Post Top Ad

Post Top Ad

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2017

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2017Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan Peperiksaan Online Separa Perubatan Bertaraf Diploma pada bulan Mac 2017 nanti.  Anda bertuah kerana pihak Kerajaan membuat keputusan menambah kakitangan awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia demi menjaga kesihatan dan kebajikan rakyatnya.

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Untuk makluman anda, peperiksaan online separa perubatan ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 07 Mac 2017 (Selasa)
Masa: Jam 5.30 petang hingga 6.10 petang

Selalunya pihak SPA akan memaklumkan calon peperiksaan online separa perubatan melalui SMS, Surat, dan Email. Namun, sekiranya anda belum menerima apa-apa makluman daripada pihak SPA mengenai peperiksaan ini. Anda boleh membuat semakan kelayakan menerusi pautan dibawah ini.


Tahniah! Jika anda terpilih..

Apabila anda telah terpilih untuk menduduki peperiksaan online, bermakna anda sudah mempunyai peluang untuk LULUS peperiksaan ini dan menghadiri temuduga untuk menjalani latihan Separa Perubatan nanti. Peluang anda adalah 50%!

Untuk LULUS peperiksaan online separa perubatan ini, bukan mudah! Ada yang hadir peperiksaan ini 2 hingga 3 kali baru berjaya. Ada yang tidak pernah dipilih lagi untuk menduduki peperiksaan selepas peluang pertama GAGAL. Kemungkinan, peluang anda untuk menduduki peperiksaan online separa perubatan ini hanya SEKALI.


Panduan Peperiksaan online Separa Perubatan


Untuk pengetahuan anda, pengambilan bagi jawatan separa perubatan ini akan dijalankan sebanyak 2 kali iaitu awal tahun dan hujung tahun. Calon yang berjaya didalam peperiksaan online dan LULUS temuduga akan menjalani latihan separa perubatan dan akan menerima elaun sebanyak RM835.57 sebulan sehingga tamat latihan.

Latihan separa perubatan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Jururawat Pergigian
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  5. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  6. Latihan Juru X-Ray
  7. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  8. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  9. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  10. Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Maklumat lanjut mengenai latihan ini, layari SPA - Latihan Separa Perubatan

Untuk peperiksaan online separa perubatan yang akan dijalankan pada 7 Mac 2017 ini adalah bertaraf kelulusan Diploma. Jawatan yang akan anda layak adalah antara 10 jawatan untuk latihan separa perubatan itu nanti.

Untuk pengetahuan calon, kertas soalan peperiksaan online separa perubatan bertaraf diploma ini dibahagikan kepada 2 Seksyen iaitu:

Seksyen A: Ujian Psikometrik
Seksyen B: Pengetahuan Am


Seksyen A: Ujian Psikometrik


Soalan pada seksyen A ini adalah bertujuan untuk menilai jati diri, personality dan sahsiah diri setiap calon. Panduan untuk menjawab adalah mudah, jawab dengan jujur dan berikanlah jawapan yang terbaik bagi menggambarkan diri sebenar anda. Soalan yang akan ditanya dalam seksyen ini adalah merangkumi:
  • Kemahiran berfikir
  • Perwatakan
  • Emosi
  • Dan Sebagainya

Jawab dengan teliti, ambil dari sudut yang positif. Jangan terlalu gopoh dalam menjawab soalan. Semua jawapan anda akan memberikan refleksi diri, sikap dan cara pemikiran anda.


Seksyen B: Pengetahuan Am


Seksyen B adalah pengetahuan am. Seksyen ini akan menguji tahap pengetahuan am setiap calon peperiksaan. Untuk berjaya melepasi seksyen ini, anda haruslah mengulangkaji berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia khususnya. Selain itu, banyakkan membaca hal ehwal politik, dasar-dasar Kerajaan, hal-hal berkaitan hospital dan klinik, dan kaji setipa institut latihan yang ada di Malaysia.

Ingat......

Peluang menduduki peperiksaan online separa perubatan ini bukan selalu. Gunakan peluang baik ini untuk memasuki sektor awam dan berkhidmat untuk Kerajaan. Kami tahu, terlalu ramai saingan untuk merebut latihan separa perubatan ini namun anda harus bersyukur kerana ada panduan dan tip yang boleh membantu anda LULUS dalam peperiksaan online separa perubatan nanti.


Rujukan Pantas Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan


Untuk peperiksaan online latihan separa perubatan sesi Mac 2017 ini dikhabarkan ada perubahan seidkit. Dimana, Seksyen A adalah Pengetahuan Am manakala Seksyen B adalah soalan Psikometrik. Untuk rujukan pantas peperiksaan online ini, terdapat panduan yang WAJIB anda dapatkan untuk mengubah nasib anda dan keluarga anda.


Bagi Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan tahun 2017, Rujukan Peperiksaan atau Panduan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan mencakupi isi kanduangn seperti dibawah:
  1. Pengenalan
  2. Rujukan Pantas - Nota Ringkas Himpunan Tajuk-Tajuk Penting Mengenai Tugas & Skop Jawatan Separa Perubatan U29
  3. 200 Contoh Soalan & Jawapan untuk Seksyen A ( Soalan contoh sahaja)
  4. 60 Contoh Soalan & Jawapan untuk Seksyen B (Soalan contoh sahaja)
Bayangkan kalau tak ada rujukan pantas ni? agak-agak boleh jawap dengan baik tak?

Boleh jer! tapi mesti akan kelam kabut dan memakan masa yang agak lama memikirkan setiap soalan nanti. Masa amat terhad, anda perlu menggunakan peluang yang ada sekarang ini mendapatkan rujukan pantas peperiksaan online latihan separa perubatan demi memperolehi 50% peluang anda LULUS nanti.


50% lagi selepas anda lulus peperiksaan online ini. Apa dia tu? TEMUDUGA. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang Rujukan Pantas Peperiksaan Separa Perubatan ini, klik pautan dibawah.


Update Terkini:
Peperiksaan online latihan separa perubatan yang akan diadakan pada 7 Mac 2017 hanya melibatkan Seksyen A (Pengetahuan Am). So, bolehlah fokus untuk mengulangkaji soalan-soalan yang mungkin dan membaca isu-isu terkini yang berlaku di dalam dan luar negara.


4 ulasan:

  1. good luck untuk semua calon.... (^_^)

    BalasPadam
  2. Rujukkan ni penting untuk untuk meningkatkan peratusan lulus yang ambil periksa. Saya kejayaan korang. Semoga berjaya.

    Jangan pernah putus asa. Usaha x-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin... doakan saya dapat Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)...hehe

      Padam