5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Latest

ADVERTISEMENT SPACE 728X90

5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware. Dengan keganasan malware yang menyerang siber seluruh dunia sekarang ini, pastinya ramai yang tercari-cari cara untuk mengelakkan serangan WannaCry Ransomware yang menggunakan teknik 'wang tebusan' dalam bentuk Bitcoin (matawang siber).
5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomeware
Malware WannaCry Ransomeware | Sumber 

Untuk lebih memahami apa itu malware WannaCry Ransomware, anda boleh baca sini - Apa itu WannaCry Ransomeware.


5 Cara Mencegah Serangan WannaCry Ransomware

Sebagai langkah keselamatan, anda boleh melakukan 5 cara dan langkah-langkah pencegahan daripada serangan malware WannaCry Ransomware ini:

1 - Mengambil langkah pengukuhan bagi kelemahan MS17-010 pada sistem operasi Microsoft Windows. 
Rujuk pautan ini - https://technet.microsoft.com/en-us/library/security/ms17-010.aspx

2 - Sentiasa memastikan dan mengemaskini perisian sistem operasi dan aplikasi kepada versi yang terkini.

3 - Memastikan Anti-Virus yang sahih dipasang pada komputer dan memastikan Anti-Virus sentiasa dikemaskini.

4 - Meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam penggunaan emel bagi mengelakkan ancaman ini disebar melalui fake phishing email. 
Sebagai contoh, mengelakkan dari memuat-turun fail dari emel yang tidak dapat dikenalpasti dan juga sentiasa menyemak alamat emel yang diterima.

5 - Antara langkah utama bagi mengelakkan ancaman ini adalah melakukan off-site backup secara lebih kerap bagi peranti yang memiliki data dan maklumat kritikal. Ini antara langkah yang paling utama yang disarankan secara global oleh pakar-pakar keselamatan siber.

Semoga membantu anda nanti.

3 ulasan:

  1. kalau kena memang wannacry la

    BalasPadam
  2. Memang bahaya serangan wannacry ni.. Kena save data2 yang penting supaya tak menyesal kemudian hari..

    BalasPadam
  3. tiada cara lain selain sediakan duit untuk beli external hardisk...untuk back up data

    BalasPadam