Bahaya Muat Naik Gambar, Video Anak Di Media Sosial

Bahaya Muat Naik Gambar, Video Anak Di Media Sosial | Kemajuan dunia teknologi memang tidak dapat dinafikan lagi. Kanak-kanak 3 tahun pada masa sekarang ini pun sudah pandai bermain gajet. Pendidikan awal tentang penggunaan gajet dan media sosial perlu dititikberatkan kepada anak-anak kita. Tertagih dengan keseronokan bermain gajet sehinggakan pergaulan dengan rakan-rakan lain boleh mengakibatkan perubahan sikap yang ketara kepada mereka. 

Kanak-kanak mungkin bolehlah kita kawal penggunaan media sosial tu. Tetapi, bagi orang dewasa yang ketagih media sosial macam mana?

Tak kan nak rotan kan? haha..

Bukan marah, tapi memperingati sesama kita..

Orang dewasa selfie, tak apa..tapi awas jika anda mempunyai anak dan suka mengambil gambar dan video mereka setiap masa..

Ada satu golongan dikalangan manusia ni yang 'suka' memerhati dan mungkin bertindak diluar kawalan 'mental' individu terbabit.


Intipan Pedofilia....
[Baca ] SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
Inilah tajuk akhbar Harian Metro hari ini yang menarik minat saya untuk memperingati anda dan diri saya sendiri. 

Ada sesetengah ibubapa, demi mengejar perhatian dan pujian netizen di media sosial, anak-anak mereka menjadi tumpuan golongan pedofilia di ruang siber. Menurut kajian, perbuatan memuatnaik gambar atau video rutin harian si kecil mereka di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan 'like' dan 'share' hanya mendedahkan anak-anak mereka kepada ancaman golongan sakit mental ini.

Tahukah anda!
Sejak tahun 2016, terdapat 5 penahan pihak Polis membabitkan golongan Pedofilia ini. Empat (4) kes pada tahun 2016, dan satu kes terbaru diawal tahun 2017 yang viral dibelasah orang ramai selepas didakwa menghantar gambar lucah dirinya kepada seorang kanak-kanak perempuan.
Oleh itu, ibubapa harus memikirkan perkara ini. Jika sebelum ini anda suka memuat naik gambar atau video anak-anak anda, cubalah kurangkan, atau ambil gambar dan video yang bukan rutin seharian si kecil..

Ya, itu hak anda..tapi, fikirkanlah keselamatan si kecil tu..jangan nanti dah berlaku baru nak menyesal..sama-sama kita memperingati diri kita sendiri dan masyarakat yang lain.

{ 7 comments.. read them below or add one }

Nao Mei Nao Mei 3 Februari 2017 8:23 PTG
Elakkan dari terjebak. Sayang anak jangan ditayang...hihi
galaksi viral galaksi viral 5 Februari 2017 8:22 PG
Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ni. :)
zik zik 5 Februari 2017 9:56 PG
makin pelik2 orang zaman sekarang nih..
Seorang Syed Seorang Syed 5 Februari 2017 5:15 PTG
Salam perkenalan. :) Blogwalking di blog ni ya. dah follow juga hehe jemputla melawat blog saya
zool zool 6 Februari 2017 12:37 PG
kena hati-hati lepas ni..
Jie Susanos Jie Susanos 6 Februari 2017 1:40 PTG
yup..selagi boleh jie xnak kongsi foto dalam media sosial baik diri sendiri dan anak2..kslsu jsrsng2 boleh la kot kongsikan..huhu
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz 7 Februari 2017 11:21 PG
ibu bapa mmg rancak post gambar anak. harap mereka sedar

jemput singgah: Belajar Buat Blog