Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Ramai yang bersikap tidak endah dengan penularan mesej berantai dan penyebaran berita palsu melalui media sosial, samaada melalui Facebook, Twitter ataupun Whatapps. Penyebaran mesej yang tidak diketahui kesasihannya berkemungkinan boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara.

Tahukah anda? terdapat satu laman web yang direka khas oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memudahkan rakyat Malaysia menyemak dan melaporkan berita yang tidak diketahui kesasihannya. Laman web ini telah wujud sejak tahun 2010, banyak berita-berita palsu yang dipaparkan disini yang di sahkan sebagai PALSU.

Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Laman web yang saya maksudkan adalah sebenarnya.my


Tidak Pasti Jangan Kongsi - Sebenarnya.My

Dengan berslogankan, "Tidak Pasti Jangan Kongsi"..sebenarnya.my mempunyai 2 peranan:-

#1 - Memaparkan berita-berita PALSU
#2 - Menerima aduan

Disebabkan keghairahan menggunakan media sosial, kadang-kadang kita terlupa dengan isu-isu ini. Nak share berita mudah saja, tetapi jika tersebar berita yang palsu, amat berat hukumannya. Nak tahu apa kesalahan yang boleh dikenakan jika didapati menyebarkan berita palsu ini?

Sekiranya dikesan melakukan perbuatan samada membuat, mewujudkan dan memulakan penghantaran, berkongsi atau repost apa juga kenyataan yang palsu, anda boleh didakwa mengikut Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Jangan mudah terpengaruh dengan berita yang disebarkan jika tidak tahu kesasihannya. Salurkan kepada Sebenarnya.my dan tunggu pengesahan daripada SKMM mengenai isu tersebut. Sekiranya berita itu sahih dan baru lah kita boleh menyebarkannya, jika palsu? tak ada maknanya nak share lagi..cepat-cepat hapuskan berita atau mesej berkenaan.

Kita semua berhak untuk menyalurkan berita-berita yang menular di media sosial, kalau bukan kita siapa lagi kan?....

Hantar aduan kepada sebenarnya.my sekiranya menerima berita dan mesej berantai yang meragukan demi menjaga kesejahteraan, keselamatan dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

1 comment... add one now

Irda Garmin Irda Garmin 16 April 2017 7:31 PG
thank you for info...ya sepatutnya jangan kongsi perkara yang tiada kepastian