Post Top Ad

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal

Bisnes Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal | Dulu lain, sekarang lain. Sejak penurunan  nilai mata wang ringgit, kenaikan harga barang dan ekonomi kurang stabil. Rakyat Malaysia disarankan mempunyai kerja ke-2 selain kerja hakiki mereka. Demi menyahut seruan Kerajaan, ramai yang berniaga secara online samada sebagai ejen jualan, ejen dropship, jual borong dan jadi blogger semata-mata nak cari pendapatan sampingan mengukuhkan kewangan diri sendiri serta keluarga.

Ada yang berjaya, namun ada juga yang berhenti separuh jalan. Kenapa? sebab kurangnya ilmu pengetahuan tentang internet. Dulu, bolehlah buka kedai lepas tu letak banner untuk promote. Tapi sekarang ni, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram semakin menjadi tumpuan untuk mempromosikan produk jualan mereka. Ini kerana, masyarakat Malaysia lebih suka membeli barangan online jika harganya murah dan sesuai dengan keperluan semasa.

Panduan Memilih Produk Untuk Bisnes Dropship


Memilih produk untuk dijual secara dropship haruslah dibuat dan dianalisis secara teliti. Pada ketika ini, ada beberapa produk yang sangat laris dijual di media sosial. Dan ianya dikuasai oleh kaum Wanita hampir 80 peratus di media sosial. Apakah produk yang laris dijual tersebut?
  1. Produk Keperluan Wanita - Pakaian Fesyen, Handbag, Kosmetik, Kesihatan dan Kecantikan
  2. Produk Keperluan Bayi - Baju atau Pakaian Bayi, Kesihatan Bayi, dan Aksesori Ibu Mengandung
  3. Produk Teknologi/Gadget - Kamera Terpakai, Smartphone Terpakai, Aksesori Kamera/HP, Action Camera, Peralatan Memancing, Peralatan Sport & Outdoor, Aksesori Kereta, dan Jam Tangan.
  4. Produk Keperluan Rumah - Perabot Sofa/Jati, Hiasan Dinding, Sofa Bed, Air Bed dan Sebagainya.
Kekuatan kuasa membeli belah online adalah kaum wanita! ini bermakna anda kena cari produk yang berkaitan dengan wanita dan apabila anda promote di media sosial target anda adalah WANITA. Namun, berbeza dengan produk teknologi/gadget ini dimana lelaki lebih cenderung membelinya berbanding wanita.

Kenapa saya kata wanita mempunyai kuasa membeli berbanding lelaki?

Senang cerita macam ni lah...
Idzuan mahu mengiklankan perabot jati yang diimportnya dari Indonesia. Target Audience dia menggunakan FB Ads adalah All (maksudnya termasuk lelaki dan wanita) yang berumur 24 tahun sehingga 55 tahun. Syareez melihat iklan itu, dan dia like status iklan Idzuan tersebut. Apabila dia balik rumah, isteri dia kata tahun ni raya kita tukar perabot dekat ruang tamu (selepas melihat status facebook suami dia tadi). Syareez kata, tak payahlah. Tapi, isteri dia kata harga jualan tu murah lepas tu banyak feedback customer dia bagus.
Nampak tak? keistimewaan wanita adalah melihat dengan teliti keperluan semasa, tahu bila supermaket tu ada promosi jualan murah atau clearance sales dan mudah terpengaruh dengan iklan dan customer services selepas pembelian.

Kumoten Dropshipper Pilihan Terbaik


Memperkenalkan kepada anda semua, satu laman web yang agak popular di Malaysia iaitu Kumoten.com. Saya sendiri telah berdaftar sebagai Dropshipper Komuten ini dan masih mencuba untuk menjual produk barangan keperluan bayi dan wanita.

Seriuss beruk aku...tak sangka harga sebagai ejen dropship memang jauh beza dengan harga yang ada dipasaran. Sebab itu bila membeli dekat kedai mana-mana, saya akan tengok harga dropship ini dengan harga pasaran. Memang banyak untung yang peniaga-peniaga dapat tu...

Kalau anda sebagai ejen dropship, huuhh..lagi lah banyak untung...

Harga jualan ditentukan oleh anda sendiri, namun komuten menetapkan harga maksimum boleh dijual iaitu harga pasaran semasa. Jika anda jual lebih mahal, tiada masalah cuma masalahnya nanti siapa nak beli???

Kelebihan Mendaftar Sebagai Dropshipper Komuten Hypermart Malaysia
  1. Pendaftaran sebagai ejen dropship adalah PERCUMA.
  2. Margin keuntungan dari 10 hingga 50 peratus setiap jualan.
  3. Terdapat pelbagai kategori produk yang boleh dipilih untuk jualan iaitu Fashion, Health & Beauty, Car Acsesories, Sport & Leisures, Hardware Equipment, Home & Gardening, Grocery, Baby & Kids, Halal, Electronic, and Bulk.
  4. 3rd Party Integration dengan 11Street dan Lelong (panduan diberikan)
  5. Panduan untuk ejen dropship percuma

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal
Produk Drosphip Smart Watch Komuten

Kelebihan Bisnes Dropship
  1. Tidak perlu modal permulaan bisnes.
  2. Tidak perlu menyimpan stock barang jualan.
  3. Tidak perlu membungkus atau packing barang untuk dipos.
  4. Tidak perlu pening urus pekerja kerana anda adalah boss dan hanya bekerja di rumah.
Konsepnya mudah...

Kumoten Dropship Sesuai Untuk Berniaga Tanpa Modal
Konsep Bisnes Dropship Dengan Komuten Hrpermart Malaysia

Cara Jual Dan Promote Produk Dropship


Saya rasa ramai yang dah buat benda ni. Buka facebook ja pun ramai yang share produk mereka. Sampai tak cukup tangan untuk like. Kawan-kawan ni walaupun tak beli, kita like juga sebagai tanda sokongan kan...okay, berdasarkan gambar diatas tu, Your Store maksudnya adalah Kedai Jualan anda samada Facebook, Twitter, Instagram ataupun Blog/Website Online.

Terpulanglah kepada anda nak pilih cara mana satu untuk menjual produk tersebut..
  1. Facebook - Buat Fan Page. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri.
  2. Twitter & Instagram - Letak gambar dan Contact Number. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri. [ Baca - Panduan Tingkatkan Jualan & Follower Instagram ]
  3. Blog/Website Kedai Online - Buat Website. Promote produk --> Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct dengan pembeli anda menggunakan nama syarikat/nama anda sendiri.[ Baca - Buat Kedai Online Sendiri Serendah RM39 Sebulan ]
  4. Jualan Langsung Guna Catalog/Gambar Produk - Pembeli bayar kepada anda (harga produk + Postage) --> Anda beli dengan Komuten dengan harga Droshipper --> Komuten hantar direct ke alamat anda --> Anda serahkan barang tu kepada pelanggan anda.
Inilah program dropship yang sepatutnya anda join jika mahu memulakan bisnes sampingan atau sepenuh masa hanya dari rumah. Tak perlu fikir tentang modal dan tenaga anda, anda hanya perlu fikirkan bagaimana nak promosi produk yang telah anda pilih tersebut menggunakan platform terbaik.

Sekiranya anda bercadang untuk mendaftar sebagai ejen dropship komuten, daftarkan diri anda pada link yang saya berikan dibawah ini:

Daftar Ejen Dropship Komuten - Daftar Sini


Semoga perniagaan tanpa modal ini boleh mengubah hidup anda dan keluarga. Kita doakan yang baik-baik untuk tahun 2017 ini.

1 ulasan: