Post Top Ad

Post Top Ad

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik | Di Malaysia, terdapat ribuan produk kosmetik yang dijual. Malahan, mungkin mencecah puluhan ribu produk jika termasuk produk yang dari luar negara. Ramai usahawan sekarang lebih cenderung menghasilkan produk sendiri bagi tujuan penjenamaan dan bisnes hasil titik peluh sendiri. Dengan lambakan produk kosmetik dan kesihatan dalam pasaran, kita sebagai pengguna kena tahu cara semak kelulusan KKM supaya tidak memudaratkan kesihatan kita nanti.

Ramai pengguna masih tidak tahu cara semak kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM. Bukannya tak tahu, tetapi mungkin sikap endah tak endah tentang kepentingan untuk mengenalpasti produk itu diluluskan KKM ataupun tidak.

Bagaimana untuk mengenalpasti sesuatu ubat/produk itu berdaftar dengan KKM?

Untuk pengetahuan anda , semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara.

Produk yang telah berdaftar dengan KKM mempunyai:-
  1. Nombor Pendaftaran MAL (Ubat-Ubatan - Cth: MAL2012341T) atau NOT (Kosmetik - Cth: NOT15116789K)
  2. Label Hologram Meditag
Sekiranya produk tersebut tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.

Sebagai alternatif lain, anda boleh menyemak kelulusan KKM ini secara online dengan mudah. Bagaimana caranya?


Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Produk yang berdaftar dengan KKM sepatutnya mempunyai kedua-dua ciri diatas, namun sekiranya pembekal kata produk itu telah diluluskan tetapi tiada dilabelkan, anda boleh semak produk ini berdasarkan nama produk dengan mudah.

Langkah 1: Layari http://npra.moh.gov.my
Langkah 2: Klik pada pautan QUEST Product Search

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Langkah 3: Pilih Cosmetic Products Only , cari Product Name, taip nama produk diruangan carian.

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik

Langkah 4: Maklumat dan senarai produk dibawah nama produk sama akan dipaparkan (sebagai contoh, produk Shaklee)

Cara Semak Kelulusan KKM Bagi Produk Kosmetik


Selesai !

Jika tiada hasil carian, ini bermakna produk tersebut belum berdaftar dengan KKM. Anda mungkin terdedah dengan bahan kimia berbahaya, lebih-lebih lagi jika produk tersebut menjanjikan kesan yang terlalu singkat.

Ingat..jangan terpedaya dengan ubatan/produk kosmetik yang memberi kesan dengan pantas. Kebanyakan ubatan/produk sebegini telah dibatalkan kelulusan disebabkan mengandungi mercuri, hydroquinone, tretinoin, dexamethasone, asid azelaik dan pelbagai lagi kandungan yang merbahaya kepada kesihatan kita.



Ingat, semak dulu baru beli..semak dulu baru jual...semak dulu baru review !! 

1 ulasan:

  1. Sebagai pelanggan semak dulu sebelum beli ..

    bagus juga nie.

    BalasPadam