Cara Aktifkan Pemberitahuan Email Untuk Borang Google Form

Latest

ADVERTISEMENT SPACE 728X90

Cara Aktifkan Pemberitahuan Email Untuk Borang Google Form

Cara Aktifkan Pemberitahuan Email Untuk Borang Google Form. Email notification amat penting untuk anda jika borang yang dibuat adalah borang tempahan jual beli online. Jika setting untuk notification ini tidak dibuat, tempahan atau maklumbalas daripada Google Form tak akan diketahui dengan cepat.

Ini adalah kesinambungan daripada entri sebelum ini iaitu Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri. Ada responses tapi terpaksa log in hari-hari ke Google Drive, memang leceh lah kan? Apabila ada Emial Notification atau pemberitahuan ini, mudah untuk mengetahui response yang anda dapat daripada Google Form tersebut.

Cara untuk setting, mudah saja. Ikuti langkah-langkah dibawah ini. Tengok gambar rasanya lebih mudah faham:

Langkah  1: Log in ke Google Drive anda.
Langkah 2: Buka Google Form yang anda nak buat setting pemberitahuan email. Klik pada bahagian 'Responses'.


Langkah 3: Kemudian, klik pada 'View Responses In Sheets' seperti paparan dibawah.


Langkah 4: Sheets akan terpapar seperti dibawah. Anda perlu klik pada 'Tools', kemudian klik pada bahagian 'Notification Rules'.


Langkah 5: Satu pop up akan muncul, klik saja pada bahagian 1 dan 2 dan 'Save'. Email Notification jika ada response daripada Google Form anda akan dihantar terus ke email anda secara straight away. hehe.


Selesai!

Tunggu saja orang response dengan Google Form yang anda dah masukkan atau letakkan dalam blog entri tu. Dijamin email pemberitahuan akan masuk ke email anda serta merta. Tak usah log in ke Google Drive hari-hari lagi untuk semak responses.

Semoga membantu.

1 ulasan:

  1. waa menarik.. terima kasih atas info ni ye.. boleh cuba lepas ni..
    lagi satu boleh guna jotform juga..

    BalasPadam