10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Puasa dah pun bermula hari ini, apa yang pasti hari raya aidilfitri nanti majoriti antara kita akan balik ke kampung halaman. Tak kisahlah kampung isteri atau kampung suami. Yang bujang tu mestilah balik kampung mak bapak kan?hehe..

10 Petua Keselamatan Jalan Raya Di Musim Perayaan

Kita semua tahu, di musim perayaan ini memang banyak kenderaan yang bergerak diatas jalan raya tu. Yelah, semua berpusu-pusu balik kampung. Ada yang dekat, ada yang sangat jauh. 

Kali ini, saya mahu berkongsikan dengan anda 10 petua atau panduan keselamatan jalan raya semasa musim perayaan. Hari raya sebulan lagi, adalah lebih baik petua keselamatan ini dibaca elok-elok untuk peringatan kepada diri sendiri. Petua ini dikongsikan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun 2014, namun petua ini tetap sama. 

Petua No. 1 - Rancang Perjalanan Anda
Perancangan untuk balik kampung perlulah dibuat. Jika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa 7 jam, tapi janji dengan Mak nak sampai ke kampung jam7 malam, anda perlulah bertolak awal untuk mengelakkan sebarang masalah dipertengahan jalan. 

Petua No. 2 - Sentiasa Ikut Had Laju Yang Ditetapkan
Jika anda telah merancang perjalanan anda, saya pasti had laju jalan raya bukan masalah lagi. Patuhi had laju yang telah ditetapkan, jangan terlalu laju dan terlalu perlahan kerana kedua-duanya boleh membahayakan anda sekeluarga. 

Petua No. 3 - Patuhi Garis Panduan Keselamatan Semasa Memotong Kenderaan
Ceramah undang-undang masa ambil lesen dulu dah belajar semua ni. Peraturan 2 saat, 3 saat, 4 saat dan 12 saat. Untuk memotong, anda dinasihatkan mengikuti peraturan 12 saat atau 100 meter. Gunakan lorong yang betul semasa berapa di lebuh raya.

Petua No. 4 - Berhenti Apabila Lampu Isyarat Merah
Merah tandanya berhenti. Tetapi, kuning adalah bersedia untuk berhenti bukan time untuk press minyak supaya berjaya melepasi lampu merah. Anda boleh teruskan perjalanan sekiranya anda berada di garisan putih sebelum berhenti, anda ada 2 saat untuk berjaya melepasi trafik light tu. Ingat, lampu merah kena berhenti. 

Petua No. 5 - Elakkan Daripada Mengekori Kenderaan Lain Dengan Terlalu Rapat
Budaya cucuk mencucuk belakang kenderaan lain ni memang susah nak tegur. Bila kenderaan depan bergerak terlalu slow, ada saja orang nak cucuk-cucuk belakang. Mungkin itu peringatan kepada kenderaan hadapan, tetapi bayangkan jika kereta depan tu tiba-tiba brek? ko sempat brek tak? Ekori kenderaan hadapan dengan jarak selamat, peaturan 2 saat untuk hari cerah, peraturan 4 saat untuk hari hujan, dan peraturan 3 saat jika ekori motosikal dihadapan. 

Petua No. 6 - Periksa Cermin Dan Berikan Isyarat Sebelum Melakukan Pertukaran Lorong
Selalu kita marah bila ada kereta dihadapan yang membelok tak bagi signal. Kemungkinan lampu signal tak berfungsi, atau mungkin juga malas nak guna sebab dah terbiasa main hentam saja. Cara yang betul apabila membelok atau menukar lorong adalah melihat cermin tepi kiri kanan, dan belakang kemudian pulas signal kearah yang nak dituju. Tak susah, cuma tak kisah, itu yang membahayakan tu.

Petua No. 7 - Ikut Lorong Anda, Jangan Memotong Barisan
Sikap pentingkan diri sendiri penyebab penyalahgunaan lorong kecemasan. Akibat nak cepat, sanggup memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan. Kononnya nak elakkan kesesakan jalan raya, tapi akibatnya sangat buruk sehinggakan boleh meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. Gunakan lorong yang betul, ikut peraturan jalan raya.

Petua No. 8 - Elakkan Mencelah-Celah Diantara Kenderaan
Bawa bertenang ye, ikut lorong yang betul walaupun lorong agak lambat daripada lorong sebelah. Jangan suka sangat mencelah kenderaan lain. Cuba elakkan pemanduan macam ni. Bertenang jika jalan sesak.

Petua No. 9 - Sentiasa Beri Keutamaan Kepada Pejalan Kaki Dan Penunggang Basikal
Berilah keutamaan kepada pejalan kaki dan penunggang motosikal. Janganlah salah gunakan lorong pejalan kaki atau lorong motosikal untuk kepentingan sendiri. Jika mereka melintas jalan, beri laluan. Jika mengekori motosikal, perlahankan kenderaan jangan cucuk belakang, bahaya tu.

Petua No. 10 - Yang Paling Utama, Sabar Semasa Memandu
Petua terakhir yang paling penting adalah Keutamaan Sabar. Sesungguhnya orang yang sabar adalah orang yang paling beruntung didunia ini. Biarpun saya tinggal di borneo yang tak pernah terbabit dengan jammed berjam-jam seperti di Semenanjung Malaysia. Saya faham anda disana telah dilahirkan dengan kesesakan jalan raya, so tolong bersabar diatas jalan raya (lebuh raya)..hehe..

Adakah anda sudah merancang percutian balik kampung nanti? masih terlalu awal kot kan..perancangan awal mungkin lebih baik. Sekiranya anda perlukan nasihat keselamatan jalan raya lain atau info terkini keselamatan jalan raya, layari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Lembaga Lebuhraya Malaysia, atau PLUS.

Jika perlukan bas untuk balik kampung, boleh tempah online di Bus Online Ticket atau CacthThatBus mereka akan buat promosi balik kampung nanti.

Semoga petua keselamatan ini sentiasa diamalkan walaupun bukan dimasa perayaan. Amalkan pemanduan berhemah di jalan raya. Selamat berpuasa.

2 comments.. read them below or add one

sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 31 Mei 2017 10:40 PG
salam ramadhan buat bro elih skeluarga, maaf baru terjah, system komen google+ ada mslh ni baru dpt komen sbb tukar template baru hahah..jemput singgah
www.opzzpinky.my :)