Rabu, 31 Mei 2017

Dipanggil Temuduga SPA Bulan Jun Ini? Ada Tip Resume Dan Temuduga Untuk Anda

Dipanggil Temuduga SPA Bulan Jun Ini? Ada Tip Resume Dan Temuduga Untuk Anda

Apa khabar? anda membaca artikel ini kerana minat anda nak tau resepi terbaik untuk lulus temuduga kerja kerajaan melalui SPA. Pengalaman dan keputusan peperiksaan cemerlang sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kejayaan anda melepasi temuduga. Ada banyak lagi tip dan panduan yang perlu anda pelajari untuk lebih menonjol dimata penemuduga nanti. 
Dipanggil Temuduga SPA Bulan Jun Ini? Ada Tip Resume Dan Temuduga Untuk Anda

Kita tahu, bukan mudah untuk memasuki sektor awam di Malaysia ini. Bukan saja kekosongan jawatan yang sedikit tetapi calon yang dipanggil temuduga terlalu ramai. Maka, persaingan antara semua calon agaklah besar. 


Senarai Penjadualan Temu Duga Mei - Jun 2017

Berikut adalah senarai penjadualan temuduga SPA pada bulan Jun ini. 
Jurutera Gred J41(Mekanikal)
(Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS))
[ Tarikh Temu Duga: 30 Mei 2017 - 09 Jun 2017 ]
Pegawai Keselamatan Gred KP41
(Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 26 Mei 2017 - 01 Jun 2017 ]
Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
[ Tarikh Temu Duga: 13 Jun 2017 - 15 Jun 2017 ]
Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
[ Tarikh Temu Duga: 05 Jun 2017 - 09 Jun 2017 ]
Jurutera Gred J41 (Awam)
(Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS)
[ Tarikh Temu Duga: 26 Mei 2017 - 16 Jun 2017 ]

Belum semak nama anda? semak sini - Senarai Penjadualan Temuduga SPA

So, nak tau ni...macam mana dengan persediaan temuduga anda? resume dah buat? dah tau macam mana tip untuk masuk dan menjawab di bilik temuduga? Kalau belum bersedia, ini mungkin jackpot bagi anda...jika anda berminat nak masuk kerja Kerajaan, ini yang anda akan dapat...

Pembelian anda mengandungi 2 Pakej Lengkap iaitu;

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
[+] Komponen Utama "Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan"
[+] Komponen Extra 1 "Teknik Menjawab Soalan Temuduga"
[+] Komponen Extra 2 "Rahsia Kejayaan & Kegagalan Calon Temuduga"
[+] Komponen Extra 3 "Rahsia Penulisan Resume Temuduga"
[+] Komponen Extra 4 "250++ Soalan & Jawapan Temuduga Kerja Kerajaan"

Rahsia Resume Kerja
[+] Komponen Utama "Rahsia Resume Kerja"
[+] Komponen Extra 1 "Soal Jawab Spesifik Resume"
[+] Komponen Extra 2 "3 Contoh Cover Letter Sukses"
[+] Komponen Extra 3 "4 Contoh Resume Berjaya"
[+] Komponen Extra 4 "10 Template Resume"

Inilah peluang anda untuk merebut jawatan dalam sektor kerajaan. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Elak 5 Perkara Ini Ditulis Dalam Resume Anda

Elak 5 Perkara Ini Ditulis Dalam Resume Anda

Adakah anda sudah yakin dengan resume yang kemas dan cantik lengkap dengan pengalaman bekerja, anugerah, dan CGPA yang tinggi semasa di Universiti? Penulisan resume yang betul mungkin boleh menggambarkan keperibadian anda, tuliskan mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon dan cuba elakkan beberapa perkara yang membosankan didalam resume anda.
Elak 5 Perkara Ini Ditulis Dalam Resume Anda

Bagi anda yang sudah menghadiri banyak temuduga, anda pasti tahu mana satu point yang akan ditanya didalam resume tu yang 'alamak, lebih baik saya tak masukkan dalam resume..susah betul nak jawab' atau 'menyesal betul masukkan point tu, penemuduga tu asik tanya tu je'...mungkin anda terlepas pandang, semak semula resume anda jika dah terbiasa masukkan semua ini pastikan anda ubah sekarang kalau nak penemuduga ambil anda bekerja dengan mereka.

Untuk membantu anda, saya senaraikan 5 perkara penting yang TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam resume permohonan kerja anda. 

1 - Elakkan Penggunaan Ayat Membosankan, Panjang Dan Hambar
Sekiranya anda menyenaraikan pengalaman bekerja dan jawatan yang disandang. Pastikan anda menggunakan ayat yang pendek dan jelas menerangkan apa tugas dan tanggungjawab anda dalam syarikat tersebut. Sebagai contoh, 'saya bertanggungjawab mengawal selia inventori dibahagian IT syarikat', jika anda pendekkan kepada 'mengawal selia inventori IT syarikat'. Ayat yang pendek tapi menerangkan tugas utama anda di syarikat tersebut tapi bukan menghuraikan sehingga membosankan penemuduga.

2 - Jangan Gunakan Ayat Ini Dalam Menerangkan Kemahiran/Skills Anda
Kebanyakkan orang mendedahkan secara tidak sengaja kelemahan semasa temuduga. Disebabkan terdesak mahu diambil bekerja, anda masukkan ayat-ayat ini dengan tanggapan bahawa anda adalah calon terbaik untuk mereka. Tanggapan ini salah, ini kerana ayat ini telah dipakai hampir kebanyakkan resume. 

Apakah ayat tu? 'I am great at multi-tasking', I am team player, who also works well alone', 'I am perfectionist', 'I am a people person' ...
Elak 5 Perkara Ini Ditulis Dalam Resume Anda

Cuba elakkan! lebih baik anda tekankan skill seperti bijak menguruskan masa, bijak menyelesaikan masalah, pakar dalam bidang IT atau sebagainya..

3 - Cuba Rahsiakan Umur Anda
Ada sesetengah majikan melihat pada umur minimum dan maksimum seseorang calon. Ini berkaitan dengan pengalaman, produktiviti dan kesesuaian anda dengan jawatan itu. Cuba rahsiakan umur anda, letak nombor kad pengenalan pun penemuduga dah tau umur anda. Cuba elakkan untuk memasukan pengalaman melebihi 10 tahun, tarikh lahir, pengalaman belajar atau latihan melebihi 10 tahun. 

4 - Elakkan Menggunakan Email Orang Lain/Email Pelik
Ini bukan masa nak buat lawak, atau nak pinjam-pinjam email orang lain. Penemuduga akan tahu anda bukan seorang yang menitikberatkan hal-hal penting macam ni. Email merupakan platform untuk komunikasi dengan anda. Bayangkan jika anda gunakan email, orangkayabaru1999@gmail.com nampak profesional tak? tidak kan? lebih baik anda gunakan email yang menggunakan nama anda sendiri, misalnya elihjapahar@gmail.com. Baru lah nampak tulen, bukan 'orangkayabaru'..hehe..

5 - Elakkan Untuk Senaraikan Semua Aktiviti Yang Diikuti Di Kolej/Universiti
Penemuduga nak tengok latar belakang pendidikan, aktiviti dan anugerah yang anda pernah dapat di Kolej/Universiti tapi bukanlah semuanya perlu dimasukkan dalam resume. Resume yang terbaik adalah 1 muka surat sahaja. Jika disenaraikan semua aktiviti anda mungkin 3 mukasurat pun tak cukup kan? So, apa yang perlu anda buat adalah tuliskan CGPA, 10 peratus aktiviti, 10 peratus pencapaian/anugerah, dan training/latihan yang pernah dibuat sekiranya relevan dengan jawatan dipohon.

Ada perkara yang sangat perlu dan tak perlu dalam resume ini. Elakkan perkara membosankan penemuduga, cuba tonjolkan diri anda semasa ditemuduga, jawab dengan jujur dan pamerkan karisma yang sebenar diri anda, be yourself! Paling penting, elakkan penipuan maklumat dalam resume anda. 

Saya tahu banyak betul panggilan  temuduga oleh pihak SPA sekarang ini. Mungkin anda dah dipanggil atau 'bakal dipanggil'.

Nasihat saya tak perlu tunggu dipanggil. Buat persediaan seawal mungkin! Ada 2 perkara yang anda kena siap sedia;

1 - Belajar dan sediakan resume terbaik anda

2 - Belajar dan berlatih skill temuduga anda

Jika tanya saya nak guna rujukan apa? Ini rujukan yang anda boleh guna;

Resume: Panduan Menulis Resume Yang Terbaik
Temuduga: Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jap jap jap..! Cuba semak link ni, anda boleh dapatkan kedua-dua rujukan ni dengan harga diskaun;



Salam sukses!


Advertisement

Selasa, 30 Mei 2017

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia. Haii semua. Bila agaknya kali terakhir korang membeli atas talian(online)? macam mana pengalaman pembelian tu, mudah? murah? ataupun mahal? mesti korang akan membandingkan harga barang tersebut daripada pelbagai platform laman web shopping online yang ada di Malaysia ni. Tapi satu ja nak bagitau, semua barang yang murah korang nak tu adalah daripada China, kecuali dinyatakan ianya produk Malaysia.

Tahukah anda, laman web Taobao merupakan laman web untuk membeli produk murah terus dari China, kita boleh membeli secara borong dan juga bukan borong. Cuma masalahnya, bukan semua orang Malaysia ni faham bahasa China. Memang susah jika tak faham bahasa ni..pernah dulu saya translate ke English tetapi masih ada perkataan yang tidak dapat ditranslate. 

Kini, tak perlu bersusah payah lagi kerana SGshop Malaysia sudah ada di Malaysia. Dengan penggunaan bahasa english, ianya sangat memudahkan pembelian anda. Mereka merupakan 'orang tengah' yang berpusat di Singapura dan telahpun membuka cawangan di Malaysia. SGshop Malaysia merupakan platform untuk membuat pembelian terus daripada Taobao. Mereka gelarkan diri mereka sebagai 'Agent Taobao Malaysia'.

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Bungkusan Yang Diterima Daripada SGshop Malaysia Menggunakan ABX

Hah, ini adalah bungkusan barang yang saya beli pada 20 Mei 2017. Kesemua barang ini tiba di China Warehouse pada 23 Mei 2017, kemudian di kirimkan ke Malaysia 23 Mei 2017 dan sampai di depan rumah saya dengan keadaan 'gemuk' macam ni pada 29 Mei 2017 dengan menggunakan Air Shipping. 

Membeli dari China tidak lah lama sangat sampai Malaysia pun! hanya 6 hari sahaja. Sangat-sangat berpuas hati dengan pembungkusan dan kualiti produk yang mereka jual, murah dan cepat.

So, sebelum saya bagi korang tengok apa barang yang saya beli, saya akan kongsikan bagaimana cara mendaftar dan membuat pembelian di SGshop Malaysia.


Cara Daftar SGshop Malaysia

Langkah 1: Buka laman web SGshop Malaysia
Langkah 2: Klik Register dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti Email, Username, Password dan Nombor HP.
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Cara Daftar SGshop Malaysia

Selepas maklumat diatas dah diisi, klik pada button Send Code. Tunggu sehingga Code diterima melalui SMS dan masukkan dalam ruangan Verification. Kemudian, Tick pada ' I have read and accept the terms of use and privacy policy' dan klik button 'Register'.
Langkah 3: Buka email anda, klik pada Verification Link yang diemailkan untuk pengesahan email. 

Selesai, anda sudah boleh membuat pembelian!


Cara Buat Pembelian SGshop Malaysia

Selepas anda mendaftar, paparan Dashbord anda akan kelihatan macam dibawah ini. Jika anda member baru, Identity anda masih Silver. Member baru juga akan diberikan 200 point percuma yang boleh ditukarkan kepada Coupons. Anda boleh Top Up duit anda dalam akaun SGshop sebelum membuat pembelian, jika duit tersebut mahu dikeluarkan, klik pada button Withdraw untuk dikeluarkan melalui akaun bank anda nanti.

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Dashboard Account Member SGshop Malaysia

Untuk melakukan pembelian, halakan tetikus anda ke 'What's In Store' dan pilih kategori produk yang anda nak beli. Ada 14 kategori yang ada di SGshop Malaysia, harganya memang murah gila-gila yang wowwww..saya sendiri terkejut. Rupanya penjual di Malaysia ni dapatkan produk jualan dari China.

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Kategori Produk Di SGshop Malaysia

 Pilih barang yang nak dibeli, pastikan harga yang dipaparkan betul, letak kuantiti yang nak dibeli dan Add To Cart.

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Cara Pembelian SGshop Malaysia

Domestic Shipping masih terpapar '0.00' kerana shipping cost hanya akan dikenakan selepas pemeriksaan produk dan telah ditimbang di China Warehouse. Dah confirm, klik pada button 'Next'.

Jika nak yang dah dicaj shipping cost, pastikan anda memilih produk yang terpapar harga dekat Domestic Shipping. Jika tiada paparan (macam dibawah), anda perlu membayar untuk shipping cost daripada China ke Malaysia.

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Pembayaran Di SGshop Malaysia

Selepas 'Next', ruangan pembayaran akan dipaparkan. Anda boleh menggunakan 4 kaedah untuk membuat pembayaran. 
Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Kaedah Pembayaran SGshop Malaysia

1. Payment by Account Balance
Jika baki duit anda masih ada dalam akaun SGshop, bayar ja menggunakan account balance, atau anda boleh top up dulu sebelum membuat pembelian.

2. Kad Kredit (Visa/Master Card)
Kad kredit samada Visa/Mastercard boleh digunakan namun terdapat transaction fee sebanyak 2.8%. 

3. FPX
Menggunakan perkhidmatan FPX juga akan dikenakan trasaction fee sebanyak RM2.00

4. Online Banking
Online Banking transaction fee dikenakan sebanyak 2.8% sama dengan menggunakan Kad Kredit.

Selesai untuk pembelian, apa yang anda perlu buat sekarang adalah memasukkan 'Delivery Address' pada Shipping Method. Kemudian, tunggu lah sehingga produk tersebut tiba di China Warehouse (Taobao). 

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Status Pembelian - Status Order

Berdasarkan gambar diatas, ada 3 status yang terpapar. Semua ini adalah produk yang saya beli melalui SGshop Malaysia. Ada banyak lagi sebenarnya, tak muat dalam screen laptop hahaha..
Confirmed - Pembayaran selesai dan telah disahkan.
Warehouse Entry - Produk sudah tiba di Warehouse China (Taobao) dan menunggu untuk bayar Shipping Cost.
Arrived Malaysia - Produk sudah sampai di Malaysia untuk dihantar kepada saya. On the way untuk diposkan kepada penerima (receipant).

Faham tak? so, secara 'mind map'nya proses pembelian macam ni...
SGshop Malaysia --> China Warehouse (Taobao) --> Pembeli

Mungkin ada yang tanya, kenapa perlu masuk warehouse di China dulu? kenapa tak pos terus ke Malaysia? 

Untuk pengetahuan anda, Taobao mempunyai ribuan syarikat pembekal, kemungkinan juga ada puluhan ribu. Demi menjaga kualiti perkhidmatan dan produk yang dihantar kepada pelanggan mereka perlu memeriksa produk tersebut di warehouse mereka, jika 5 produk yang kita beli daripada 5 supplier maka mereka aan kumpulkan dan dimasukkan dalam 1 parcel kemudian baru lah ditimbang dan dikirimkan kepada kita. Faham kan?

Shopping Murah Terus Dari China Dengan SGshop Malaysia
Produk Murah Dari China

So, daripada bungkusan 'gemuk' diatas tu...inilah produk yang saya beli daripada SGshop Malaysia. Ini cuma sebahagian saja..ada banyak lagi yang tak sampai sebenarnya hehe..kali ini saya memang belanja sakan dengan SGshop Malaysia. Lebih murah dan mudah berurusan kerana setiap 'status' terkini akan diemail dan di SMS terus kepada kita.

Usah pening dengan laman web Taobao lagi. Kini, kita ada agent taobao yang lebih mudah berurusan. Jika nak berniaga pun, rasanya anda boleh membeli dari laman web ini..sekiranya anda berminat shopping online di SGshop Malaysia, sila layari.....

Website:

Facebook:

Instagram:


Advertisement

Ahad, 28 Mei 2017

Cara Beli Dekoder MYTV Advance Seluruh Malaysia

Cara Beli Dekoder MYTV Advance Seluruh Malaysia

Cara Beli Dekoder MYTV Advance Dengan Wakil Jualan Berdaftar. Ramai yang tak puas hati bila nama mereka tidak tersenarai dalam penerima Dekoder MYTV percuma. Untuk makluman, pemilihan penerima dekoder mytv percuma tersebut adalah berdasarkan pemilihan dikalangan 2 juta penerima BR1M yang terbawah dan kawasan mereka berada dalam liputan DTT.

Walaubagaimanapun, anda yang mahu mendapatkan Dekoder MYTV ini boleh mendapatkannya dengan cara membeli sendiri. Dekoder MYTV Advance ini dijual oleh wakil penjual sah yang terpilih diseluruh Malaysia.


MYTV Advance Kini Di Pasaran

Dekoder MYTV percuma adalah dekoder mytv basic, manakala jika anda mahu mendapatkan siaran percuma MYTV Advance anda perlu membeli dekoder ini di kedai-kedai elektrik yang berhampiran dengan anda. Dekoder MYTV Advance ini sudah mula dijual dengan harga pasaran yang dicadangkan adalah RM299 + 6% GST.

Cara Beli Dekoder MYTV Advance Seluruh Malaysia

Berikut merupakan senarai Wakil Penjual MYTV Advance yang sah. Senarai di bawah adalah tertakluk kepada status liputan siaran DTT terkini. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk Wakil Penjual MYTV Advance berhampiran anda.

SARAWAK
Tat Lin Trading Sdn.Bhd 
150-A,7th Mile Bazaar, Jalan Penrissen, 93250 Kuching, Sarawak 
Tel: 082-612339

Orient Electronic Enterprise 
No 21, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93400 Kuching, Sarawak 
Tel: 082-420110

Siong How Electrical & Electronic S/B 
Lot 1334, Jalan Perdana, Pending Industrial Estate, 93450 Kuching, Sarawak 
Tel: 082-333941


SABAH
K.S. Electrical 
Lot 7, Block D, Ground Floor, Inanam New Township, 88450 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel: 088-428223 / 088-428223

Bribiz Sdn Bhd 
Lot D4 Sedco Industrial Estate, Lorong Mangga 1, Jalan Kolombong, Mile 5 1/2 Tuaran Road, 88450 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel: 088-384616

Chan Furniture (Malaysia) Sdn Bhd 
No.26, Karamusing Warehouse, 88000 Karamunsing, Sabah 
Tel: 088 317866

Syarikat Letrik Ming Hin 
Lot 33a, Block E, Lot 19-21, Block C, Donggongon Square, Penampang, 89500 Kota Kinabalu, Sabah 
Tel: 088-731218

Letrik On On Sdn Bhd 
Lot 234-240, Block 27, Tingkat Bawah Fasa 3, Prima Square, Mile 4, 90703 Sandakan, Sabah 
Tel: 089-276628

Elektrik Chung Hwa 
Bandar Indah Mile 4, North Road, Block 28, Lot 5,6,7, Ground Floor, 90727 Sandakan, Sabah 
Tel: 089-237811

Super Galaxy (M) Sdn Bhd 
Tb 6,7 & 8, Jalan Dunlop, 91000 Tawau, Sabah 
Tel: 089-775530


JOHOR BHARU
Ever Jumbo (M) Sdn Bhd 
1, Jln Idaman 3, Tmn Larkin Idaman, 80350 Johor Bharu, Johor 
Tel: 016-7336136 

Darson Electronics Sdn Bhd 
Lot 1535, Jln Dewani 1, Kaw Perindustrian Temenggong, Off Jln Tampoi, 81100 Johor Bharu, Johor 
Tel: 07-3343166 

Elektronik Keck Seng Sdn Bhd 
2-10, Jln Sagu 29, Tmn Daya, 81100 Johor Bharu, Johor 
Tel: 07-3587208 

Seng Electric Sales & Service S/B 
3 & 5, Jln Setia 3/8, Tmn Setia Indah, 81100 Johor Bharu, Johor 
Tel: 73512232 

Elektronik Keck Seng Sdn Bhd 
39 Jln Persisiran Perling 1, Tmn Perling, 81200 Johor Bharu, Johor 
Tel: 07-2349528 

Allied Alpine (M) Sdn Bhd 
27a Jln Pedakar 17, Tmn Ungku Aminah, 81300 Johor Bharu, Johor 
Tel: 07-5541488 

Elektronik Keck Seng Sdn Bhd 
45-53, Jln Bestari 12/2, Tmn Bukit Indah, 81300 Johor Bharu, Johor 
Tel: 07-5578198 


NEGERI SEMBILAN
Weng Hub Enterprise Sdn Bhd 
Pt7350 & Pt7351, Jalan Bbn 1/2c Putra Point, 71800 Putra Nilai, Negeri Sembilan 
Tel: 06-8500928


MELAKA
Eson Electrical & Trading 
G8, Jalan Murni 2,Blok Orkid 1, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka 
Tel: 06-3361288


Untuk melihat senarai penuh Wakil Penjual yang Sah MYTV Advance di negeri anda, - Lihat Sini

Sekiranya memerlukan bantuan, artikel ini mungkin boleh membantu anda..

Baca - Semakan Nama Penerima Dekoder Percuma MYTV 2017

Baca - Panduan Pemasangan Dekoder Percuma MYTV Broadcasting

Baca - Senarai Syarikat Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder

Baca - Cara Membeli Dekoder MYTV Advance Di Seluruh Malaysia



Semoga membantu dan menikmati siaran tanpa gangguan cuaca dan interaktif.

Advertisement

Sabtu, 27 Mei 2017

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Puasa dah pun bermula hari ini, apa yang pasti hari raya aidilfitri nanti majoriti antara kita akan balik ke kampung halaman. Tak kisahlah kampung isteri atau kampung suami. Yang bujang tu mestilah balik kampung mak bapak kan?hehe..

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

Kita semua tahu, di musim perayaan ini memang banyak kenderaan yang bergerak diatas jalan raya tu. Yelah, semua berpusu-pusu balik kampung. Ada yang dekat, ada yang sangat jauh. 

Kali ini, saya mahu berkongsikan dengan anda 10 petua atau panduan keselamatan jalan raya semasa musim perayaan. Hari raya sebulan lagi, adalah lebih baik petua keselamatan ini dibaca elok-elok untuk peringatan kepada diri sendiri. Petua ini dikongsikan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2014, namun petua ini tetap sama. 

Petua No. 1 - Rancang Perjalanan Anda
Perancangan untuk balik kampung perlulah dibuat. Jika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa 7 jam, tapi janji dengan Mak nak sampai ke kampung jam7 malam, anda perlulah bertolak awal untuk mengelakkan sebarang masalah dipertengahan jalan. 

Petua No. 2 - Sentiasa Ikut Had Laju Yang Ditetapkan
Jika anda telah merancang perjalanan anda, saya pasti had laju jalan raya bukan masalah lagi. Patuhi had laju yang telah ditetapkan, jangan terlalu laju dan terlalu perlahan kerana kedua-duanya boleh membahayakan anda sekeluarga. 

Petua No. 3 - Patuhi Garis Panduan Keselamatan Semasa Memotong Kenderaan
Ceramah undang-undang masa ambil lesen dulu dah belajar semua ni. Peraturan 2 saat, 3 saat, 4 saat dan 12 saat. Untuk memotong, anda dinasihatkan mengikuti peraturan 12 saat atau 100 meter. Gunakan lorong yang betul semasa berapa di lebuh raya.

Petua No. 4 - Berhenti Apabila Lampu Isyarat Merah
Merah tandanya berhenti. Tetapi, kuning adalah bersedia untuk berhenti bukan time untuk press minyak supaya berjaya melepasi lampu merah. Anda boleh teruskan perjalanan sekiranya anda berada di garisan putih sebelum berhenti, anda ada 2 saat untuk berjaya melepasi trafik light tu. Ingat, lampu merah kena berhenti. 

Petua No. 5 - Elakkan Daripada Mengekori Kenderaan Lain Dengan Terlalu Rapat
Budaya cucuk mencucuk belakang kenderaan lain ni memang susah nak tegur. Bila kenderaan depan bergerak terlalu slow, ada saja orang nak cucuk-cucuk belakang. Mungkin itu peringatan kepada kenderaan hadapan, tetapi bayangkan jika kereta depan tu tiba-tiba brek? ko sempat brek tak? Ekori kenderaan hadapan dengan jarak selamat, peaturan 2 saat untuk hari cerah, peraturan 4 saat untuk hari hujan, dan peraturan 3 saat jika ekori motosikal dihadapan. 

Petua No. 6 - Periksa Cermin Dan Berikan Isyarat Sebelum Melakukan Pertukaran Lorong
Selalu kita marah bila ada kereta dihadapan yang membelok tak bagi signal. Kemungkinan lampu signal tak berfungsi, atau mungkin juga malas nak guna sebab dah terbiasa main hentam saja. Cara yang betul apabila membelok atau menukar lorong adalah melihat cermin tepi kiri kanan, dan belakang kemudian pulas signal kearah yang nak dituju. Tak susah, cuma tak kisah, itu yang membahayakan tu.

Petua No. 7 - Ikut Lorong Anda, Jangan Memotong Barisan
Sikap pentingkan diri sendiri penyebab penyalahgunaan lorong kecemasan. Akibat nak cepat, sanggup memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan. Kononnya nak elakkan kesesakan jalan raya, tapi akibatnya sangat buruk sehinggakan boleh meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. Gunakan lorong yang betul, ikut peraturan jalan raya.

Petua No. 8 - Elakkan Mencelah-Celah Diantara Kenderaan
Bawa bertenang ye, ikut lorong yang betul walaupun lorong agak lambat daripada lorong sebelah. Jangan suka sangat mencelah kenderaan lain. Cuba elakkan pemanduan macam ni. Bertenang jika jalan sesak.

Petua No. 9 - Sentiasa Beri Keutamaan Kepada Pejalan Kaki Dan Penunggang Basikal
Berilah keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal. Janganlah salah gunakan lorong pejalan kaki atau lorong motosikal untuk kepentingan sendiri. Jika mereka melintas jalan, beri laluan. Jika mengekori motosikal, perlahankan kenderaan jangan cucuk belakang, bahaya tu.

Petua No. 10 - Yang Paling Utama, Sabar Semasa Memandu
Petua terakhir yang paling penting adalah Keutamaan Sabar. Sesungguhnya orang yang sabar adalah orang yang paling beruntung didunia ini. Biarpun saya tinggal di borneo yang tak pernah terbabit dengan jammed berjam-jam seperti di Semenanjung Malaysia. Saya faham anda disana telah dilahirkan dengan kesesakan jalan raya, so tolong bersabar diatas jalan raya (lebuh raya)..hehe..

Adakah anda sudah merancang percutian balik kampung nanti? masih terlalu awal kot kan..perancangan awal mungkin lebih baik. Sekiranya anda perlukan nasihat keselamatan jalan raya lain atau info terkini keselamatan jalan raya, layari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, atau PLUS.

Jika perlukan bas untuk balik kampung, boleh tempah online di Bus Online Ticket atau CacthThatBus mereka akan buat promosi balik kampung nanti.

Semoga petua keselamatan ini sentiasa diamalkan walaupun bukan dimasa perayaan. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya. Selamat berpuasa.

Jumaat, 26 Mei 2017

Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri

Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri

Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri. Rasa terkejut bila tengok homepage blog hanya keluar 1 entri atau post sebentar tadi. Selama ini, saya tak pernah mengalami masalah seperti ini, biasanya kalau edit mengedit kod HTML ni boleh lagi tapi kalau paparan hilang atau tak betul memang berkemungkinan kod HTML yang bermasalah.

Pagi tadi tiba-tiba paparan homepage blog ini hanya 1 entri yang keluar. Ada beberapa blogger yang whatsapp bertanya masalah ini tapi saya sendiri tidak tahu penyelesaiannya. Dengan hasrat ingin tahu cara penyelesaiannya, rupanya ramai blogger yang berkongsi masalah ini. Namun, rata-rata blog yang saya jumpa di halaman satu google adalah blog-blog daripada Indonesia. Walaupun tak faham sangat bahasa Indonesia, tapi saya cuba fahamkan juga....mujurlah ada gambar yang boleh 'berbicara' haha..

Sebelum kita teruskan kepada cara penyelesaiannya, lebih baik kalau kita ketahui dulu kenapa masalah entri lain di homepage boleh hilang dan hanya 1 atau 2 entri saja yang tinggal? Dalam situasi saya, masalah entri lain di homepage hilang sejurus selepas saya publish entri 'Senarai Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder'. Ini semua kerana nak jimatkan data internet, saya draft entri di Microsoft Words dan pastekan ke blog, kemudian terus publish. 

Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri




Cara Atasi Homepage Blog Hanya 1 Entri Muncul

So, untuk memudahkan anda menyelesaikan masalah ini. Saya kongsikan cara untuk menyelesaikannya semudah 123:-

1 - Jangan Tulis Entri Menggunakan Microsoft Words 
Cara mengatasi masalah hanya 1 entri muncul di homepage ini memang mudah. Jangan tulis entri di Microsoft Words sebaliknya gunakan Blogger Draft terus atau gunakan Notepad. Ini kerana, Microsoft Words bukan text editor tetapi program processor yang terdapat struktur kod yang tersalin ke blog anda dan berlaku error. Jika nak tulis dalam M.Words juga, pastikan anda copy artikel tersebut dan pastekan ke dalam Notepad kemudian copy semula dan pastekan ke blogger draft.

2 - Gunakan Jump Break
Jika anda sudah publish entri dan mengalami masalah ini, saya nasihatkan tak payah padam entri dan draft semula. Gunakan saja Jump Break yang ada pada blog editor. Pasang Jump Break selepas perenggan pertama entri anda.

Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri

Edit Entri yang bermasalah...
Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri


Pada akhir perenggan pertama entri anda, letakkan Jump Break...kemudian, klik Update..

3 - Remove Formatting
Hah, yang ini mungkin selalu buat. Terutama sekali kalau entri yang 'salin' dan 'tampal' daripada blog lain. Remove Formatting ni akan membuang koding yang tersalin bersama text dari Microsoft Words tersebut. Highlight text dan klik 'Remove Formatting'.
Cara Mengatasi Masalah Homepage Yang Hanya Terpapar 1 Entri

Saya yakin, masalah anda telah pun selesai ! sebab masalah saya dah selesai hanya gunakan cara Jump Break tu.

Tadaaaaa! dah selesai...kembali seperti sediakala...


Ingat yaa...jangan guna Ms Words untuk menaip entri melainkan anda paste ke notepad dan tampal di blog post. Satu lagi, jangan copy n paste entri orang, cukuplah curi sedikit idea untuk buat entri sendiri.

Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga membantu.

Senarai Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder

Senarai Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder

Senarai Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder. Sudahkah anda menyemak status penerima Dekoder MYTV Percuma? Untuk pengetahuan anda, pemilihan penerima dekoder percuma mytv ini dipilih secara random dikalangan 2 juta penerima terbawah dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 dan mereka adalah beralamat dikawasan liputan DTT.

Senarai Pemasang Berdaftar MYTV Dekoder

Penerima Dekoder MYV Basic dan MYTV Advance dinasihatkan untuk memasang decoder ini sendiri dengan merujuk pada cara-cara pemasangan decoder MYTV yang di lampirkan dalam kotak decoder MYTV tersebut.

Semak Nama Penerima Dekoder MYTV - Semak Sini

Panduan Pemasangan Dekoder MYTV - Baca Panduan

Namun, jika anda memerlukan bantuan untuk memasang decoder mytv ini anda boleh menghubungi mana-mana syarikat pemasang yang berdaftar dengan kadar bayaran standard sebanyak RM180 beserta dengan pemasangan antenna luaran. Walaubagaimanapun, sekiranya anda memerlukan perkhidmatan lain selain pemasangan ini pihak pemasang berhak mengenakan caj tambahan minimum RM50.

Berikut adalah senarai syarikat pemasang decoder MYTV mengikut negeri - Lihat senarai disini

Sebarang pertanyaan atau kemusyikilan, sila hubungi:-

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
2271, Jalan Usahawan 2,
Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan

Pusat Khidmat Pelanggan
1300-80-6988
careline@mytvbroadcasting.my

Nikmati siaran berkualiti tinggi percuma untuk anda. Jika anda tidak berjaya terpilih sebagai penerima Dekoder MYTV Percuma, anda boleh membeli Dekoder MYTV Advance di mana-mana penjual berdaftar seluruh Malaysia.

Khamis, 25 Mei 2017

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000?

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000?

Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017. Beberapa hari lagi, bermulanya bulan Ramadhan dan diikuti dengan menjelangnya Aidilfitri. Penjawat awam dan pesara awam pastinya mengharapkan berita baik tentang pemberian bonus atau saguhati sempena perayaan ini.

Penjawat awam bukanlah mengharapkan sepenuhnya bantuan kewangan ini, tetapi jika ada diberikan oleh pihak Kerajaan pastinya akan meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung nanti. Kita semua tahu, ekonomi sekarang tidak menentu tambahan pula harga barangan semakin hari semakin meningkat.


Bonus Hari Raya Penjawat Awam 2017, Dapat RM1000 atau Tidak?

Seperti yang semua sedia maklum, pada tahun lepas (2016) kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam, manakala bagi 743,000 pesara awam diberikan RM250 sebagai meringankan beban perbelanjaan mereka.

Sungguhpun begitu, penjawat awam perlu memahami keutamaan kerajaan demi rakyat keseluruhan Malaysia. Kita tahu, pelbagai bentuk kemudahan disediakan kepada penjawat awam termasuklah pinjaman perumahan, kenderaan, kemudahan melanjutkan pelajaran, rawatan dan perubatan hospital dan elaun-elaun lain. Kerajaan Malaysia setahu saya, tidak pernah lupa memberikan bonus hari raya ini walaupun sedikit.



CEUPACS Mohon Kerajaan Pertimbang Bantuan Khas Raya RM1000

CEUPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) telah memohon kepada Kerajaan untuk mempertimbangkan pemberian bantuan khas atau bonus raya sebanyak RM1000.

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BANTUAN KHAS RAYA RM 1,000 Bernama 23/5/2017 KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu. "Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini.....

Dapat atau tidak??

Kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan. Sabar ye. hehe...

Rabu, 24 Mei 2017

Fenomena Fidget Spinner Dikalangan Pelajar, Aku Pun Terjebak!

Fenomena Fidget Spinner Dikalangan Pelajar, Aku Pun Terjebak!

Huh, hari ni singgah shopping mall beli pampers anak. Tak sangka harga pampers MamyPoko Pants tengah promosi sekarang, bagi yang member shopping mall ni harga cuma RM29.90 lebih murah berbanding bukan member iaitu RM32.90. Rezeki anak, saya selalunya beli 2 pek XL 40+4 untuk stok 1 bulan.

Selepas siap membeli pampers dan sedikit barangan dapur. Saya terus pergi ke arah kedai mainan kanak-kanak. Nak ke situ untuk melihat-lihat barang mainan yang best untuk Ian. Sedang melihat-lihat mainan, datang 3 orang budak sekolah lengkap berpakaian seragam sekolah...

"Adik, sik payah kitak beli spinner ya, dah lah ko sik makan semata-mata ko nak beli menan towk" mak mereka bagi nasihat, tak perlu beli mainan ni dah lah tak makan kat sekolah semata-mata nak beli mainan ni..

tetapi budak tu jawab, "Mak, kawan-kawan kamek semua ada hand spinner towk, kamek agik sik ada"...faham tak? hahaha..budak tu kata, semua kawan-kawan mereka kat sekolah ada hand spinner ni, diorang ja tak ada lagi...

Nampak tak pengaruh rakan-rakan sekolah? fidget spinner ni dah jadi kegilaan bukan saja budak-budak sekolah malah orang dewasa macam saya..

Fenomena Fidget Spinner Dikalangan Pelajar

Ini Hand Spinner yang saya beli, harga hanya RM15. Ada hand spinner yang lagi lawa, tapi ini hanya percubaan saya nak tau feeling bermain spinner ni..


So, apa yang best dengan hand/fidget spinner ni? time jalan jem, try spin benda ni...dari segi hilangkan stress mungkin ada membantu sedikit namun bagi budak-budak kecil mungkin ini satu koleksi atau kebanggaan untuk ditunjuk-tunjuk dengan rakan-rakan lain..haha..

Design hand spinner ni ada banyak, nak buat koleksi pun boleh...

Isnin, 22 Mei 2017

5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa

5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa

5 Idea Bisnes Paling Untung Ketika Bulan Puasa. Tarikh melihat anak bulan mungkin 25 Mei 2017 ini, selepas tu bermula bulan ramadhan, bulan puasa bagi umat Islam diseluruh dunia. Menjelang hari raya, sebulan kita akan berpuasa. Ramai yang cuba berniaga part time untuk mendapatkan sedikit duit tambahan untuk persediaan raya nanti. Seperti biasa kedatangan bulan puasa dinantikan banyak orang, samada untuk menggandakan amal ibadat atau menggandakan wang hasil berniaga di bulan puasa. 


5 Idea Perniagaan Paling Untung Ketika Bulan Puasa

Peniaga yang biasa berniaga di bazar ramadhan pastinya dah buat perancangan awal tapak bazar ramadhan mana nak buka nanti. Bagi yang masih tercari-cari bisnes apa yang boleh mendapat sambutan banyak menjelang dan semasa bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda 5 idea bisnes paling banyak untung dengan modal yang tidak begitu tinggi.

1 - Bisnes Jual Air Balang 
5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa
Bisnes Jual Air Bazar Ramadhan | Sumber Gambar - www.harianjabar.com
Peniaga bazar ramadhan pasti tahu ini adalah jualan wajib setiap kali tiba bulan puasa. Jualan air balang selalunya dibungkus untuk dibawa balik ke rumah. Diwaktu bulan puasa ni, tak payah beli gelas/cawan pun sebab air yang dibungkus siap dalam plastik memudahkan urusniaga jualan air balang. Nak dapat lebih tip dan panduan berniaga air balang? klik sini

2 - Bisnes Jual Makanan 
5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa
Jual Makanan Di Bulan Puasa | Sumber Gambar - www.afhamrusli.com
Makanan yang dibungkus/tapau merupakan pilihan wajib yang lazimnya akan dibeli. Jika dilihat dibazar ramadhan, majoriti jualan disana adalah makanan dan minuman. Sediaka

3 - Bisnes Jual Pakaian Raya 
5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa
Koleksi Baju Raya 2017 | Daftar Affiliate & Beli Sini
Ramai yang akan cari pakaian baru untuk raya nanti, bisnes ni pasti boleh laris jika kena pada caranya. Terpulanglah nak jual macam mana, nak jual dekat kedai facebook, kedai instagram, twitter ataupun kedai online. Kalau tak nak keluar modal, anda boleh je join program dropship di mana-mana website ecommerce yang menawarkan komisen yang lumayan. Misalnya, lazada, zalora, tudung2u, dan banyak lagi.

4 - Bisnes Produk Kecantikan Dan Kesihatan
5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa
Produk Kecantikan & Kesihatan Shaklee | Sumber Gambar - www.clairecsy.com
Sebulan cukup tak nak cantik bila tiba raya nanti? haha..memang cukup jika kena pada produk yang memang terbukti berkesan dan kena caranya. Banyak orang nak kelihatan cantik di hari raya nanti, menjelang bulan puasa dan ketika bulan puasa ni pastinya ramai yang akan mencari produk kecantikan untuk kulit muka agar lebih menawan di hari lembaran nanti. Ambil peluang ini untuk jualan promosi raya.

5 - Bisnes Jual Buku Resepi Masakan
5 Idea Perniagaan Paling Untung Bulan Puasa

Demi menyediakan hidangan terbaik untuk seisi keluarga pastinya ramai yang akan mencari buku resepi yang terbaik.

Tahukah anda, bookcafe menyediakan buku-buku resepi ini untuk jualan secara affiliate. Setiap jualan buku yang anda promote akan diberikan komisen. Gunakan kelebihan ini dan promote buku resepi masakan dan kuih muih yang ada di bookcafe.

Semoga membantu menjana pendapatan sampingan di bulan puasa ini.

Jumaat, 19 Mei 2017

Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia Bank Rakyat

Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia Bank Rakyat

Cara Memohon Dan Semak Kad Siswa 1Malaysia Bank Rakyat. Pasti ramai pelajar yang tengah mencari cara memohon Kad Siswa 1Malaysia Debit-i ini kan? maklumlah kemasukan ke IPTA/IPTS mungkin dah dekat bagi ambilan Julai 2017 ni. 
Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia

Sejajar dengan intipati pembentangan Bajet 2017, KADS1M Debit-i Bank Rakyat telah menggantikan pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar. Ini bertujuan bagi membendung penyalahgunaan dan penipuan pihak tertentu. Nilai yang dikreditkan dalam Kad Diskaun Siswa ini adalah berjumlah RM250.


Cara Memohon Kad Siswa 1Malaysia

Oleh itu, pelajar yang mahu memohon Kad Siswa 1Malaysia ini, boleh membuat permohonan secara atas talian (online) bermula 16 Febuari 2017 lagi. Bagaimana cara membuat permohonan online? berikut saya kongsikan dengan anda cara-cara mohon kad siswa ini:
  1. Isi dan lengkapkan maklumat didalam borang pendaftaran online di https://bppt.bankrakyat.com.my/
  2. Dah lengkap? klik button "Submit".
  3. Tunggu email pemberitahuan Bank Rakyat untuk mengambil Kad Siswa 1Malaysia tersebut.

Dokumen Diperlukan

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu pelajar bawah 18 tahun dan 18 tahun keatas. Dokumen yang diperlukan untuk mohon dan mengambil kad siswa di Bank Rakyat adalah:

Umur 18 Tahun Kebawah:
  • Mykad (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
  • Surat Kebenaran Daripada Ibubapa
  • 1 Salinan Mykad Ibu/Bapa/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat Pelajar (Asal dan 1Salinan)

Umur 18 Tahun Keatas:
  • Mykad (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
  • Salinan Email Pemberitahuan (1 Salinan)

Cara Semak Status Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Cara untuk semak status Kad Diskaun Siswa 1Malaysia mudah saja. Semakan boleh dilakukan secara online di pautan dibawah ini:
Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia


Sekiranya anda mengalami masalah ketika membuat semakan status KADS1M, minta anda untuk emailkan permasalahan tersebut kepada bk@kpdnkk.gov.my

Semoga berjaya ye adik-adik !

Rabu, 17 Mei 2017

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway

Salam sejahtera buat sahabat alam maya, pembaca setia dan pengunjung blog Elih Japahar. Julung kalinya, saya dengan kerjasama SGshop Ecommerce Sdn Bhd akan mengadakan giveaway untuk anda semua di blog ini. Giveaway ini adalah sebagai penghargaan kepada anda semua, namun ada sedikit syarat yang perlu dipatuhi untuk menyertai giveaway nanti.


Berikut adalah hadiah yang akan diberikan kepada pemenang bertuah giveaway ini:

10 Pemenang X RM100 Shopping Credit

Untuk menyertai giveaway ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat paling mudah yang saya nyatakan dibawah ni. Saya tak suka giveaway banyak sangat peraturan kena ikut, sebab itu saya akan permudahkan penyertaan anda untuk berpeluang memenangi RM100 Free Shopping Credit di SGshop Malaysia.


Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. WAJIB register akaun anda di SGshop Malaysia 
  2. Like Fan Page SGshop Malaysia
  3. Copy banner giveaway diatas dan buat satu entry bertajuk "SGshop RM1000 FREE Shopping Credit Giveaway"
  4. Senaraikan Minimum 1 Produk yang anda teringin sangat beli jika anda menang RM100 Free Shopping Credit itu nanti. (lihat contoh entry sini)
  5. Copy URL entry penyertaan diatas dan pastekan dibahagian komen dibawah.
  6. Tempoh giveaway ini bermula 17 Mei hingga 31 Mei 2017, senarai nama pemenang akan diumukan pada 1 Jun 2017 jam8 pagi.

Mudah kan?

Pemenang akan ditentukan secara RANDOM oleh saya sendiri, namun besar kemungkinan untuk menggunakan random.org sebagai platform pemilihan pemenang nanti. Dengan cara ini saja, penyertaan anda akan dinilai secara adil dan saksama. Pemilihan pemenang adalah muktamad. Saya tak makan bodek ye..haha..

Shopping Credit bernilai RM100 akan dikreditkan ke akaun pemenang giveaway oleh SGshop Ecommerce Sdn Bhd. (username SGshop anda diperlukan nanti)


Apa Yang Anda Boleh Beli Dengan Free Shopping Credit RM100?

SGshop Malaysia juga dikenali sebagai Taobao Malaysia. Mereka merupakan Taobao Agent Malaysia yang berpusat di Singapore yang kini telah membuka cawangan mereka di Malaysia pada tahun 2015. Bila sebut pasal Taobao, pasti ramai yang kenal laman web borong barangan China yang murah-murah hinggakan anda sukar nak percaya. Dengan RM100, pasti banyak barang yang boleh dibeli.

Susah nak faham laman web Taobao? SGshop Malaysia boleh membantu anda. Register akaun anda secara percuma dan tengok barang apa yang menarik perhatian anda.


Kesitimewaan & Kelebihan SGshop

Semenjak 2 hari yang lepas, saya mula berjinak-jinak dengan SGshop ni. Terasa macam laman web Taobao cuma bezanya dalam bahasa English dan bukan tulisan Cina yang tak boleh faham. Antara kelebihan yang anda akan dapat bila mendaftar dan shopping di SGshop ialah:

  1. Free SGshop Point - Log in setiap hari untuk dapatkan points (cth; log in 30hari berterusan anda akan dapat 300 points)
  2. Invitation Reward Up To RM30 - Invite rakan anda dan reward sebanyak RM30 akan diberikan jika rakan anda berjaya mengumpul sejumlah point tertentu.
  3. Point Terkumpul Boleh Exchange Tunai - Point yang terkumpul ditukarkan kepada tunai dan boleh dikeluarkan masuk terus ke akaun bank anda.
  4. Beli Produk Boleh Jual Semula - Nak buat bisnes? SGshop adalah agent Taobao Malaysia yang boleh membantu mendapatkan produk murah dari China. Banyak barangan yang memang dah ada pasaran di Malaysia. Pilih saja mana yang laris buat masa ni.
  5. SGshop Rewards - Reward ini boleh didapati apabila anda membeli barangan di SGshop. Hanya boleh digunakan untuk membeli semula, namun tidak boleh dikeluarkan.

Semoga berjaya dan harap giveaway ini mendapat sambutan. Terima kasih.


Update Terkini!!!
Bagi anda yang tiada blog, anda boleh menyertai giveaway saya di akaun Facebook saya sendiri - Join Sini


Isnin, 15 Mei 2017

5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware. Dengan keganasan malware yang menyerang siber seluruh dunia sekarang ini, pastinya ramai yang tercari-cari cara untuk mengelakkan serangan WannaCry Ransomware yang menggunakan teknik 'wang tebusan' dalam bentuk Bitcoin (matawang siber).
5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomeware
Malware WannaCry Ransomeware | Sumber 

Untuk lebih memahami apa itu malware WannaCry Ransomware, anda boleh baca sini - Apa itu WannaCry Ransomeware.


5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Sebagai langkah keselamatan, anda boleh melakukan 5 cara dan langkah-langkah pencegahan daripada serangan malware WannaCry Ransomware ini:

1 - Mengambil langkah pengukuhan bagi kelemahan MS17-010 pada sistem operasi Microsoft Windows. 
Rujuk pautan ini - https://technet.microsoft.com/en-us/library/security/ms17-010.aspx

2 - Sentiasa memastikan dan mengemaskini perisian sistem operasi dan aplikasi kepada versi yang terkini.

3 - Memastikan Anti-Virus yang sahih dipasang pada komputer dan memastikan Anti-Virus sentiasa dikemaskini.

4 - Meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam penggunaan emel bagi mengelakkan ancaman ini disebar melalui fake phishing email. 
Sebagai contoh, mengelakkan dari memuat-turun fail dari emel yang tidak dapat dikenalpasti dan juga sentiasa menyemak alamat emel yang diterima.

5 - Antara langkah utama bagi mengelakkan ancaman ini adalah melakukan off-site backup secara lebih kerap bagi peranti yang memiliki data dan maklumat kritikal. Ini antara langkah yang paling utama yang disarankan secara global oleh pakar-pakar keselamatan siber.

Semoga membantu anda nanti.

Apa Itu Virus WannaCry Ransomware?

Apa Itu Virus WannaCry Ransomware?

WannaCry Ransomware merupakan ancaman siber terbaharu bagi serangan ransomware yang telah diumumkan Pakar Keselamatan Siber pada 12 Mei 2017 yang lalu, serangan ransomware ini merebak secara meluas ke beberapa negara seperti Russia, Ukraine dan Taiwan.Ancaman malware ini juga merebak ke negara lain termasuk Malaysia dan senarai negara yang terkena serangan semakin banyak sehingga ke hari ini.


Apa Itu Ransomware?

Ransomware merupakan salah satu ancaman komputer malware yang di install oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mengunci fail, komputer atau hardisk dengan menggunakan alogaritma yang sangat kompleks dan sukar dibuka. Ancaman ini bukan sahaja laptop atau desktop malahan boleh menyerang telefon bimbit, atau peranti lain. Untuk mendapatkan semula atau unlock fail, hardisk yang terkunci, maka mangsa yang terjejas terpaksa membayar 'wang tebusan' didalam bentuk Bitcoin (matawang siber) kepada pihak penggodam terbabit.


Sedikit Maklumat Tentang Ancaman WannaCry Ransomware

WannaCry Ransomware boleh memasuki semua sistem operasi Windows yang terdapat kelemahan MS17-010 atau dikenali dengan kod nama EternalBlue iaitu sejenis kelemahan melibatkan serangan Remote Code Execution (RCE) keatas kelemahan pada Microsoft Server Message Block 1.0 (SMBv1). Serangan yang berjaya akan membuat instalasi kepada DoublePulsar backdoor dan seterusnya menyerang kernel sistem operasi Windows.

Berikut adalah nama-nama virus yang telah dikenalpasti:
  1. WannaCrypt
  2. WannaCry
  3. WannaCrypt0r
  4. WCrypt
  5. WCRY
  6. WinMain

Berikut adalah beberapa paparan yang terjejas dengan virus WannaCry Ransomware:

Virus WannaCry Ransomware
Paparan aplikasi yang terjejas dengan WannaCry Ransomware

Virus WannaCry Ransomware
Paparan Wallpaper pengguna yang terjejas



Harga 'Wang Tebusan'

Harga wang tebusan untuk mendapatkan fail atau hardisk yang encrypted adalah sekitar RM1000-RM2500 (0.17-0.35 Bitcoin).


Jangan Klik Pautan Ini !


Malware (WinMain) ini akan sentiasa mencuba untuk berkomunikasi dengan web yang tidak berdaftar. Sekiranya, malware WinMain berjaya berkomunikasi, malware ini akan cuba mencipta satu fail yang terletak pada C:\WINDOWS\mssecsvc.exe dan kemudian akan di 'Execute' didalam sistem operasi.

Jenis enkripsi format yang digunakan
Jenis enkripsi format yang digunakan
Berhati-hati dan jangan lupa untuk membaca langkah-langkah bagi mengelakkan ancaman WannaCry Ransomware.