Buat Duit Cara Fattah Amin, Buat Buku Sendiri Melalui Penulisan

Latest

ADVERTISEMENT SPACE 728X90

Buat Duit Cara Fattah Amin, Buat Buku Sendiri Melalui Penulisan

Buat Duit Cara Fattah Amin, Buat Buku Sendiri Melalui Penulisan | Mereka yang berjaya dalam kehidupan adalah mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru, bijak mencari peluang untuk berjaya dan sanggup menerima kritikan dan kecaman orang lain. Bukan semua orang berani mengambil risiko untuk berjaya, sebab itu tidak begitu ramai yang betul-betul berjaya dalam bidang yang diimpikan mereka.

Berbalik kepada cerita bagaimana Fattah Amin buat duit, serius saya katakan, Fattah Amin memang seorang yang berani. Beliau merupakan seorang pelakon, model, duta produk dan juga baru-baru ini menceburi bidang nyanyian. Bukan itu saja, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan penerbitan buku hasil penulisan Fattah Amin yang dikecam ramai di media sosial sejak beberapa hari ini. Rasanya hastag lofattah dah terkubur kerana buku selfie Fattah Amin ni tau..

 Buat Buku Sendiri Melalui Penulisan
Buku 99 Kata-Kata Fatah Amin

Bagi anda yang masih tertanya-tanya, apakah buku yang ditulis oleh Fattah Amin ni? 
Buku ini adalah 'Collective Item' atau 'Merchandise' iaitu perkongsian kata-kata positif, nasihat dan impian Fattah Amin untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua. 
Ramai yang kecam buku ni!..

Huh, susah nak komen benda ni sebab senang sangat buat duit dengan cara Fattah Amin ni. Buat buku, jual dengan harga yang boleh dikatakan agak mahal. Ramai yang nak baca buku dia agaknya, sebab tu ramai yang kecam kenapa jual mahal sangat..

Fattah Amin ni sebenarnya bijak, bijak memanipulasikan kepopularannya pada ketika ini, sementara masih nama 'naik' gunakan sebaik-baiknya. Target sebenar buku ini adalah peminat-peminat dia sendiri. Yang menyumpah itu sebenarnya bukan peminat tetapi memang 'ulat buku'. Katanya, buku yang tak memberi manfaat..tak sesuai dengan harga langsung..

Terpulanglah nak kata apa!

Pelawak Joras kata dalam persembahan minggu pertama Maharaja Lawak Mega 2017, 'buku sumpahan' bila baca buku ni mesti nak menyumpah...

Tetapi, disebalik 'sumpahan' tersebut mungkin sumpahan ini akan buat buku ini laris dijual. Bagi saya, buku Fatah Amin ni 'RARE'. Susah nak dapat ni..hehe..

Time tengah popular ni, gunakanlah sehabisnya peluang tu.

Inilah masanya gunakan peminat untuk buat duit lebih. Cara Fattah Amin buat duit ni memang ramai dah buat cuma tak popular je berbanding dengan dia sekarang ini.

Nak tahu RAHSIA cara buat duit dengan menulis? klik sini - Rahsia Menjana RM10,000 Sebulan Dengan Menulis

Siapa nak popular dulu baru tulis buku, ikutlah cara Fattah Amin tapi kalau nak tulis buku dulu baru popular baca lah rahsia penulis diatas ni.

Ehh, dengar-dengar Neelofa tarik diri untuk berlakon dengan Fattah Amin dalam drama terbaru? betul ke..

7 ulasan:

  1. Bila dah terkenal memang mudah jual apa2 produk.. Mesti peminat beli walaupown produk tersebut tak seberapa.. Apatah lagi kalau produk tu memang terbaik... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, mmg pandai betul ambil kesempatan cari duit huhu

      Padam
  2. Saya rasa nak menulis buku juga... Sebab sebab tidak berjaya selama 20 tahun.. Apa macam ok ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom tulis buku bro..cari idea yg mantap hehe

      Padam
  3. Pergh memang viral buku ni ha ha tapi saya tak sempat nak tengok buku ni walaupun selalu jugak pergi ke MPH dengan popular

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgoklah bro..99 kata2 power tu hehe

      Padam