Post Top Ad

Post Top Ad

Pengalaman Bermalam Di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak

Pada Sabtu yang lepas, saya dan keluarga sempat bersama-sama rakan sepejabat memeriahkan Family Day di Union Yes Retreat & Training Centre. Ini adalah aktiviti tahunan Jabatan kami untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama pegawai. Banyak aktiviti yang kami jalankan disini yang melibatkan team work dan aktiviti kanak-kanak.

Union Yes Retreat & Training Centre terletak 106 kilometer daripada Bandaraya Kuching. Walaubagaimanapun, terdapat 2 laluan untuk ke Lundu, Sarawak samada melalui sungai dengan menaiki Feri untuk ke seberang jalan dan melalui jalan darat. Jika anda melalui jalan darat, anda akan mengambil masa 1 jam 49 minit tetapi jika menggunakan Feri perjalanan akan lebih cepat lebih kurang setengah jam daripada jalan darat.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak

Laluan dalam Map di atas berwarna biru adalah jalan darat yang agak jauh. Manakala, jalan yang berwarna kelabu tu jalan melalui Feri. Anda boleh pilih jalan mana yang anda rasa nak ikut. Bagi saya, jalan darat tanpa lalu Feri tu lagi selamat kerana kadang-kadang Feri tak beroperasi pada masa-masa tertentu. Nak patah balik, memang agak jauh dan membazir masa perjalanan.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak
Jalan masih gravel, belum berturap (Januari 2017)

Ini adalah simpang masuk ke Union Yes Retreat & Training Centre tersebut. Saya agak terkejut sedikit, sebab ingatkan jalan ni salah. Rupanya jalan ke Siar Beach ini belum berturap, masih dalam keadaan gravel atau jalan berbatu. Kereta yang rendah, hati-hati bila melalui jalan gravel ni.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Frontdesk Union Yes Retreat & Training Centre

Sebelum saya review tentang kemudahan dan keindahan Union Yes Retreat & Training Centre ini, saya terangkan sedikit dahulu latarbelakang resort ni. Union Yes Retreat & Training Centre adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Sarawak Bank Employees Union (SBEU). Sarawak Bank Employee Union merupakan kesatuan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja bank dan sehingga kini mempunyai ahli sebanyak  3000 lebih daripada 15 bank yang ada di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sarawak Bank Employee Union (SBEU) - Baca sini

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Chalet Premier

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Beach House 2

Jika anda nak tahu, terdapat 10 jenis penginapan yang di sini. Antaranya adalah Hostel, Deluxe Seaview, Deluxe, Superior, Penthouse Seaview, Penthouse 2, Chalet Premier, Beach House 2, SPA House dan Cabin. Penginapan ini masing-masing dengan rate harga sendiri. Ikut keselesaan dan budjet percutian anda.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Keadaan Bilik Chalet Premier

Ini adalah keadaan dalaman Chalet Premier tempat saya dan keluarga menginap semalaman. Terdapat satu katil Queen dan satu katil Single. Bilik yang agak menarik dan boleh dikatakan mewah.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Pemandangan dari atas Tree Top Terrace

Bangunan yang tinggi dalam gambar diatas ni adalah Penthouse Seaview dan Penthouse 2, dari tingkat atas Penthouse tu boleh nampak view pantai dengan jelas. 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Kolam mandi kanak-kanak 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Kolam mandi untuk semua, dalam hingga ke dada orang dewasa
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Lepas mandi boleh berjemur dekat kerusi ni hehe..

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Tree Top Terrace untuk melihat pemandangan pantai
Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Mata Ian dah kuyuh. mengantuk dah lepas penat bermain..

Sempat bergambar diatas Tree Top Terrace berlatarbelakangkan pantai ketika air surut. Melihat pada keadaan pantai yang terbuka luas ini, rasanya mandi laut bukanlah membahayakan sangat kerana air agak cetek. Cuma anda perlu berhati-hati dengan ombak laut yang kuat dan obor-obor. Kanak-kanak haruslah ditemani orang dewasa. Ini kerana pihak Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak tidak bertanggungjawab jika ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Keadaan pantai Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Pemandangan pantai dari atas Tree Top Terrace

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Ayunan@buaian untuk kanak-kanak, orang dewasa kalau nak main pun boleh jugak hehe

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Tempat makan, dihujung tu boleh digunakan sebagai ruang karaoke

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Sebelum check-out nak balik, kami sekeluarga sempat bergambar bersama 

Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak
Aksi ni, anak saya yang mulakan dulu..kami mak bapak just ikut cara dia posing hahahaha..

Pengalaman bermalam di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak memang menyeronokkan. Biasalah, jika pergi beramai-ramai memang banyak aktiviti yang dilakukan. Saya seronok bermain dengan rakan-rakan. Saya merancang untuk datang sekali lagi ke Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak ini bersama dengan keluarga tercinta sahaja.

Untuk makluman anda yang belum pernah datang ke Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, jangan terkejut jika tak ada air dan elektrik tiba-tiba terputus kerana kawasan lundu memang ada masalah bekalan elektrik dari SESCO, namun dengan inisiatif Union Yes Retreat & Training Centre memasang sistem solar untuk keperluan bekalan elektrik disini. Masalah air pula, jangan panik sebab saya difahamkan Union Yes Retreat & Training Centre Lundu Sarawak@Siar Beach masih bergantung dengan air graviti dan perlu memakan masa untuk pam air ke tangki simpanan.

Kita semua faham masalah yang dihadapi ini tetapi saya sangat berharap ada penyelesaian atau penambahbaikan demi kepentingan dan keselesaan pengunjung. Dengan keseronokan dan sedikit masalah ini saya bagi 3/5 bintang untuk pengalaman satu malam saja. Jika pihak Union Yes Retreat & Training Centre Lundu terbaca artikel ini, mohon agar masalah ini dapat diatasi sebelum kedatangan kami sekeluarga dalam tempoh beberapa bulan lagi. huhu..

Sekian untuk Pengalaman Bermalam Di Union Yes Retreat & Training Centre Lundu, Sarawak. Nak buat tempahan? bolehlah tempah mengikut panduan yang diberikan di laman web ini - Tempahan dan Pertanyaan di Union Yes Retreat & Training Centre 


3 ulasan:

  1. Cantik kawasan persekitarannya...PC tak berpeluang lagi ke Sarawak mahupun Sabah..namun menurut kawan-kawan yang bertugas atau melancong ke sana...Sarawak dan Sabah mewah dengan alam semulajadi yang indah untuk dihayati dan dihargai...terima kasih perkongsian ini ya :)

    BalasPadam
  2. menarik tempatnya
    mmg sesuai sgt untuk bercuti
    kalau ke sarawak nanti boleh dipertimbangkan :)

    BalasPadam