Ahad, 12 Mac 2017

Cara Pilih Produk Murah Pasti Laku Keuntungan Besar

Cara Pilih Produk Murah Pasti Laku Keuntungan Besar | Baru-baru ini, Malaysia sekali lagi kecoh mengenai kegagalan mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 peringkat pertama. Ianya disebabkan penama berkenaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Alang-alang dah ada nama dengan SSM, biar syarikat tu buat bisnes gempak pulak di tahun 2017 ni. Tak dapat BR1M pun pasti rezeki anda mungkin di lubuk yang lain.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda cara untuk memilih produk yang pasti laku untuk dijual secara online ataupun dijual di kedai anda. Pemilihan produk pasti laku dan laris ini bagi mengelakkan anda membeli barang borong dari China dan menanggung kerugian jika produk tersebut gagal dijual. Langkah terbaik adalah pilih produk dulu, dan fikirkan bagaimana untuk menjual.


Cara Pilih Produk Murah Pasti Laku Keuntungan Besar


Sebelum itu, mari kita kaji terlebih dahulu beberapa produk yang mendapat sambutan di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter. Ketiga-tiga platform media sosial ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Lazimnya, produk yang banyak dijual memang ramai agen. Tak kisah la agen dropship atau stokis, setiap hari pasti akan ada up status di Facebook. Antara produk yang laris di jual buat masa ini adalah:
  1. Produk Kesihatan dan Kecantikkan 
  2. Barangan Pelbagai Kegunaan Unik 
  3. Pakaian, Handbag Dan Tudung
  4. Barangan Elektronik Dan Aksesori
Tip dan cara memilih produk pasti laku ini adalah mudah. Pastikan produk yang anda akan jual nanti bersifat 'menyelesaikan' masalah kita atau orang lain. 

Misalnya:

  • Untuk produk kesihatan dan kecantikan, kulit muka berjeragat, kulit kusam, masalah kulit ekzema, kurap, asma, badan gemuk nak langsing.
  • Barangan Pelbagai Kegunaan Unik ini ada pelbagai jenis. Ianya bersifat menyelesaikan masalah harian kita, seperti car organiser, car backseat organiser, hand-free car reverse umbrella, dan banyak lagi.
  • Pakaian, Handbag Dan Tudung  kebanyakkannya lebih kepada kaum wanita. Ramai orang cari  handbag kerana ianya merupakan keperluan harian dan wajib ada sekurang-kurang satu.  Handbag murah dan kualiti premium selalunya menjadi pilihan. Pakaian pula sentiasa ada pelanggannya tersendiri. 
  • Barangan Elektronik Dan Aksesori pun ramai yang mencari harga yang lebih murah daripada pasaran. Nak dapatkan tripod murah, casing iPhone murah, mainan kanak-kanak murah, dan pelbagai produk lain lagi.

Terpulanglah nak pilih produk mana satu, asalkan anda buat penilaian dulu produk yang ramai orang cari. Buat penilaian dengan melihat Fan Page yang ada di Facebook, pergi pasar malam kedai mana yang berkerumun orang nak beli, buka website ecommerce yang berlainan dan tengok harga yang ditawarkan, rating dan bestseller.

Susah nak faham ke? 

Saya terangkan beberapa produk yang murah dan keuntungan tinggi hasil pencarian saya di laman web ini. Produk ini adalah BESTSELLER !

Lihat perbezaan harga China dan harga jualan di Malaysia:

1. Nama Produk : Bruno Cavalli Laptop Backpack ( Black )

Cara Pilih Produk Pasti Laku Keuntungan Tinggi

Daripada gambar diatas, bag Bruno Cavalli Laptop Backpack ini dijual dengan harga RM129.95 di pasaran Malaysia. Manakala, harga jualan di China adalah 69 Yuan (RM45.18)..

Andaikata, anda bercadang nak beli bag ini...

Harga : 69 Yuan ( RM45.18 )
Shipping Costs : 32 Yuan ( RM20.60 )

Modal Anda : RM 65.78

Anda jual semula dengan harga RM120 di Malaysia..

Keuntungan Anda : RM120.00 - RM65.78 = RM 54.22

Jika anda jual 100 buah bag dalam sebulan, RM 54.22 x 100 = RM 5422.00 !


2. Nama Produk Car Coins Side Holder Storage Pocket Cup Holder 

Cara Pilih Produk Pasti Laku Keuntungan Tinggi

Daripada gambar diatas, Car Coins Side Holder Storage Pocket Cup Holder ini dijual dengan harga RM186.00 di pasaran Malaysia. Manakala, harga jualan di China adalah 88.14 Yuan (RM57.77)..

Andaikata, anda bercadang nak beli bag ini...

Harga : 88.14 Yuan ( RM57.77 )
Shipping Costs : 20 Yuan ( RM12.88 )

Modal Anda : RM 70.65

Anda jual semula dengan harga RM186.00 di Malaysia..

Keuntungan Anda : RM186.00 - RM70.65 = RM 115.35 

Jika anda jual 100 buah dalam sebulan, RM 115.35 x 100 = RM 11,535.00 !

Ermm..cukuplah 2 produk dulu. Kalau nak senarai semua kat sini macam tak best pulak kan. Ada puluhan ribu produk yang anda boleh pilih dan jual balik di Malaysia. Saya tahu anda tak sabar nak tau macam mana cara membeli online kan? 


Cara Borong Produk Murah Dari China


Lupakan 'orang tengah'! inilah masanya anda mula berfikir diluar kotak. Bukan alasan lagi untuk bergantung kepada orang tengah ini, kerana ketika ini sudah ada panduan untuk memborong barang murah daripada China secara online sahaja. Tak perlu lagi anda beli tiket, sewa hotel, dan membayar cargo mahal-mahal...

Buat apa susah-susah, sedangkan ada cara mudah untuk memborong online..

Memperkenalkan, Ebook Rahsia Taobao - Panduan Import Barang Dari China Secara Online sebagai rujukan penting untuk anda membeli online nanti. 

Tak faham bahasa Cina? jangan risau, bukan setakat ebook tetapi berserta dengan video sekali..sekiranya anda berminat mengetahui rahsia dan cara pembeliannya, tekan saja button 'Beli Ebook Sekarang!' dibawah. Mulakan misi mencari produk Pasti Laku anda sekarang. 

Cara Pilih Produk Pasti Laku Keuntungan Tinggi


Sebelum barang sampai pun, korang dah boleh cari customer. Apalagi, mari mulakan perniagaan sekarang, tak usah mengharap pada BR1M lagi lepas ni..hehe.

Semoga membantu.

5 comments

Produk kecantikan sekarang memang niche yang sangat popular sekarang ni. Kalau tak ambil peluang memang rugi.

Antara sebab niche produk kecantikkan ni meletop sebab cara promosi dengan tak perlu banyak modal sangat.

Cukup ada panduan borong dari china, buat kelas mekap percuma, bagi tutorial mekap kat IG dan buat live mekap kat FB memang boleh..

Cuma kena konsisten la kan.. Kalau buat sekali lepas tu mengalah, hah takde maknanya nak banyak untung. Sebab dalam bisnes ni kena promote, promote.

Kalau tak promote, orang lain yang promote.

bro bukalah satu store bisnes online...

dah kaya cari saya atau saya cari bro hehehe

Uih hahaaa..memang planning nak buat. Tapi tunggu masa yang sesuai. Kalau buat nanti kena komitmen lebih.

murah btul beli di taobao ni..rugi la perniaga2 tak mengambil peluang ini..


EmoticonEmoticon