Menang Artikel Terbaik (Saguhati) - Artikel Minyak Herba Asmak

Advertisemen
Entahlah, blogger lain yang menang macam tak update pun benda ni. Walau macam mana sekalipun, saya kongsikan juga untuk rujukan saya dimasa akan datang, disamping itu bolehlah menambahkan lagi semangat blogging di thuan 2017 yang dijangka lebih mencabar dari tahun-tahun sebelumnya.

November 2016 merupakan bermulanya Pertandingan Blog: Artikel Minyak Herba Asmak ni. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Hadiah SEO Terbaik dan Hadiah Artikel Terbaik. Pertandingan ini adalah anjuran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd yang berlangsung dari 7 November hingga 31 Disember 2016.

Hadiah yang dipertandingkan merupakan wang dan hadiah sampingan bernilai lebih daripada RM8,000. Boleh baca sini - Keputusan Pertandingan SEO Blog

Percubaan untuk menyertai contest kali ini adalah permulaan baru bagi saya dalam dunia blogging. Sebelum ini, tak pernah join pun. Dan, kali ini juga saya berjaya memenangi hadiah kategori artikel terbaik walaupun hanya saguhati.

Artikel Minyak Herba Asmak - Menang Artikel Terbaik saguhati
Hadiah Bernilai RM200 + Hadiah Sampingan

Hadiah saguhati artikel terbaik adalah berupa wang dan hadiah sampingan yang akan menyusul kemudian. Terima kasih kepada syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd kerana sudi memilih artikel saya sebagai pemenang. Semoga bisnes anda bertambah maju dan mungkin kita boleh bekerjasama lagi dimasa akan datang.
Baca - Minyak Herba Asmak Penawar Asma Pada Bayi
Kepada rakan-rakan blogger yang lain, jom BUSH ! Blog Until Something Happen! mungkin contest yang lain rezeki anda pula. Sekian.

Advertisemen

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
© Copyright 2017 Elih Japahar - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE Diberdayakan oleh Blogger