Jawatan Kosong Guru Pendidikan Islam (Interim) di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Jawatan Kosong Guru Pendidikan Islam (Interim) di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak | Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Pengajar Interim bagi mengisi kekosongan bidang Pendidikan Islam di Negeri Sarawak.

Jawatan Kosong Guru Pendidikan Islam (Interim) di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Keterangan Program


Tajuk : Pengambilan Pengajar Interim di Negeri Sarawak, Ambilan tahun 2017
Nama Jawatan : Pengajar Interim
Bidang : Pendidikan Islam dan
Tempoh Interim : Tiga (3) tahunsahaja


Syarat-Syarat Kelayakan Asas


Calon-calon hendaklah:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Sihat tubuh badan;
  3. Umur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari2017;
  4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Pengajian Islam daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang iiktiraf oleh Kerajaan Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
  5. Pemohon yang memiliki ijazah daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.; dan
  6. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.


Maklumat Jawatan


Jawatan/ Gred : Pengajar Interim/DG41.
Bayaran Elaun Bulanan : RM 2,149.03 bagi ijazah Kepujian; atau RM 1,944.62 bagi ijazah Am.

Elaun Tetap dan Kemudahan yang dinyatakan di bawah ini mengikut syarat dan kadar yang sedang berkuat kuasa - Rujuk sini


Cara-Cara Memohon


  • Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/ mulai 16 Mac 2017.
  • Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.


Tarikh Tutup Permohonan


10 APRIL 2017 (ISNIN), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM
[ Baca ] - Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Cemerlang

Semoga berjaya!

You might also like

1 Comments:

Saya dah kongsikan ni dgn grup. Watsap.


EmoticonEmoticon