Post Top Ad

Review Ebook Rahsia Taobao - Panduan Borong Dari China Secara Online

Cara Beli Barangan Murah Borong Dari China | Hi, lama tak bercerita mengenai cara borong barang atau produk daripada China secara online. Mungkin korang dah tau lubuk mana nak beli barang borong murah sebab tu dah buka gerai jualan kan? bagi yang baru berniat nak buat bisnes tapi tak tau macam mana nak dapat produk murah yang boleh dijual di Malaysia, anda patut membaca review ini sampai habis.

Panduan Borong Dari China Secara Online
Buka Kedai Jualan Barangan Borong
Pernah tak korang nampak kedai macam dalam gambar diatas?

Kedai jualan ini terletak di salah sebuah supermaket yang terkenal di Sarawak. Kedai jualan handbag, topi, pouch, jam tangan, kasut wanita, dan handphone cover ini rata-rata dijual dengan sekitar harga RM10 hingga RM100.

Dimana mereka mendapatkan bahan jualan ni?

Saya pernah bertanya dengan salah seorang owner kedai ni, dia kata ada supplier dari Semenanjung Malaysia yang membekalkan barangan jualan ni. Handbag yang dijual di kedai ini diimport atau dibeli daripada negara luar iaitu China. Setiap penjual atau peniaga pasti ada pembekal tersendiri samada terus daripada pembekal tersebut atau pihak ketiga.

Kenapa perlu melalui pihak ketiga jika ada cara untuk memborong sendiri secara online tanpa perlu pergi ke China?

Nak tanya korang, pembekal tu dapat barang tersebut daripada mana? dari kilang ataupun import dari China jugak? kalau dari China, maka anda perlu baca artikel ini hingga habis..

Tahukah anda?

Terdapat satu Ebook yang boleh dijadikan panduan membeli barang borong daripada China tanpa perlu belajar bahasa China dan terbang ke China. Ebook ini dihasilkan oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam bisnes online. Pengalaman beliau membantu peniaga online semakin mendapat tempat dikalangan peniaga baru dan yang baru berminat untuk berniaga barangan borong atau import dari China.


Ebook Rahsia Taobao - Panduan Borong Dari China Secara Online


Ebook yang saya maksudkan adalah Ebook Rahsia Taobao hasil penulisan Tuan Nigel Ong. Ini bukan buku digital pertama yang dihasilkan beliau, ada lagi beberapa buku digital seperti Instagram Kaboom yang sangat laris dijual dipasaran Ebook di Malaysia melalui klikjer.com.

Panduan Borong Dari China Secara Online

Aku tak tau nak review mana satu, nak review ebook ke nak review Tuan Nigel Ong ni haha..

Sebabnya, ebook ini sangat sesuai untuk trend bisnes pada masa sekarang. Ini semua boleh dikatakan satu pakej untuk anda berniaga. Ebook Rahsia Taobao untuk panduan memborong atau membeli produk dari China, manakala Ebook Instagram Kaboom untuk meningkatkan follower dan letupkan dan lariskan jualan di Instagram.



Wow, memang patut dapatkan kedua-dua ebook ini..


Isi Kandungan Ebook Rahsia Taobao


Baiklah, saya tahu anda dah tak sabar nak tahu isi kandungan ebook ini kan? antara isi kandungan ebook rahsia taobao ini adalah:

Panduan Borong Dari China Secara Online


Rahsia 1: Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Terdapat 5 ciri produk yang perlu anda cari di Taobao yang boleh anda beli secara borong. Kelima-lima ciri ini akan membolehkan anda menjual produk tersebut di Malaysia dan pasti memberikan keuntungan yang besar nanti.

Rahsia 2: Produk Yang Perlu Dielakkan
Terdapat 4 ciri produk yang perlu dielakkan jika membeli secara online di Taobao. Jika terbeli, kemungkinan kesukaran untuk menjual, mencari pelanggan dan pasti ada kerugian. Ketahui 4 ciri produk tersebut sebelum membeli online.

Rahsia 3: Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di Taobao.Com
Membeli di Taobao bukan seperti anda membeli di laman web Laxxxx atau Zaxxxx. Rahsia dan teknik membeli ini diterangkan secara terperinci dengan sreenshoot setiap langkah dan paling best ada video bagi memudahkan anda memahami penerangan.

Rahsia 4: Cara Menjual Produk Yang Telah Di Borong Secara Online
Tahniah, barang anda pastinya sudah sampai dirumah. Dalam rahsia 4 ni, penulis akan menerangkan 5 kaedah untuk anda menjual produk yang telah borong itu. Semua kaedah ini anda boleh lakukan dihadapan komputer sahaja.

Rahsia 5: Proses Jualan & Proses Meng'ayat'
Contoh-contoh ayat memikat pembeli beserta skrip sekali ada disertakan dalam bahagian ini. Anda yang masih belum berpengalaman, rahsia ini sangat penting untuk meng'ayat' bakal pelanggan anda.


Bukan sekadar itu, jika anda membeli ebook rahsia taobao ini secara online. Terdapat 4 BONUS ebook lain yang anda akan dapat iaitu:

BONUS #1: Panduan Meledakkan Jualan Melalui Menggunakan Fanpage
BONUS #2: Kajian Kes - Sport Armband Untuk Smartphone
BONUS #3: 8 Tips Kejayaan Bisnes Borong Orang Cina
BONUS #4: Rahsia 1688.Com - Satu Lagi Lubuk Borong Dari China



10 Rakaman Video Tutorial Rahsia Taobao


Harga bagi Ebook Rahsia Taobao ini adalah RM70 bagi pakej A buat masa ini, manakala bagi pakej B anda hanya perlu menambah RM30 untuk 10 Video Tutorial Rahsia Taobao.

Panduan Borong Dari China Secara Online

Dalam video tutorial ini, menerangkan tentang:

Video 1 – Pengenalan
Video 2 – Mendaftar Di Taobao
Video 3 – Teknik Search Product Dalam Bahasa Mandarin & Kriteria Memilih Produk
Video 4 – Teknik Menentukan Harga Dan Menilai Potensi Produk -  100% Profit
Video 5 – Teknik Menilai Reputasi Dan Lokasi Taobao Seller
Video 6 – Perbincangan 2 Cara Memborong
Video 7 – Tempah Guna Agent: Daftar Di Xxxxxxxx
Video 8 – Tempah Guna Agent: Menempah Di Xxxxxxxx
Video 9 – Tempah Sendiri: Beli Direct Di Taobao
Video 10 – Tempah Sendiri: Gabung Tempahan Dan Kirim Ke Malaysia

Maka, anda akan Pakej B dengan harga RM100 sahaja..

Panduan Borong Dari China Secara Online
Ini Yang Anda Akan Dapat !!




Ingat...

Anda bukan hanya seorang bakal peniaga online sahaja yang telah memanfaatkan ilmu memborong dan jualan online ini. Malah dah ramai yang berterimah kasih dengan ilmu hebat yang dicurahkan dalam ebook tersebut. Lihat beberapa testimoni daripada pelanggan yang telah mula menjana keuntungan selepas membaca panduan rahsia memborong dari China ini.

Panduan Borong Dari China Secara Online

Panduan Borong Dari China Secara Online

Dan, ada banyak lagi testimoni mereka yang selamat memborong menggunakan tip dan panduan rahsia taobao ini.

Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Ebook ini, klik sini - Rahsia Borong Online Taobao.Com

Terima kasih kerana sudi membaca Review Ebook Rahsia Taobao - Panduan Borong Dari China Secara Online. Semoga pembelian anda secara borong online berjaya dan menjana keuntungan berlipat ganda.

1 ulasan:

  1. Panduan ni antara panduan paling lengkap tentang borong dari China. Siapa nak jadi usahawan borong china ni, patut jadikan ebook ni rujukan

    BalasPadam