Ahad, 30 April 2017

Bot Sewa Memancing Laut Di Kuching, Sarawak

Bot Sewa Memancing Laut Di Kuching, Sarawak

Bot Sewa Memancing Laut Di Kuching | Saya tahu, ramai kaki pancing di seluruh Malaysia ni mencari bot sewa memancing laut. Setiap kawasan pasti ada bot sewa memancing yang menawarkan perkhidmatan mengikut bayaran tertentu. Harga sewa bot yang mereka tentukan adalah mengikut harga semasa pakej memancing berdasarkan lokasi memancing dan saiz bot mereka.

Saya menjangkakan lebih ramai kaki pancing turun ke laut memancing pada bulan April dan Mei ini kerana kebiasaannya waktu ini adalah musim sotong di Kuching, Sarawak. Bukan itu saja, waktu pertengahan tahun ini musim tengkujuh berakhir, yang kebiasaanya bermula bulan Disember hingga Febuari.


Lokasi Memancing Laut Di Kuching

Kaki pancing memang tidak akan senang duduk rumah, lebih-lebih di masa cuti panjang sekolah. Dapat cuti hujung minggu pun boleh turun ke laut dengan Pakej Overnight iaitu jam5 petang sehingga jam9 pagi. Antara lokasi memancing laut yang popular dikalangan pemancing di Kuching adalah:-
  1. Bas
  2. Kapal Jepon
  3. Ochui
  4. Bas-Ochui
  5. Lakei MRX
  6. Lakei Choo Reef
  7. Lakei Ayong
  8. Tukun Trengganu
  9. Tanjung Datu, Sematan
  10. Karang 'Lebeng'
  11. P.04
  12. Talang-Talang, Sematan
  13. Pulau Satang
Saya difahamkan, ada banyak lagi lokasi memancing laut disini tetapi mungkin kaki pancing cuba rahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Namun, jika maklumat boleh diperolehi saya akan cuba tambahkan list lokasi memancing laut diatas ini.


Bot Sewa Memancing Laut Kuching

Kalau dah jumpa tekong yang dah biasa tak apa, tapi kalau nak cuba bot sewa ini, dialu-alukan. Kali ini, saya mahu kongsikan dengan anda bot sewa memancing laut yang masih baru tetapi servis yang tip-top. Ini kerana beliau sentiasa memantau tekongnya dan berjanji akan memberikan kepuasan kepada pemancing yang menyewa botnya.
Pandangan Tepi Kanan Bot Sewa
Pandangan Tepi Kiri Bot Sewa

Pandangan Hadapan Bot Sewa
Bot sewa memancing laut ini boleh memuatkan 6 orang, namun jika mahu keselesaan disyorkan 5 orang sahaja. Lokasi memancing mengikut permintaan anda. Tiada istilah 'tekong' tidur, tekong 'tidak bagus' dan tekong 'malas' sebab tekong telah diamanahkan oleh boss mereka memberi kepuasan kepada pelanggan. Tak ada ikan, pindah sampai ada ikan.


Pergi Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan

Disamping kepuasan, kaki pancing juga sangat mengharapkan hasil yang lumayan. Anda pergi dengan izin keluarga, restu isteri tercinta, doa anak-anak dirumah, agar selamat dan beroleh kejayaan strike sebanyak mungkin ikan. 

Anda mahu memancing laut? bot sewa ini mungkin pilihan terbaik untuk anda memancing di Kuching, Sarawak. Boss bot sewa ni kata, bulan Mei ni hanya ada trip kosong pada minggu ke-2 sahaja. Kalau nak sewa jugak, mungkin boleh ambil trip hari bekerja. Weekend trip memang cepat fully book. Tempahan bulan Jun keatas masih availabe, mungkin anda pelanggan kami selepas ini.

Untuk pertanyaan Harga Sewaan bot dan Tempahan...

Hubungi :-

Masli - 016-8834276 (Call/SMS) 
www.wasap.my/60168834276
Facebook - Mohamad Masli

Khamis, 27 April 2017

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun | Sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Lesen Memandu yang tamat pada hari yang sama dengan tarikh lahir pemegang lesen, saya pasti tiada lagi kes terlupa renew lesen mereka. Ini kerana, sebelum langkah ini dibuat kebanyakkan orang terlupa memperbaharui lesen mereka sehinggakan mereka dikenakan caj atau denda akibat kelewatan itu.

Alkisahnya bermula apabila isteri saya terlambat renew lesen memandu hampir setahun. Bukan lupa, tapi memandangkan tinggal dengan suami, memandu bukan keperluan sangat. Hari lahir isteri saya adalah esok, tetapi renew lesen memandu baru saja semalam..haha..


Cara Renew Lesen Lewat Setahun

Tiada masalah. Cuma prepare duit lebih je untuk bayar bayaran penyelarasan. Berikut adalah langkah-langkah renew lesen memandu di UTC :-

  1. Ambil nombor giliran anda, tunggu sehingga dipanggil
  2. Sampai dikaunter, bagitau nak renew berapa tahun (RM30 untuk setahun)
  3. Buat bayaran, ambil resit dan hantar dibahagian photografi
  4. Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil gambar
  5. Tunggu nama anda dipanggil untuk ambil lesen memandu baru anda
  6. Selesai !
Baca juga - Cara Renew Lesen Memandu P, CDL Dan GDL Yang Tamat Tempoh

Jika anda renew lesen di Pejabat Pos, gambar pada lesen akan menggunakan gambar lama. Tiada sesi fotografi untuk wajah terkini anda ye..kalau nak wajah baru terpampang pada lesen tu, sila lah ke UTC atau JPJ yang berhampiran dengan anda.
Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh
Amaun Pelarasan Tempoh ! Bukan Denda Lewat Renew 
Orang kata, bayaran tambahan itu adalah denda atas kelewatan. Tetapi, pegawai JPJ tu nekad memberitahu bayaran tambahan itu adalah bayaran penyelarasan untuk 3 hari sebelum tamat tempoh sah lesen lama. Penyelarasan ini sama nilai dengan memperbaharui lesen selama setahun.

Baca juga - Cara Buat Tuntutan Insuran Akibat Kemalangan

Cara Renew Lesen Memandu Lewat Setahun Dan Tamat Tempoh
Lesen Baru Dengan Wajah Terkini Di JPJ UTC
Jangan risau, selagi lesen memandu anda belum tamat tempoh setahun anda masih boleh renew lesen tu. Tetapi sekiranya lesen tamat tempoh melebihi 3 tahun, anda perlu membuat rayuan secara online, bersurat atau datang sendiri ke Pejabat JPJ/Cawangan. Walaubagaimanapun, anda harus mematuhi syarat yang diperlukan untuk menghidupkan lesen CDL anda misalnya, anda perlu menghadiri sebahagian Ujian Memandu semula.

Baca juga - Cara Tukar Nama Hak Milik Kenderaan Di JPJ

Sekian untuk perkongsian cara renew lesen memandu lewat setahun dan tamat tempoh, semoga bermanfaat.

Advertisement

Rabu, 26 April 2017

Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Bank Di Kuching

Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Bank Di Kuching

Pinjaman Peribadi RHB Bank Di Kuching, Sarawak | Sekiranya anda memerlukan modal untuk perniagaan, melangsungkan perkahwinan, membeli hartanah, membeli tanah, membeli rumah, bayar hutang lain, atau membeli kereta. Pinjaman Peribadi RHB Bank merupakan pilihan terbaik untuk anda memandangkan pinjaman ini memenuhi kehendak undang-undang syariah dan berdasarkan konsep 'Murabahah dan Tawarruq'.
Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Bank Di Kuching

RHB Personal Loan kini menyediakan 2 pakej iaitu Pakej Ekspres (Swasta) dan Civil Sector (Sektor Kerajaan).  Pakej ini bagi memberi peluang kepada penjawat awam dan kakitangan swasta yang mahu mendapatkan pinjaman peribadi dengan RHB Bank seluruh Malaysia.


RHB Personal Loan Pakej Civil Sector (Kakitangan Awam dan GLC)

Pakej Civil Sector untuk kakitangan awam persekutuan, kakitangan awam negeri atau GLC ( Government Link Company) tidak memerlukan cagaran atau penjamin. Pinjaman peribadi yang ditawarkan adalah bermula RM2,000 hingga maksimum RM200,000 selama 2 hingga 10 tahun tempoh pembayaran balik pinjaman.

MINIMUM
MAKSIMUM
RM2,000
RM200,000 
Kadar faedah bagi skim pinjaman peribadi kakitangan kerajaan dan GLC adalah 4.50 % bagi tempoh pembayaran balik selama 2 hingga 10 tahun (12 -120 bulan)

TAHUNAN
KADAR FAEDAH %
2 - 10
4.50 %

Proses pembayaran balik pinjaman RHB Personal Loan adalah menggunakan potongan Autodebit melalui Biro Angkasa. Gaji minimum yang diperlukan adalah RM1000 sebulan atau RM12,000 setahun. Anda hendaklah berumur 18 tahun keatas dan tidak melebihi umur persaraan pada tarikh akhir pembayaran pinjaman. Anda haruslah penjawat awam yang berjawatan tetap.


RHB Personal Loan Pakej Ekspres (Swasta)

Pinjaman Peribadi RHB pakej Ekspres ini pula mengkehendaki anda berpendapatan tahunan sebanyak RM24,000 setahun iaitu sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan. Malah, anda juga layak memohon pinjaman sehingga 5 kali ganda bersih anda.

Kadar faedah bermula daripada 8.31 % sehingga 13.47% bergantung kepada jumlah pinjaman dan tempoh masa bayaran balik pinjaman. Had minimum bagi pemohon adalah 21 tahun dan maksimum 60 tahun. Pinjaman peribadi yang layak dipohon adalah bermula RM2,000 sehingga RM150,000 dengan tempoh bayaran balik diantara 1 hingga 7 tahun.

JUMLAH PINJAMAN
TEMPOH BAYARAN BALIK
KADAR FAEDAH %
RM2000 – RM10000
12 – 60 BULAN
13.47 %
RM11000 – RM15000
12 – 84 BULAN
13.47 %
RM16000 – RM50000
12 – 84 BULAN
11.74 %
RM51000 – RM99000
12 – 84 BULAN
10.02 %
RM100000 – RM150000
12 – 84 BULAN
8.31 %

Untuk melihat jadual pembayaran - klik sini


Semak Kelayakan Segera 

Kami faham kesibukan anda. Oleh itu, kami berharap dapat membantu anda untuk memohon pinjaman dengan RHB Bank di kawasan Kuching dengan membuat semakan segera disini. Lengkapkan maklumat lengkap dibawah ini dan klik Submit. Kami akan menyemak kelayakan anda secepat yang mungkin.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi RHB Bank Di Kuching

Tawaran pinjaman ini khas untuk warga Kuching, Sarawak sahaja buat masa ini! 

Advertisement

Elakkan Daripada Menggunakan Produk Tidak Berdaftar Dengan KKM

Elakkan Daripada Menggunakan Produk Tidak Berdaftar Dengan KKM

Semakin lama, semakin banyak produk kesihatan dan kecantikan yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini. Belum lagi produk meningkatkan daya seksual dan melegakan kesakitan kronik. Perkembangan ekonomi yang pesat dengan kepelbagaian persaingan produk kesihatan dan kecantikan banyak meningkatkan pendapatan negara khususnya.


Elakkan Daripada Menggunakan Produk Tidak Berdaftar Dengan KKM

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat lengkap berkaitan kesan sampingan yang dialami bagi membantu NPRA meningkatkan keselamatan penggunaan ubat-ubatan di Malaysia.

Elakkan Daripada Menggunakan Produk Tidak Berdaftar Dengan KKM

Maklumat lengkap yang dimaksudkan adalah, maklumat tentang:-
  1. Nama Produk
  2. Kesan sampingan yang dialami
  3. Dimana produk dibeli
  4. Sebab produk digunakan
  5. Sampel produk(untuk produk tradisional)
Dibawah ini adalah beberapa contoh kes yang pernah dilaporkan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) diatas kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan mereka.

Kes 1

En. Danial*, 66 tahun, mengalami serangan jantung hanya satu jam selepas mengambil produk tidak berdaftar, COBRA-X, untuk meningkatkan daya seksual. Berdasarkan ujian makmal yang dijalankan ke atas baki sampel produk, ia telah dikesan mengandungi sildenafil. Sildenafil, atau lebih dikenali dengan nama Viagra®, adalah ubat farmaseutikal yang berdaftar untuk rawatan mati pucuk. Ubat ini tidak dibenarkan sebagai kandungan di dalam produk tradisional. Sebelum rawatan mati pucuk dimulakan oleh doktor, pesakit perlu dinilai untuk mengenal pasti punca masalah, dan sama ada pesakit mempunyai sebarang masalah jantung. Sildenafil tidak sesuai digunakan oleh pesakit jantung ataupun mereka yang sedang mengambil ubat sakit jantung seperti ubat nitrates. En. Danial bernasib baik kerana menerima rawatan perubatan dengan segera yang telah menyelamatkan nyawa beliau.

Kes 2
En. Abdullah*, 60 tahun, mengalami perubahan tingkah laku dalam masa dua minggu selepas mula mengambil produk tradisional tidak berdaftar, Skyline Al Taqwa Sakit Pinggang & Lutut untuk merawat sakit lututnya yang kronik. Produk ini dijual dengan tuntutan ia dapat merawat pelbagai jenis kesakitan. Tingkah laku En. Abdullah berubah menjadi kuat bercakap, mempunyai idea-idea yang hebat, berbelanja berlebih-lebihan, dan turut memberikan wangnya kepada orang lain. Ahli keluarganya berasa risau dan membawa beliau untuk mendapatkan rawatan psikiatri di hospital berdekatan. En. Abdullah bertuah kerana melalui pengambilan sejarah perubatan yang baik, doktor mengesyaki terdapat bahan terlarang di dalam produk tradisional tidak berdaftar tersebut yang menyebabkan perubahan tingkah laku beliau. Doktor tidak terus memberikan ubat tambahan untuk merawat simptom En. Abdullah, sebaliknya mengarahkan supaya penggunaan produk tidak berdaftar tersebut dihentikan secara berkala. Ujian makmal menunjukkan bahawa produk tersebut mengandungi dexamethasone – sejenis steroid yang kuat. Diagnosis muktamad untuk En. Abdullah adalah ‘euforia disebabkan pengambilan produk yang mengandungi steroid’, dan beliau pulih sepenuhnya selepas menghentikan pengambilan produk tersebut.

Kes 3
Alex*, 13 tahun, adalah seorang budak yang sihat dan cergas sebelum dia terjatuh dan terseliuh buku lali. Dia telah mendapatkan rawatan urut dan mula mengambil sejenis produk tradisional (tidak berlabel) untuk melegakan sakit badan dan bengkak kaki. Hanya tiga hari selepas itu, Alex dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Lembah Klang kerana tiba-tiba berasa sesak nafas. Pemeriksaan lanjut mendapati dia mengalami kegagalan organ jantung, hati dan buah pinggang. Doktor mengesyaki kegagalan organ ini mungkin disebabkan oleh logam berat yang terkandung di dalam produk tradisional tersebut. Ujian makmal mendapati bahawa produk tersebut dicemari dengan kandungan arsenik yang tinggi. Ini merupakan punca kegagalan organ-organ Alex.

Hargai Nyawa Anda - Pastikan Produk Berdaftar Dengan KKM

Kes-kes diatas hanyalah sebahagian kecil daripada aduan yang diterima oleh pihak NPRA berkaitan produk tidak berdaftar yang menyebabkan kesan sampingan serius termasuk kegagalan hati dan buah pinggang. Sesetengah pesakit yang terlibat pulih, namun ada yang tidak bernasib baik.

Tahukah anda? pada tahun 2014, bahan campuran yang paling kerap dikesan oleh NPRA didalam produk tidak berdaftar adalah ubat perangsang seksual, agen pelansing dan steroid.

Kita sebagai pengguna sering dikaburi mata terhadap isu penting ini disebabkan testimoni keatas kesan luar biasa yang mereka hadapi. Siapa yang tidak mahu sembuh cepat kan? kita semua nak sembuh daripada penyakit, tetapi harus difahami bahawa produk yang memberi kesan cepat mungkin mengandungi bahan campuran terlarang dan merbahaya kepada kesihatan.


Sebagai Pengguna, Apakah Tindakan Yang Perlu Kita Buat?

1. Semak kelulusan produk kecantikan, ubat tradisional atau supplement dengan cara seperti gambar dibawah atau baca artikel ini - Cara Semak Kelulusan KKM
Klik tab QUEST Products Search untuk carian kelulusan KKM
2. Dapatkan nasihat doktor, farmasi atau jururawat, semasa mendapatkan rawatan bagitau dengan mereka ubat yang pernah dimakan.

3. Produk dengan bahan semulajadi mengambil masa yang agak lama untuk memberi kesan, jika ubatan dengan bahan semulajadi memberi kelegaan dengan masa singkat, ianya mungkin mengandungi bahan berbahaya.

4. Laporkan kepada KKM :-
Produk tidak Berdaftar - Jika anda mempunyai maklumat berkaitan penjualan produk tidak berdaftar, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (Tel.: 03-78413387, laman web: www.pharmacy.gov.my)
Kesan Sampingan Ubat - Jika anda mengesyaki sesuatu produk membuatkan anda berasa kurang sihat, beritahu kami! Laporkan kesan sampingan ubat melalui laman sesawang NPRA: http://npra.moh.gov.my 

Bagaimana Cara Melapor? 

Layari laman web http://npra.moh.gov.my dan klik pada tab "Report An Adverse Event" dan pilih "Consumer" atau "Healtcare Professional"..

Laporan anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa keluarga dan orang lain!


Advertisement

Jumaat, 21 April 2017

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia | Ya! saya tahu ramai yang tengah cari broker saham terbaik di Malaysia sekarang ni. Maklumlah, banyak kaunter saham tengah naik sekarang ni, ada kaunter yang sampai 600% kenaikan sejak 6 bulan yang lepas. Lebih baik kita belajar melabur sekarang daripada berputih mata melihat rakan-rakan lain dah untung sehingga 1000% daripada modal pelaburan asal.
21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

Jika dilihat pada peratusan kenaikan nilai saham bagi beberapa kaunter, nilai ini tidak akan dapat kita perolehi jika melabur ke dalam ASB, Unit Trust atau Fix Deposit. Namun, pelaburan bukan jaminan keuntungan sentiasa memihak kepada anda. Jika nilai susut, anda pastinya akan menanggung kerugian juga. Sebab itu, Teknik Analisa Jual-Beli Saham perlu dipelajari.


Tip Penting Sebelum Buka Akaun Saham (CDS)


Untuk permulaan pelaburan, anda perlulah mengetahui beberapa tip penting sebelum membuka akaun CDS anda.

  1. Perlu memahami return dan risk saham
  2. Perlu tahu jenis-jenis saham
  3. Perlu tahu broker patuh syariah dan tidak
  4. Perlu tahu bagaimana proses membuka akaun CDS saham 
  5. Perlu ada modal permulaan melabur atau tidak


21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia


Jika dah tahu, bagus..tetapi jika belum mungkin saya akan cuba terangkan pada artikel yang akan datang. Kali ini, mari kita kenali 21 broker saham dalam Bursa Malaysia yang boleh dipertimbangkan sebagai broker saham anda nanti.

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia
  1. CIMB Investment Bank Bhd
  2. Maybank Investment Bank Berhad
  3. RHB Investment Bank Berhad
  4. Hong Leong Investment Bank Berhad
  5. AFFIN Hwang Capital
  6. Malacca Securities Sdn Bhd
  7. TA Securities Holdings Bhd
  8. Kenanga Investment Bank Bhd
  9. SJ Securities Sdn Bhd
  10. Public Investment Bank Bhd
  11. UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd
  12. Inter-Pasific Securities Sdn Bhd
  13. MIDF-Amanah Investment Bank Bhd
  14. BIMB Securities Sdn Bhd
  15. JF Apex Securities Bhd
  16. M & A Securities Sdn Bhd
  17. Alliance Investment Bank Berhad
  18. AM Investment Bank Berhad
  19. Mercury Securities Sdn Bhd
  20. FA Securities Sdn Bhd
  21. PM Securities Sdn Bhd

Semua senarai Broker Saham ini boleh didapati di laman web Bursa Marketplace

Mahu membuka akaun CDS dengan broker patuh syariah? Lihat senarai - 10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia

Semoga membantu.

Isnin, 17 April 2017

Jual Aiskrim Part-time Pun Boleh Dapat RM2,000 Sebulan, Ini Caranya!

Jual Aiskrim Part-time Pun Boleh Dapat RM2,000 Sebulan, Ini Caranya!

Bulan Puasa akan tiba tidak lama lagi kan? Tahun ini dijangka akan raya awal sikit berbanding tahun lepas, 1 Ramadhan jatuh pada 27 Mei 2017 manakala Hari Raya Puasa pada 25 & 26 Jun 2017. Anda dah buat perancangan? Atau masih sibuk dengan hal-hal lain?
Jual Aiskrim Part-time Pun Boleh Dapat RM2,000 Sebulan, Ini Caranya!

Bulan puasa adalah musim tambah rezeki keluarga. Cara terbaik menambah pendapatan adalah dengan berniaga secara part-time sahaja. Tidak perlu ganggu waktu bekerja 8 jam anda. Bisnes part-time hanya dilakukan selepas waktu pejabat dan hujung minggu.

Ada banyak bisnes part-time yang anda boleh buat, misalnya jual nasi lemak, jual burger, jual nasi briyani, mee kolok, laksa, jual air balang ataupun jual aiskrim. Jual aiskrim memang memberikan pulangan yang lumayan, orang kata boleh menjana keuntungan sehingga RM5,000 sebulan. Betul kah ni?

Betul! Zaman sekarang ni, jual aiskrim secara part-time pun boleh jana antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan. Kalau usaha lebih lagi.. insyallah boleh dapat lebih daripada tu…buat part time ni, maksudnya.. hanya menjual pada hari Sabtu-Ahad sahaja... time-time cuti hujung minggu.

Tak percaya? Percayalah.... ini beberapa bukti mereka yang telah berjaya jana ribuan ringgit secara part time, dengan hanya menjual aiskrim sahaja pada hari sabtu dan ahad!

Jual Aiskrim Part-time Pun Boleh Dapat RM2,000 Sebulan, Ini Caranya!

Jual Aiskrim Part-time Pun Boleh Dapat RM2,000 Sebulan, Ini Caranya!
Apa Rahsianya?

Mestilah ada rahsia kan?..
  1. Anda kena tahu macam mana nak buat aiskrim?
  2. Kena tahu kat mana nak jual aiskrim tersebut?
Orang kata.. tempat "lubuk"... kalau tahu lubuk ni.. insyallah boleh jual sampai RM10,000 macam kawan kita kat atas tu!

Ini Rahsianya!

Berita baik! Rahsia tersebut kini telah di dedahkan oleh anak "Jutawan Senyap Malaysia", iaitu saudara Afiq Rusly. Beliau telah menulis ilmu bisnes aiskrim ini secara lengkap di dalam sebuah ebook yang berjudul "Bisnes Aiskrim".

Kalau anda berminat untuk mengetahui ilmu serta rahsia bisnes aiskrim ini... klik sahaja link dibawah!

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus | Populasi rakyat Malaysia dianggarkan melebihi 30 juta pada ketika ini, dimana pada kadar kelahiran tahunan melebihi setengah juta. Pada tahun 2015, jumlah kelahiran hidup adalah 521,136. Namun, bukan semua orang tahu mengenai kepentingan Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i Plus atau SSPN-i Plus.
10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Ramai yang menganggap menyimpan dalam SSPN hanya untuk memenuhi syarat wajib pinjaman pendidikan PTPTN. Tetapi, itu mungkin SSPN-i yang dulu. SSPN-i hanya untuk simpanan pendidikan dan syarat wajib pinjaman pendidikan PTPTN. Kini, dengan penambahbaikan dan penambahan manfaat, SSPN-i Plus sudah 2 tahun sejak ditubuhkan sejak tahun 2015.


10 Sebab Anda Perlu Menyimpan Dalam SSPN-i Plus

Dibawah ini, saya kongsikan dengan anda 10 sebab mengapa anda perlu menyimpan dalam SSPN-i Plus. Baca dengan teliti dan buat pilihan terbaik untuk anak-anak anda :-

#1 - Pelepasan Taksiran Cukai Sehingga RM12,000
Pelepasan taksiran cukai yang ditawarkan apabila anda menyimpan dalam SSPN-i Plus diberikan sehingga RM6000 dan tambahan lagi RM6000 bagi bahagian takaful nyawa. Ini bermakna pelepasan cukai sebanyak RM12,000 setahun. Jumlah ini sudah cukup banyak membantu anda mengurangkan cukai setiap tahun.

#2 - Perlindungan Takaful Bagi 36 Jenis Penyakit Kritikal
Perlindungan takaful ikhlas merangkumi 36 jenis penyakit kritikal, antaranya adalah buta, koma, serangan jantung, kanser, penyakit hati kronik, melecur teruk, trauma kepala teruk, penyakit terminal, strok dan banyak lagi.

#3 - Tiada Pemeriksaan Kesihatan
Beruntungnya anda dengan SSPN-i Plus, ini kerana anda dan anak anda secara automatik mendapat perlindungan takaful tanpa saringan kesihatan. Berbanding dengan insuran lain, anda perlu menjalani medical check-up sebelum permohonan diluluskan.

#4 - Elaun Kemasukan Hospital
Jika anda dimasukkan ke hospital, anda layak mendapat elaun sehingga RM200 sehari bergantung kepada pakej yang anda ambil. Bayaran elaun kemasukan hospital ini sangat membantu dalam situasi kecemasan dan kesempitan. Dengan komitmen bulanan yang agak rendah, anda layak menuntut elaun masuk hospital.

#5 - Manfaat Takaful Bagi Kematian/Ilat Kekal (Kemalangan)
Sekiranya pendeposit meninggal dunia atau ilat kekal akibat kemalangan. anak layak diberikan manfaat takaful sebanyak RM40,000 sehingga RM1,000,000 bergantung kepada pakej yang diambil.

#6 - Khairat Kematian
Jika pendeposit meninggal dunia, pasangan anda dan 3 orang anak layak menuntut khairat kematian sebanyak RM2,500 seorang. Khairat kematian ini bagi membantu urusan pengebumian dan bantuan kepada keluarga pendeposit.

#7 - Dividen Kompetitif
Disamping simpanan pendidikan dan perlindungan takaful, SSPN-i Plus juga mempunyai dividen tahun yang sangat kompetitif. Dividen yang diberikan sehingga 29.5%. Simpanan anda didalam SSPN-i Plus adalah dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Tiada risiko kerugian bagi anda.

#8 - Komitmen Serendah RM30 Sebulan
Dengan simpanan SSPN-i Plus, saya rasa semua orang mampu memberikan komitmen. Bulanan sebanyak RM30 adalah sama nilai dengan sebuah KFC Bucket Berbaloi yang tengah promosi sekarang ni. Lupakan KFC sekejap, dan laburkan dalam SSPN-i Plus anak anda.

Ada 5 pakej lain iaitu RM50, RM100, RM200, RM300 dan RM500. Bergantung kepada kemampuan anda.

#9 - Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
Perlindungan takaful adalah 24 jam walau dimana jua anda berada. Jika anda diluar negara, dan menyimpan dalam SSPN-i Plus, anda masih dilindungi.

#10 - Cabutan Bertuah - Cabutan Wow
Menariknya, SSPN-i Plus seakan-akan Sijil Simpanan Premium BSN tetapi bezanya SSP-BSN tiada perlindungan takaful dan cabutan dibuat setiap hujung bulan. Bagi SSPN-i Plus, cabutan dibuat setiap suku tahun dan bernilai RM1,500,000. Dengan hanya menyimpan serendah RM50 sebulan, anda layak secara automatik dalam cabutan Wow ini.

Simpanan dalam SSPN-i Plus adalah patuh syariah dan pastinya dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Jadi, memang tidak perlu risau apabila menyimpan dalam SSPN-i Plus ni. Apa yang kita perlu buat, hanya mendisiplinkan diri melakukan simpanan atau komitmen bulanan mengikut pakej yang anda ambil.

Bila akaun SSPN-i Plus boleh dibuat?

Jika anak anda dilahirkan semalam dan hari ini (1 hari) dah buat Sijil Kelahiran atau MyKID, petang hari ini sudah boleh buka akaun SSPN-i Plus untuk anak kesayangan anda.

Untuk makluman, saya adalah ejen pemasaran online yang dilantik oleh PTPTN. Sebarang pertanyaan berkenaan pembukaan akaun secara online, sila hubungi saya melalui :-

Ejen Pemasaran Online: Elih Japahar (ID: 000002268)
Alamat Email: elihjapahar@gmail.com

Atau

>> Buka Akaun SSPN-i Plus Secara Online Disini <<

Promosi Allurelady - Beli Tudung Raya 2017

Promosi Allurelady - Beli Tudung Raya 2017

Beli Tudung Raya 2017 | Lebih kurang 2 bulan lagi, Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba. Saya pasti ramai wanita-wanita diluar sana dah mula mencari pakaian dan keperluan untuk raya nanti. Berbelanja dengan bijak, beli awal lagi bagus daripada beli disaat-saat kemuncak yang semuanya akan sesak.

Promosi hari raya di shopping mall rasanya belum start lagi. Tetapi, ada jualan online sudah memulakan kempen jualan mereka. Maklumlah, rakyat Malaysia memang gemar membeli secara atas talian. Kajian mendapati rakyat Malaysia gemar membeli online pada pukul 11 pagi sehingga 3 petang dan 7 malam sehingga 12 tengah malam.
Promosi Allurelady - Beli Tudung Raya 2017

Sempena raya 2017, tudung Allurelady akan membuat promosi. Promosi jualan tudung Allurelady ini membolehkan anda membeli tudung 3 helai dengan harga RM120 sahaja. Dimana penjimatan sebanyak RM15, daripada harga asal RM45 sehelai.


Koleksi Tudung Allurelady

Sebelum anda membeli tudung Allurelady ini, jom tengok beberapa koleksi tudung Allurelady yang memang menarik dan cantik-cantik.
Rosella Instant Shawl - Black Brown
Rosella Instant Shawl - Blue Black
Rosella Instant Shawl - Blue Brown
Rosella Instant Shawl - Purple Green
Mahu kelihatan agun dan bergaya di hari raya nanti, dapatkan promosi tudung Allurelady di sini - klik sini

Ada banyak lagi koleksi tudung dijual secara online disini, anda hanya perlu pilih dan bayar menggunakan kad kredit, online transfer ataupun PayPal. Segalanya mudah, hanya dihujung hari. Tudung anda akan sampai depan pintu rumah dalam masa 3-5 hari bekerja.

Jom shopping Tudung Allurelady sekarang!

Ahad, 16 April 2017

3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Ramai orang nak buka akaun saham, tetapi tak begitu ramai yang ada pengalaman membuka akaun saham yang lebih mesra dipanggil CDS. Apa CDS ni? CDS adalah singkatan bagi "Central Depository Service", sebelum anda melabur dengan mana-mana saham Bursa Malaysia, anda perlu membuka satu akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker saham. Manakala, orang yang selalu berurusan dengan kita mewakili syarikat broker dipanggil sebagai remisier atau dealer.
3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Berikut adalah 3 langkah mudah bagaimana cara membuka akaun saham CDS, ikuti langkah demi langkah dibawah ini:-

Langkah 1
Untuk membuka CDS, pastikan anda mencari syarikat broker yang anda rasa selesa berurusan, online trading yang mesra pengguna, patuh syariah, dan brokerage fee yang rendah. Lebih bagus jika ada rakan yang recommend, sebab newbie memang belum ada pengalaman buka akaun CDS ni.


Langkah 2
Setelah memilih syarikat broker yang terbaik. Anda perlu membawa dokumen-dokumen penting ini untuk urusan pendaftaran:
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata buku akaun bank/account statement
  3. RM10.60 - Caj buka akaun
Bukan semua syarikat broker akan caj RM10.60 tu, ada yang waive caj tu. So, nampak mudah proses buat akaun CDS kan? yup, senang je. Tetapi, ada perkara yang mungkin tidak diceritakan semasa pembukaan CDS ni, jadi anda haruslah bertanya sebanyak mungkin untuk lebih memahami sistem saham dan online trading mereka.

Nak tanya apa? soalan-soalan ini mungkin boleh diajukan kepada pegawai yang in-charge..
  • Berapa kadar brokerage fees?
  • Bagaimana cara jual-beli saham online?
  • Bagaimana cara deposit dan withdraw duit?
  • Bagaimana cara menggunakan tools yang disediakan dalam online platform yang disediakan?
  • Berapa lama pelaburan saham dalam satu-satu kaunter saham?
Banyak lagi soalan yang mungkin berlegar-legar difikiran anda, ajukan saja. Saya pasti pegawai bertugas akan melayan anda dengan baik.

Langkah 3
Selesai! selepas beberapa hari bekerja, siaplah akaun CDS anda. Bila dah siap, masukkan lah duit kedalam akaun tersebut mengikut modal yang anda nak laburkan. Tetapi, pastikan anda menggunakan duit lebihan dan bukan duit simpanan anak anda atau duit bayar loan kereta atau sebagainya. Pelaburan ini adalah jangka panjang bukan singkat.

Berapa modal main saham?

Terpulang kepada anda nak mula dengan berapa banyak modal, semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ada yang mula dengan RM100, RM1000, RM10,000 ataupun RM100,000. Boleh !

Contoh:

Katakan, saham AE Multi Hldgs bernilai RM0.20 dan kita mesti membeli sekurang-kurangnya 1 lot. 1 lot = 100 Unit. So, katakan saya membeli 10 lot. 10 lot X 100 X RM0.20 = RM200

Selepas 6 bulan, saham tersebut naik kepada RM0.50 dan saya jual. Nilai pada masa itu bersamaan RM500. Keuntungan 200%?? keuntungan ini tak akan dapat diperolehi dengan pelaburan ASB dan Unit Trust.

Bagi mengurangkan kadar caj brokerage fees, lebih baik anda membeli 1000 unit. Melabur saham tidak memerlukan modal yang tinggi, cuma kepakaran menganalisa kaunter saham diperlukan bagi menganalisa kaunter saham mana yang berpotensi baik untuk pelaburan.

Mahukan panduan analisa jual-beli saham? baca panduan ini - Sistem Saham

10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Sejak beberapa bulan ini, ramai yang mencari broker saham yang terbaik. Mungkin ini lonjakan permintaan pembukaan akaun saham (CDS) dimana terdapat lebih daripada 10 nama saham yang mencapai keuntungan 100% dalam tempoh 6 bulan ini. Fenomena ini amat baik buat kita semua, melabur dalam saham bursa Malaysia adalah pilihan tepat jika mahu keuntungan berganda selain daripada ASB, Unit Trust dan sebagainya.
10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Perlu diingat! melabur saham bukan untuk platform pendapatan tambahan bulanan. Pelaburan adalah lebih kepada pelaburan jangka masa yang panjang. Jika anda mahu pendapatan tambahan bulanan, lebih baik buat bisnes sampingan, jangan main saham.


10 Broker Saham Patuh Syariah Di Malaysia

Disini, saya kongsikan dengan anda 10 broker saham yang patuh syariah di Malaysia. Anda bolehlah memilih broker saham mana yang sesuai dengan anda.
  1. Affin-Hwang Investment Bank (Window)
  2. AmInvestment Bank (Window)
  3. BIMB Securities Sdn Bhd (Full-Fledged)
  4. CIMB Investment Bank (Window)
  5. Hong Leong Investment Bank (Window)
  6. Jupiter Securities Sdn Bhd (Window)
  7. Kenanga Investment Bank (Window)
  8. Malacca Securities Sdn Bhd (Window)
  9. Maybank Investment Bank (Window)
  10. RHB Investment Bank (Window)
Pelaburan saham bukan seperti buat loan, atau simpanan namun kita perlu pilih yang patuh syariah  juga jika pelaburan mahu dibezakan dengan yang bukan patuh syariah. Antara perbezaan non-islamic broker dan islamic broker adalah:
  1. Margin transaction tidak dibenarkan
  2. Hanya kaunter halal sahaja dibenarkan jual beli saham
  3. Zero interest keatas duit yang kita simpan dalam Trading Account

Itulah perbezaannya...

Dah buka akaun CDS (Central Depository Service) belum?? kalau dah, bolehlah analisis saham mana yang berpotensi untuk dilaburkan. Jika belum, boleh hubungi mana-mana broker diatas atau baca cara buka akaun CDS di sini.


Perlukan panduan analisa jual beli saham? baca panduan ini - Sistem Saham

Sabtu, 15 April 2017

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Ramai yang bersikap tidak endah dengan penularan mesej berantai dan penyebaran berita palsu melalui media sosial, samaada melalui Facebook, Twitter ataupun Whatapps. Penyebaran mesej yang tidak diketahui kesasihannya berkemungkinan boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Tahukah anda? terdapat satu laman web yang direka khas oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memudahkan rakyat Malaysia menyemak dan melaporkan berita yang tidak diketahui kesasihannya. Laman web ini telah wujud sejak tahun 2010, banyak berita-berita palsu yang dipaparkan disini yang di sahkan sebagai PALSU.

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Laman web yang saya maksudkan adalah sebenarnya.my


Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Dengan berslogankan, "Tidak Pasti Jangan Kongsi"..sebenarnya.my mempunyai 2 peranan:-

#1 - Memaparkan berita-berita PALSU
#2 - Menerima aduan

Disebabkan keghairahan menggunakan media sosial, kadang-kadang kita terlupa dengan isu-isu ini. Nak share berita mudah saja, tetapi jika tersebar berita yang palsu, amat berat hukumannya. Nak tahu apa kesalahan yang boleh dikenakan jika didapati menyebarkan berita palsu ini?

Sekiranya dikesan melakukan perbuatan samada membuat, mewujudkan dan memulakan penghantaran, berkongsi atau repost apa juga kenyataan yang palsu, anda boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang disebarkan jika tidak tahu kesasihannya. Salurkan kepada Sebenarnya.my dan tunggu pengesahan daripada SKMM mengenai isu tersebut. Sekiranya berita itu sahih dan baru lah kita boleh menyebarkannya, jika palsu? tak ada maknanya nak share lagi..cepat-cepat hapuskan berita atau mesej berkenaan.

Kita semua berhak untuk menyalurkan berita-berita yang menular di media sosial, kalau bukan kita siapa lagi kan?....

Hantar aduan kepada sebenarnya.my sekiranya menerima berita dan mesej berantai yang meragukan demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

Jumaat, 14 April 2017

7 Laman Web Terbaik Buat Duit Dengan Mengisi Survey

7 Laman Web Terbaik Buat Duit Dengan Mengisi Survey

Buat Duit Dengan Mengisi Survey | Dalam dunia maya ini, pelbagai cara untuk kita buat duit. Ianya terpulang dengan kita nak buat duit dengan cara apa. Buat duit secara online terbukti lumayan dengan mempelbagaikan kaedah untuk memperolehi ganjaran. Sebagai contoh, menyertai affiliate program, dropship, dan sebagainya.
7 Laman Web Terbaik Buat Duit Dengan Mengisi Survey
Kali ini, saya akan kongsikan dengan anda cara bagaimana buat duit dengan mengisi survey. Ada yang kata tak ada masa nak mengisi, tetapi hakikatnya mereka itu tiada niat nak buat duit. Saya cadangkan cara buat duit dengan menjawab atau mengisi survey ini bagi yang mahu Buat Duit sahaja!

Bagi memudahkan anda, saya kongsikan #7 laman web untuk mengisi survey nanti..anda boleh pilih mana satu yang terbaik, atau daftar je semua..email pemberitahuan akan dihantar melalui email korang sekiranya terdapat survey terkini ditawarkan..


7 Laman Web Terbaik Buat Duit Dengan Mengisi Survey

#1 - Valued Opinions
Valued Opinions menawarkan survey dengan bayaran bermula dari RM1 hingga RM7. Apabila mencapai jumlah minimum iaitu RM30, anda boleh menunaikan duit tersebut dengan voucher Aeon, Voucher KFC dan Pizza Hut. Tawaran menjawab survey akan dihantar melalui email dan perlu diisi segera memandangkan terdapat quota limit yang telah ditetapkan. - Daftar

#2 - GlobalTest Market
GlobalTestMarket juga menawarkan voucher atau E-Voucher untuk diredeem, tetapi jumlah point yang terkumpul daripada mengisi survey boleh ditukarkan kepada duit iaitu minimum RM10 bagi setiap 375 points. - Daftar

#3 - PanelPlace
PanlePlace pula menyenaraikan laman survey kepada anda yang boleh ditukarkan points kepada duit. Terdapat banyak laman web mengisi survey didalam PanelPlace ini. - Daftar

#4 - Toluna
Toluna merupakan laman survey yang popular. Ramai yang menyertai survey mereka kerana terdapat banyak tawaran untuk menukar point yang terkumpul seperti Cash, Cek, Voucher, E-Voucher, Lucky Draw, Donation, dan Product. Jika mahu menukar kepada duit? RM20 layak ditukarkan bagi 16000 points. - Daftar

#5 - YourVoice
YourVoice menawarkan penukaran duit sebanyak USD20 bagi 250 points yang terkumpul. Selain itu, points juga boleh ditukarkan kepada ganjaran Voucher - Daftar

#6 - YouGov
YouGov menawarkan penukaran points terkumpul dengan E-Gift Voucher Zalora, Air Asia BIG Points, UNICEF Donation dan SGD25 bagi setiap 5000 points. - Daftar

#7 - OpinionWorld
OpinionWorld merupakan laman web paid survey di Singapore. Points yang terkumpul boleh ditukarkan kepada duit tunai melalui Paypal, dan juga E-Gift Voucher bagi Amazon, Lazada dan banyak lagi. - Daftar

Ini hanyalah 7 laman web paid survey yang pernah saya join. Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi 7 ini adalah yang terbaik untuk anda join sebabnya points boleh ditukar kepada duit. Inilah caranya buat duit secara online, samada menggunakan laptop, desktop atau smartphone anda boleh menjawab survey yang diemailkan terus kepada anda.
7 Laman Web Terbaik Buat Duit Dengan Mengisi Survey
Raya tak lama lagi dah, 2 bulan lagi kot..inilah masanya jawab online survey habis-habisan untuk tambah duit raya nanti. Buat duit dengan handphone ja ya..janji ada data !

Selasa, 4 April 2017

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 | Ramai yang nak diserap masuk kerja kerajaan, tetapi bukan semua berjaya melepasi peperiksaan, temuduga, dan pemeriksaan fizikal. Mujurlah pada tahun ini, tiada lagi peperiksaan untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam seperti tahun sebelum ini.

Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Pembantu Penguasa Kastam | Sumber - Akmal
TAHNIAH! untuk anda yang telah berjaya dipanggil temuduga Jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Bagi yang belum berjaya dipanggil temuduga, usah risau kerana mungkin ada rezeki lebih baik daripada ini telah ditentukan-Nya dimasa akan datang.

Dah semak nama anda ker? - Semak sini

Tahukah anda? panggilan temuduga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam yang dijalankan bermula dari 02 hingga 14 April ini melibatkan lebih 8000 orang calon dimana hanya 186 kekosongan jawatan, manakala calon simpanan seramai 650 orang.

Saingan untuk mendapatkan jawatan ini memang banyak, apa persediaan anda? walaupun mungkin anda berpengalaman menduduki temuduga SPA tetapi itu tidak bermakna anda boleh berjaya. Oleh itu, masih tidak terlambat untuk anda membuat persediaan lebih rapi bersaing dengan 8000 calon temuduga lain.


Rujukan Khusus Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19


"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" yah! kalau ada usaha pasti ada jalan untuk berjaya. Mahu bersedia sepenuhnya untuk Temuduga jawatan Pembantu Penguasa Kastam ini? ada rujukan khas untuk anda membuat persediaan temuduga nanti.
Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
Pembantu Penguasa Kastam WK19 >> Klik di sini

Rujukan temuduga ini telah membantu ramai calon sebelum anda,  baca dulu kemudian baru lah putuskan nak dapatkan Ebook ini atau tidak, terpulang kepada anda. Masa depan dan peluang anda, terletak ditangan anda sendiri. 

Sekiranya anda mempunyai rakan atau keluarga yang menduduki Temuduga, bagitau mereka ada rujukan bermanfaat untuk mereka disini:

Temuduga Khusus Separa Perubatan >> Klik di sini

Temuduga Kerjaya Kerajaan >> Klik di sini

Temuduga Kerjaya Swasta >> Klik di sini

Pilih rujukan yang sesuai dengan anda dan buatlah persediaan sekarang ataupun nanti pun boleh ..okay !

Salam sukses untuk anda!

Isnin, 3 April 2017

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik | Di Malaysia, terdapat ribuan produk kosmetik yang dijual. Malahan, mungkin mencecah puluhan ribu produk jika termasuk produk yang dari luar negara. Ramai usahawan sekarang lebih cenderung menghasilkan produk sendiri bagi tujuan penjenamaan dan bisnes hasil titik peluh sendiri. Dengan lambakan produk kosmetik dan kesihatan dalam pasaran, kita sebagai pengguna kena tahu cara semak kelulusan KKM supaya tidak memudaratkan kesihatan kita nanti.

Ramai pengguna masih tidak tahu cara semak kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM. Bukannya tak tahu, tetapi mungkin sikap endah tak endah tentang kepentingan untuk mengenalpasti produk itu diluluskan KKM ataupun tidak.

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat/produk itu berdaftar dengan KKM?

Untuk pengetahuan anda , semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk yang telah berdaftar dengan KKM mempunyai:-
  1. Nombor Pendaftaran MAL (Ubat-Ubatan - Cth: MAL2012341T) atau NOT (Kosmetik - Cth: NOT15116789K)
  2. Label Hologram Meditag
Sekiranya produk tersebut tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Sebagai alternatif lain, anda boleh menyemak kelulusan KKM ini secara online dengan mudah. Bagaimana caranya?


Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Produk yang berdaftar dengan KKM sepatutnya mempunyai kedua-dua ciri diatas, namun sekiranya pembekal kata produk itu telah diluluskan tetapi tiada dilabelkan, anda boleh semak produk ini berdasarkan nama produk dengan mudah.

Langkah 1: Layari http://npra.moh.gov.my
Langkah 2: Klik pada pautan QUEST Product Search

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Langkah 3: Pilih Cosmetic Products Only , cari Product Name, taip nama produk diruangan carian.

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Langkah 4: Maklumat dan senarai produk dibawah nama produk sama akan dipaparkan (sebagai contoh, produk Shaklee)

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik


Selesai !

Jika tiada hasil carian, ini bermakna produk tersebut belum berdaftar dengan KKM. Anda mungkin terdedah dengan bahan kimia berbahaya, lebih-lebih lagi jika produk tersebut menjanjikan kesan yang terlalu singkat.

Ingat..jangan terpedaya dengan ubatan/produk kosmetik yang memberi kesan dengan pantas. Kebanyakan ubatan/produk sebegini telah dibatalkan kelulusan disebabkan mengandungi mercuri, hydroquinone, tretinoin, dexamethasone, asid azelaik dan pelbagai lagi kandungan yang merbahaya kepada kesihatan kita.



Ingat, semak dulu baru beli..semak dulu baru jual...semak dulu baru review !! 

Ahad, 2 April 2017

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya

Kasut Formal Lelaki Dan Penjawat Awam | Penjawat awam telah ditetapkan peraturannya dalam Pekeliling Perkhidmatan, manakala pekerja swasta pula terikat dengan peraturan Syarikat tempat mereka bekerja. Ada profesion yang memerlukan kita berpakaian profesional, dan ada yang santai.

Kasut formal merupakan kasut yang digunakan untuk bekerja. Kasut lain seperti casual shoes, sport shoes, atau kasut-kasut lain adalah keperluan harian kita. Anda hanya perlukan 1 kasut formal untuk urusan kerja, jika ada 2 kasut formal lebih baik.

Kali ini, saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana rupa kasut formal dan cara penjagaannya. Ramai yang tak kisah, tapi jika mahu kasut boleh dipakai lebih lama, buat 3 perkara yang akan saya sebutkan dibawa ini.

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya
Bungkusan kasut baru yang saya beli online

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya
Kasut Formal 
Kasut juga ada cara penjagaannya tersendiri. Bukan hanya beli dan pakai tapi ada beberapa perkara penting perlu dibuat agar kasut anda lebih tahan lama. Sebelum anda menggunakan kasut BARU, pastikan 3 langkah ini dibuat dahulu jika anda betul-betul sayang kasut anda.


#1 - Pasang Kiwi + Lilin + Bakar = Kalis Air Atau Kiwi Sahaja

Untuk kasut kulit/leather boleh menggunakan teknik ini, sapukan lilin diatas kasut kemudian, sapu kiwi dan boleh bakar supaya boleh menutup rongga mengelakkan air meresap masuk ke dalam kasut. Kalau belum pernah buat, cara ini memang boleh di buat di mana-mana tukang kasut yang anda tahu. Namun, menyapukan kiwi leather mengikut warna kasut pun penjagaan yang baik juga. 

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya

#2 - Pasang Ladam Pada Tumit Kasut

Tumit kasut lazimnya akan 'haus' atau cepat rosak disebabkan geseran diantara lantai dan kaki kita. Hentakan berkali-kali akan menyebabkan kehausan tumit kasut. Memasang ladam pada tumit sangat membantu mengelakkan masalah ini. Pasang terus selepas anda membeli kasut baru, dijamin tahan lama tumit tu. Ladam habis, pasang semula ya.

Kasut Formal Lelaki Dan Cara Penjagaannya


#3 - Jahit Kasut

Ada sesetengah kasut yang anda beli hanya menggunakan gam, ada juga yang telah siap dengan jahitan. Jika kasut anda hanya digam, jika terkena air lama-lama gam akan hilang, menjahit kasut sangat membantu untuk mengelakkan kasut mudah terburai dari tepi, tumit atau depan kasut. 

Kasut formal yang dijaga dengan baik mestilah boleh digunakan dengan lebih lama. Amalkan 3 cara penjagaan ini dan nikmati penggunaan kasut kesayangan anda lebih lama. Ingat, bila dapat kasut baru teruskan buat 3 perkara ini.

Kasut formal ni banyak je dijual secara online sekarang. Dah tak perlu bersusah payah mencari parking di shopping mall selalu, pilih online je kasut akan datang depan pintu rumah anda.

Apalagi, jom shopping kasut formal anda sekarang...