Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam

Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam | Semakin lama, semakin banyak kenderaan di lebuh raya. Kesesakan jalan raya memang tidak dapat dielakkan. Tidak hairanlah ramai yang beralih kepada penggunaan pengangkutan awam seperti LRT untuk ke tempat kerja mereka. Ianya lebih murah dan mengurangkan kesesakan jalan raya. Namun, kes kecurian barangan peribadi dalam bag sandang adalah biasa berlaku disebabkan kesesakan didalam LRT.

Untuk itu, demi menjaga keselamatan barang didalam bag sandang, kita terpaksa menyandang bag dibahagian hadapan biarpun bag berat dan kelihatan seperti wanita mengandung. Tapi, itu semua terpaksa dilakukan untuk mengelakkan zip poket bag diseluk mengakibatkan barang-barang penting seperti power bank, wayar pengecas, peranti, tablet ataupun laptop.
Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
Perlu Untuk Bag Sandang Biasa!
Jangan hairan jika melihat bag yang dipasang sampai 3 buah mangga bagi tujuan keselamatan barang dalam bag itu. Zip mungkin tidak dapat dibuka kerana ada mangga tetapi bagaimana jika si pencuri memotong bag tersebut dengan pisau? pasti koyak bag tu...


XD Design Bobby Anti Theft Backpack 

Setiap permasalahan, ada penyelesainannya.  Dengan menggunakan idea seorang designer daripada XD Design Team, Thomas mencipta bag sandang anti kecurian ini dengan berinspirasikan masyarakat Shanghai yang kebanyakkannya memakai bag sandang dibahagian hadapan untuk menjaga barang-barang didalam backpack mereka. Thomas dan XD Design Team menggunakan nama Bobby sempena nama pasukan polis yang ditubuhkan pada tahun 1829 yang lebih dikenali sebagai 'Round Top Policehat'.
Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
XD Design Bobby Anti Theft Backpack - Bahagian Luaran

Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
Bahagian Dalam Bag - Zip dipasang Dibahagian Dalam, Tak Perlu Kunci/Mangga Lagi !
Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
Kelebihan Menggunakan Booby Anti Theft Backpack
Ini adalah kelebihan dan ciri keselamatan yang diterapkan dalam Bobby Anti Theft Backpack. Baca sekalipun dah rasa sangat yakin dengan keupayaan dan ciri keselamatan backpack ini. Sangat sesuai digunakan oleh pelajar dan pengguna pengangkutan awam biarpun bag dipakai dibahagian belakang. Tiada kerisauan lagi !

Yang menariknya, bag ini adalah Anti-Cut atau Cut-Proof. Tak dapat buka zip, pasti si pencuri akan memotong bag untuk membuat lubang untuk menyeluk barang didalam bag. Bag ini memastikan usaha tidak bermoral ini gagal 100%.
Bag Sandang Anti-Kecurian Untuk Pengguna Pengangkutan Awam
Backpack Anti-Cut/Cut-Proof dan Anti-Shock
Tiada yang lebih selamat menggunakan Bobby Anti Theft Backpack ini. Jika anda pernah mendengar kes kecurian seumpama ini, pastinya langkah keselamatan perlu diambil untuk keselamatan barang peribadi penting yang disimpan didalam bag sandang tersebut.

Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga tahap keselamatan barangan penting kita sendiri atau anak-anak kita lebih terjamin dengan Bobby Anti Theft Backpack ini.

3 comments.. read them below or add one

Elih Japahar Elih Japahar 1 Mei 2017 10:37 PTG
Sesuai dgn kelebihan dan ciri keselamatannya..:)
lokman amirul lokman amirul 2 Mei 2017 4:31 PTG
mnarik juga beg ni cantik dan kemas