Lazada Birthday Blogger Contest

Lazada Birthday Blogger Contest | Berita gembira untuk anda yang memang gemar membeli secara online, Lazada Malaysia akan menyambut ulangtahun yang ke-5 tahun pada 23 Mac 2017 ini. Pihak Lazada Malaysia akan mengadakan jualan harijadi lazada bermula daripada 22 hingga 24 Mac 2017.

Banyak tawaran diskaun harga sehingga 90 % yang akan diberikan pada 3 hari sambutan ulangan tersebut. Maka, ini adalah peluang keemasan untuk anda membeli keperluan yang anda mahukan di Lazada. Saya dah pilih produk mana yang saya nak, nak beli tu rasanya memang sekadar impian saja. Selagi modal tak cukup, selagi itulah akan tersimpan dalam wishlist akaun Lazada tu hehe..

Untuk melihat Jualan Ulangtahun Lazada, boleh ke link ini - Lazada Birthday Sale

Lazada Birthday Blogger Contest
Lazada Birthday Blogger Contest | Gambar Laptop
Serius, saya memang suka membeli di Lazada Malaysia. Paling banyak saya beli adalah barangan baby dan peralatan elektronik. Lazada akan tetap menjadi pilihan utama saya untuk membeli keperluan  memandangkan banyak produk yang ditawarkan dengan diskaun harga yang agak berpatutan. 

Sempena Ulangtahun Ke-5 Lazada, saya dengan ikhlas hati menjawab beberapa soalan yang diajukan pihak Lazada.


Apa Saya Suka Tentang Lazada?


Pada permulaan Lazada beroperasi, saya sudah menjangkakan Lazada akan menjadi laman web ecommerce yang akan popular di Malaysia. Ini adalah beberapa sebab mengapa saya suka membeli-belah di Lazada:
  • Pilihan produk yang banyak
  • Sistem pembayaran yang pelbagai dan mudah
  • Penghantaran yang pantas dan pembungkusan berkualiti
  • Lazada sentiasa up-to-date dengan sebarang promosi terkini mereka melalui email 
  • Coupon Discount memang amat menjimatkan ketika pembelian, Lazada senantiasa menawarkan coupon discount.
  • Terdapat promosi Free Shipping (West & East Malaysia)


Top 3 Produk Pilihan Saya Di Lazada?


Ya, saya dah lama mengintai beberapa produk di Lazada ini. Ketiga-tiga produk ini memang impian saya untuk memilikinya.

Apakah produk itu?

Lazada Birthday Blogger Contest
Casio G-Shock GA-120-1A Black | Lihat Sini

Semestinya, jam tangan Casio G-Shock warna hitam ni ! model agak lama sedikit tetapi harganya tetap maintain begitu. Nak beli tetapi masih ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Mungkin suatu hari nanti dimakbulkan hajat ni.

Lazada Birthday Blogger Contest
Abu Garcia Ambassadeur STX Round Reel | Lihat Sini

Huh, geram sungguh tengok Reel ni ! dah lama mengidam nak guna. Tapi belum ada rezeki nak dapat. 

Lazada Birthday Blogger Contest
Autumn Fashion Denim Jacket Coat (Black) |Lihat Sini
Yang ini pula Jacket Coat yang owesome! kalau guna memang nampak segak ja kan..hehe..jacket ni memang nak beli, mungkin bulan depan pas gaji kot haha..tengoklah bajet macam mana..



Apa Yang Perlu Ditambahbaik Di Lazada?


Sebagai pelanggan tetap Lazada, ada 3 perkara saja yang perlu saya cadangkan untuk penambahbaikan, yang lain rasanya dah perfect dah! 3 benda itu adalah..

  • Produk Luar Negara - Terdapat produk yang dijual di Lazada yang dibekalkan dari luar negara. Walaupun Free Shpping tetapi memakan masa 2-3 minggu untuk sampai. Bukankah lebih baik jika Lazada ada ready stock untuk pasaran Malaysia? 
  • Servis Gift - Andaikata, saya nak hadiahkan sesuatu produk untuk Ibu saya di kampung. Saya nak bagi surprise dengan Ibu saya. Lebih baik jika ada servis ini disediakan di Lazada. Sebab saya sukakan kejutan bila nak hadiahkan orang lain. 
  • Promosi dan Pengiklanan - Collaboration dengan blogger untuk pemasaran online bagi sesetengah produk mungkin berkesan untuk jangka panjang. Perbanyakkan contest, collaboration, advertorial dan produk review boleh meningkatkan jualan Lazada.


Ucapan Birthday Kepada Lazada?


Sempena Ulangtahun ke-5 Lazada, saya mengucapkan semoga ulangtahun ke-5 ini memberikan limpahan keuntungan dan peningkatan perkhidmatan agar menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

Lazada Birthday Blogger Contest

Kewujudan Lazada bukan sahaja memudahkan rakyat Malaysia untuk online shopping malah, telah membuka peluang kepada peniaga, peluang pekerjaan, peluang blogger menjana duit sampingan melalui affiliate dan contest seumpama ini.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Lazada Birthday Blogger Contest ini. Semoga online shopping anda selamat dan lebih jimat dengan Lazada!

Baca Artikel Menarik Ini Juga

12 Comments

good luck, makin ramai yang join contest ni makin up hadiahnya

hehe lain citarasa kita bro. lain orang lain citarasa kan? all the best btw ;)

kalau kaki pancing memang sanggup beli akseosori memancing..tak pelah bro..semoga murah rezeki berbentuk duit untuk membeli apa sahaja dihajati

jijah pun suka beli online gan lazada!

Membeli melalui internet memang memudahkan hidup manusia yg sebok. sebab semua orang kata dia sebok.

Kalau bandingkan harga membeli di talian dgn di pusat membeli belah, bezanya kalau ada pun tak banyak. Hampir sama. Yg penting, kita percaya siapa yg menjual barangan melalui talian, bimbang scammer. Kalau kita tau pembakal tu memang peniaga tulin, why not. Itu memudahkan. Itu je, the rest is okay.

Saya belum pernah beli apa2 melalui internet sebab masa membeli barang di luar tu saya harap dapat bertemu kawan yg dah lama tak jumpa.

haha..pancing jgak yg terbaik...

Selamat hari lahir lazada.

Memang padu reel tu

baru2 ni saya dapat voucher rm50 untuk shopping di lazada. tapi tak beli apa2, melepas.


EmoticonEmoticon