Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif, Jangan Terpedaya!

Latest

ADVERTISEMENT SPACE 728X90

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif, Jangan Terpedaya!

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif, Jangan Terpedaya! | Dikhabarkan, sindiket Nigerian Scammer ni sudah lama bergiat aktif di laman jual beli online Mudah.My. Walaupun kita sedar nombor telefon yang keluar di telefon bimbit pelik tetapi dengan tawaran harga yang hampir 2 atau 3 kali ganda mungkin ada individu yang terleka atau terpedaya dengan teknik 'licick' scammer ni.

Lihat screenshot seorang sahabat saya ni, beberapa hari yang lepas dia mengiklankan basikal untuk dijual dengan harga tak sampai 1K pun.

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Sahabat saya ni memang 'cepat panas', memang dah tau dah scammer ni nak perangkap dia. Basikal RM850 scammer ni nak beli dengan harga USD5000?? memang nampak sangat menipunya..hurmm..

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Ini lagi satu...

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Lagiii...

Scammer Mudah.My Masih Bergiat Aktif

Dan, lagiii..

Selagi kita tak delete iklan di mudah.my tu selagi scammer-scammer online ni kacau hidup kita..


Teknik Licik Scammer Mudah.My


Saya difahamkan, teknik licik scammer online di mudah.my ini bermula dengan penawaran harga pembelian yang lebih tinggi, kemudian scammer ni bagitau dia bukan di Malaysia dan perlu pos barang kepada dia di USA atau negara-negara lain. Scammer ni akan meminta Nama dan Nombor Akaun kononnya nak transfer separuh daripada kos pembelian.

Sampai part 'transfer' ke akaun, bermulalah teknik penipuan mereka. Beberapa jam kemudian, akan ada email notification yang mengatakan Bank ABC di Nigeria menerima sejumlah wang untuk dimasukkan ke akaun anda. Tetapi untuk memindahkan wang tersebut, mereka perlukan USD500. Maka, mereka akan memberikan nombor akaun lagi untuk kita transfer duit tu.

Sebagai contoh mudah macam ni lah..

Scammer tu beli basikal - USD5000
Scammer tipu bagi alasan pindah wang - USD500 <---Kerugian anda! dah lah basikal tak dapat jual
So, USD4500 tu jangan harap nak dapat lah! dapat duit korang terus senyap lah. Misi dah tercapai buat apa nak bagi kita duit lagi kan?

JANGAN TERPEDAYA!

Itu je nak pesan, jangan terpedaya..

Bila anda letak iklan di Mudah.My, pastikan letak syarat..Tiada Penghantaran. COD Kuching Sahaja. COD Senai Jaya, JB Sahaja. COD Kota Kinabalu Sahaja. 

Hati-hati, sebab scammer ni dah semakin bijak. Mereka boleh saja menggunakan talian Malaysia untuk menipu. 

Jika nak berurusan untuk penghantaran/postage juga, ingat 3 benda ni saja..
  1. Urusan pembayaran menggunakan Paypal tidak memerlukan nombor akaun. Hanya menggunakan email sahaja.
  2. Sekiranya pembeli itu meminta nombor akaun kita, minta maklumat peribadi pembeli itu juga seperti nama, nombor ic dan alamat. Untuk pastikan dia bukan scammer. Kalau tak nak bagi, bagilah nombor akaun palsu, tengok apa reaksi dia.
  3. Bila dapat whatapps/SMS daripada nombor yang panjang dan tidak dikenali, salin nombor tu cari dekat google, kalau nombor dari Nigeria, abaikan saja tak payahlah susah-susah nak layan. 
  4. Tiada orang nak beli barang second hand dengan harga 2 atau 3 kali ganda harga asal kalau tak ada niat jahat tersembunyi.
Saya tahu, ramai yang bisnes online menggunakan Mudah.My, saya sendiri pun gunakan Mudah untuk menjual barangan second hand. Walaupun saya tahu anda jual Barangan Borong di pelbagai platform seperti Lelong, Ebay, Mudah dan lain-lain. Berhati-hati lah kerana scammer ini ada dimana-mana mengintai peluang untuk mendapatkan duit hasil penipuan cyber mereka.

5 ulasan:

  1. adik sy pun pernah terkena kes scammer ni..

    BalasPadam
  2. ish, ada jugak kes macam ni ek? seram

    BalasPadam
  3. Betul.. Selalu dengar scam2 macam ni. Banyak dah viral kat fb.

    Gara2 nak untung banyak, last diri sendiri yang rugi.

    Semoga kes2 macam ni dapat la dielakkan pada masa depan

    BalasPadam
  4. lokman pernah terkena dgn no scammer ni...pernah dlu nk jual duit lama kat mudah.my...xsmpai beberapa ja....no scammer trus call dan mesej kat whatsappp...mostly nigerian scam....buang2 benda tu dri mudah...dh tiada...hati2 letak di mudah.my....byk scammer!

    BalasPadam
  5. pernah terkena, lesap rm3000

    BalasPadam