM40,000
  • Pakej Delima (RM50) - RM40,000
  • Pakej Topas (RM100) - RM40,000
  • Pakej Zamrud (RM200) - RM80,000
  • Pakej Nilam (RM300) - RM120,000
  • Pakej Berlian (RM500) - RM1,000,000

Tujuan pihak Kerajaan memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional - SSPN-i Plus adalah untuk mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia berhutang demi pendidikan anak. Disamping itu, memupuk budaya suka menabung dikalangan ibubapa.

Bukti pembayaran Takaful ?

Sejak SSPN-i Plus diperkenalkan pada tahun 2015, sudah ramai pendeposit yang telah menuntut manfaat takaful ini. Anda pastinya pernah terbaca didada akhbar tentang berita pemberian manfaat ini. Tujuan pihak PTPTN mewar-warkan pemberian manfaat ini di media massa adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh bahawa simpanan SSPN-i Plus benar-benar boleh membantu keluarga anda.

Ahad, 29 Januari 2017 - Berita Harian

Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
Guru Terima RM170,037.20 Sumbangan Takaful SSPN-i Plus Selepas Isteri Meninggal Dunia
Hilangkan keraguan anda, fikirkan masa depan anak-anak. Apakah anak kita akan mampu melanjutkan pelajaran ketika 'ketiadaan' kita nanti? 

SSPN-i Plus adalah pilihan terbaik untuk anda.  SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Belum buka akaun simpanan untuk anak anda? 
Baca - Cara Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online
Semoga artikel ini dapat membantu anda lebih memahami simpanan SSPN-i Plus. Sebarang pertanyaan mengenai pembukaan, penambahan, penyata atau hal lain berkaitan SSPN-i Plus, sila hubungi saya .

4 ulasan:

  1. bagaimana pula selepas suami meninggal dunia? isteri sahaja ke? em em

    BalasPadam
  2. Cik Itah - Bergantung kepada siapa pendeposit. Dalam kes diatas, isteri yg meninggal dunia itu adalah pendeposit bagi 3 orang anak dia. Jika pendeposit adalah suami, dan isteri meninggal dunia. Layak untuk menuntut khairat kematian. Harap maklum.

    BalasPadam
  3. a-- baru tau !! thanx elih.. info yang best.. semoga dapat disebarkan lagik sebab rasanya tak ramai yang tau ni..

    BalasPadam