Post Top Ad

Post Top Ad

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka | Tahukah anda terdapat 40 lebih lokasi perlancongan yang boleh dipilih untuk destinasi percutian di Malaysia. Destinasi percutian menarik ini boleh didapati di setiap negeri di Malaysia. Tak payah jauh-jauh pun kita dah boleh menikmati pemandangan dan percutian yang amat menyeronokkan bersama keluarga tercinta.

Kemana destinasi percutian anda seterusnya?

Kali ini, saya nak share tentang sebuah hotel yang sememangnya terkenal di negeri Melaka iaitu Holiday Inn Melaka. Sebelum kita cerita pasal hotel ni, jom kita tgok sikit apa yang best kat Melaka ni.

Melaka terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur. Melaka ni sememangnya terkenal dengan pelbagai tinggalan sejarah dan telah diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia oleh Unesco. So, bagi korang yang ingin menelusuri sejarah Melayu dan zaman penjajahan Malaya, Melaka adalah tempat yang tepat bagi anda!

Antara tempat bersejarah yang wajib anda lawati adalah:-
  • Kota A Famosa
  • Perigi Hang Tuah
  • Melaka Wonderland Water Theme Park
  • Muzium Samudera
  • Muzium Bahtera ( Muzium Kapal )
  • Taman Budaya Melaka

dan banyak lagi….

Bagi korang yang tak tahu nak bawa anak-anak bercuti ke mana, datanglah ke Melaka! 

Sebelum datang, pastikan anda layari Traveloka.com untuk membuat tempahan bilik hotel dengan kadar yang berpatutan.

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka
Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka
Berbalik kepada Hotel Holiday Inn Melaka tadi, hotel ini terletak di Jalan Syed Abdul Aziz yang cukup strategik. Dah bercuti, anda pasti inginkan hotel yang dekat dengan pelbagai tarikan. Dari hotel ini, anda boleh mengakses ke mana-mana tempat tarikan pelancongan dengan hanya berjalan kaki, menaiki teksi ataupun yang lebih menarik, menaiki beca di Bandaraya Melaka.

Holiday Inn Melaka ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan Selat Melaka. Hotel ini menyediakan panorama yang sungguh menarik terutamanya ketika matahari terbenam (Sunset), korang boleh tengok live dari bilik korang sahaja. Bagi korang yang kaki shopping, hotel ini terletak berhampiran dengan Dataran Pahlawan, jadi korang tak perlu terkejar-kejar lagi untuk membeli belah dan melawat sekitar bandar Melaka. Tambahan pula, hotel ini juga terletak berhampiran dengan Bandar Hilir yang menjadi tarikan utama pelancong ke negeri Melaka ini.

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka
Keadaan Bilik Yang Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka
Kids Suites
Secara keseluruhannya,  hotel ini meyediakan 275 buah bilik yang terdiri dari Deluxe, Suites dan Kids Suites yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk pelanggannya. Korang mesti tertanya-tanya apa yang best sangat pasal hotel ni kan?

Okay, ini adalah beberapa sebab yang menarik yang pasti membuatkan korang memilih Holiday Inn Melaka sebagai penginapan disana nanti. First, hotel ini mempunyai Infinity Pool. Dah nama Infinity Pool, mestilah cantik kan? So, korang bolehlah berselfie ambik gambar dan upload dekat Instagram. Satu lagi korang tak payah pening kepala nak bawak anak-anak mandi kat Pantai Klebang yang sesak tu dah, bawak je mandi kat pool ni, lagi best.

Penginapan Selesa Di Hotel Holiday Inn Melaka
Tea Tree Spa Di Holiday Inn Melaka
Tarikan kedua pula, korang juga boleh berkunjung ke spa yang disediakan iaitu Tea Tree Spa. Haa, dah penat berjalan sekitar bandar Melaka tu mestilah nak merasa urutan dan nak manjakan diri kan? so, jangan risau, korang boleh menikmati pelbagai jenis khidmat massage yang disediakan disini. Korang cuma perlu pilih je. Tapi, of course lah berbayar, tapi still boleh dipertimbangkan sebagai affordable lagi lah. Thirdly, security.  Dah seronok bercuti ni of courselah safety is our main priority kan.


Di hotel ini, korang tak perlu pening kepala pasal keselamatan  sebab hotel ini memberikan akses kad kepada pelanggannya. Sesiapapun yang menggunakan lif untuk turun atau naik, mereka wajib menggunakan kad akses tersebut. Ini bermakna, tiada orang luar yang boleh keluar masuk sesuka hati didalam hotel ini. Korang patut berseronok dalam mood percutian, mengapa harus fikir tentang keselamatan lagi sedangkan hotel ini memenuhi spesifikasi keselamatan yang diperlukan.

Selain itu, hotel ini juga mempunyai fitness centernya yang tersendiri. Fitness center ni kiranya macam gym lah. Hotel ni mempunyai kelengkapan fitness yang lengkap untuk korang beriadah untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan. Siapa cakap pergi bercuti tak leh work out! So, basically, sebab-sebab inilah yang membuatkan Holiday Inn Melaka ini pilihan terbaik jika anda bercuti ke Melaka. Jadi, tunggu apa lagi, layarilah Traveloka.com dan buatlah tempahan anda sekarang.

Rancang percutian korang sekarang dan selamat bercuti! :)

11 ulasan:

  1. Comel yang kids suite punya tu. ada toy story semua haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Memang sesuai utk bawa family. Anak2 confirm suka.

      Padam
  2. Menarik ni... Penat2 tour ke tempat2 menarik di melaka, dpt pula santai2 menginap di sini... puas hati :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak booking online pun senang.

      Padam
  3. Melaka memang best. Ada pelbagai tarikan kat situ termasuk la heritage dan juga makanan.

    Tea Tree Spa tu macam best. Dah penat jalan jalan, boleh la settle down dekat spa haha. Thank you for recommending this hotel. At least tahu mana nak duduk bila ke sini.

    Best regards,
    www.pojiegraphy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Harap mmbntu mereka yg sdang mrancang percutian d melaka nnt.

      Padam
  4. Serius, menarik ni. Kalau ke melaka boleh dipertimbangkan

    BalasPadam
  5. dah lama juga saya berimpian untuk pergi melaka

    BalasPadam
  6. wiwiiiii.. menarik dan selesa... bila la lagi ye nk ke sana... [-(

    BalasPadam