3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Ramai orang nak buka akaun saham, tetapi tak begitu ramai yang ada pengalaman membuka akaun saham yang lebih mesra dipanggil CDS. Apa CDS ni? CDS adalah singkatan bagi "Central Depository Service", sebelum anda melabur dengan mana-mana saham Bursa Malaysia, anda perlu membuka satu akaun CDS dengan mana-mana syarikat broker saham. Manakala, orang yang selalu berurusan dengan kita mewakili syarikat broker dipanggil sebagai remisier atau dealer.
3 Langkah Mudah Buka Akaun Saham CDS

Berikut adalah 3 langkah mudah bagaimana cara membuka akaun saham CDS, ikuti langkah demi langkah dibawah ini:-

Langkah 1
Untuk membuka CDS, pastikan anda mencari syarikat broker yang anda rasa selesa berurusan, online trading yang mesra pengguna, patuh syariah, dan brokerage fee yang rendah. Lebih bagus jika ada rakan yang recommend, sebab newbie memang belum ada pengalaman buka akaun CDS ni.


Langkah 2
Setelah memilih syarikat broker yang terbaik. Anda perlu membawa dokumen-dokumen penting ini untuk urusan pendaftaran:
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Penyata buku akaun bank/account statement
  3. RM10.60 - Caj buka akaun
Bukan semua syarikat broker akan caj RM10.60 tu, ada yang waive caj tu. So, nampak mudah proses buat akaun CDS kan? yup, senang je. Tetapi, ada perkara yang mungkin tidak diceritakan semasa pembukaan CDS ni, jadi anda haruslah bertanya sebanyak mungkin untuk lebih memahami sistem saham dan online trading mereka.

Nak tanya apa? soalan-soalan ini mungkin boleh diajukan kepada pegawai yang in-charge..
  • Berapa kadar brokerage fees?
  • Bagaimana cara jual-beli saham online?
  • Bagaimana cara deposit dan withdraw duit?
  • Bagaimana cara menggunakan tools yang disediakan dalam online platform yang disediakan?
  • Berapa lama pelaburan saham dalam satu-satu kaunter saham?
Banyak lagi soalan yang mungkin berlegar-legar difikiran anda, ajukan saja. Saya pasti pegawai bertugas akan melayan anda dengan baik.

Langkah 3
Selesai! selepas beberapa hari bekerja, siaplah akaun CDS anda. Bila dah siap, masukkan lah duit kedalam akaun tersebut mengikut modal yang anda nak laburkan. Tetapi, pastikan anda menggunakan duit lebihan dan bukan duit simpanan anak anda atau duit bayar loan kereta atau sebagainya. Pelaburan ini adalah jangka panjang bukan singkat.

Berapa modal main saham?

Terpulang kepada anda nak mula dengan berapa banyak modal, semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ada yang mula dengan RM100, RM1000, RM10,000 ataupun RM100,000. Boleh !

Contoh:

Katakan, saham AE Multi Hldgs bernilai RM0.20 dan kita mesti membeli sekurang-kurangnya 1 lot. 1 lot = 100 Unit. So, katakan saya membeli 10 lot. 10 lot X 100 X RM0.20 = RM200

Selepas 6 bulan, saham tersebut naik kepada RM0.50 dan saya jual. Nilai pada masa itu bersamaan RM500. Keuntungan 200%?? keuntungan ini tak akan dapat diperolehi dengan pelaburan ASB dan Unit Trust.

Bagi mengurangkan kadar caj brokerage fees, lebih baik anda membeli 1000 unit. Melabur saham tidak memerlukan modal yang tinggi, cuma kepakaran menganalisa kaunter saham diperlukan bagi menganalisa kaunter saham mana yang berpotensi baik untuk pelaburan.

Mahukan panduan analisa jual-beli saham? baca panduan ini - Sistem Saham

{ 11 comments.. read them below or add one }

Hero Borneo Hero Borneo 16 April 2017 12:38 PTG
Dengan template begitu cantik dan penghuraian artikel yang jelas.. Boleh banyak masuk nanti.. Tahniah bro..
Lea Azleeya Lea Azleeya 16 April 2017 2:06 PTG
Alamakk byknye tentang saham kat sini... terbaikk elih..
Lea Azleeya Lea Azleeya 16 April 2017 2:08 PTG
Haa ni mesti main saham pulak kan.. hehehe
Lea Azleeya Lea Azleeya 16 April 2017 2:13 PTG
Main saham pulak ke elih...?? terbaikk..
Lokman Hakim Lokman Hakim 20 April 2017 3:28 PTG
bnyak untung main saham elih...
Elih Japahar Elih Japahar 21 April 2017 12:44 PTG
Yup..

Tengah belajar jugak dgn sifu2 online ni..
Elih Japahar Elih Japahar 21 April 2017 12:44 PTG
Komen awak yg ke-3.. haha

Ya betul! tq
Elih Japahar Elih Japahar 21 April 2017 12:45 PTG
Betul jika panduan dan teknik analisa yang betul..
reezluv reezluv 8 Mei 2017 11:43 PG
apa apa pun jangan labur saham tanpa ilmu..nanti lebur..