Khamis, 11 Mei 2017

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri. Entri ini saya kongsikan khas buat peniaga online yang ada blog atau website kedai jualan online. Memandangkan seorang sahabat alam maya bertanya bagaimana memasukan Form untuk tempahan tanpa dedahkan nombor telefon. Saya kata mudah saja!

Sebelum mencipta borang menggunakan Google Form, pastikan anda ada akaun email Gmail. Kemudian, ikuti saja langkah-demi langkah yang saya terangkan dibawah:

Langkah  1: Sign in Google Drive terlebih dahulu.
Langkah 2: Buat borang Google Form yang anda kehendaki. Klik pada button 'NEW', halakan tetikus pada 'More' dan klik pada 'Google Forms'.
Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Langkah  3: Paparan seterusnya seperti dibawah. Terpulanglah nak buat borang pertanyaan, hubungi saya, semakan kelayakan loan, pendaftaran ahli kelab, atau macam-macam borang lagi anda boleh buat. Edit dan masukkan ruangan yang anda mahu masukkan dalam borang Google Form. Borang tempahan pembelian pun boleh dibuat.

Contoh: 
Borang Google Forms dibawah ini adalah contoh borang semakan kelayakan pinjaman/loan.

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Langkah  4: Apabila Google Form dah siap, right click dan preview dulu. Lihat samada soalan dan maklumat yang anda kehendaki mencukupi atau tidak.

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Langkah  5: Dah preview, dan dah lengkap. Right Click semula form tu dan halakan tetikus pada 'Open With', kemudian klik pada 'Google Forms'.

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Langkah  6: Untuk memasukkan Google Forms ni kedalam blog atau entri blog, anda perlu klik pada button 'SEND' dan paparan akan keluar seperti dibawah. Dapatkan kod HTML pada bahagian Embed HTML tersebut.

Cara Letak Borang Google Form Didalam Blog Entri

Langkah  7: Copy kod Embed HTML diatas dan paste pada ruangan blog post (klik HTML) seperti dibawah ini. Letaklah dimana pun bahagian dalam entri, borang google form ini akan keluar. Jika mahu borang terpapar pada Tab, masukkan kod html ini dalam Pages dan link kan ke Tab tersebut.


Selesai !

Borang ini adalah contoh sahaja. jika nak semak kelayak pinjaman peribadi/personal loan. Sila baca entri ini - Cara Memohon Pinjaman Peribadi Di RHB Kuching, Sarawak.




Sekian untuk perkongsian kali ini. Jika ada sebarang pertanyaan, komen dibawah. Saya akan bantu sampai berjaya. Harap entri ini jelas dan membantu anda nanti.

1 comments

Kena praktikal ni...haha..tok boleh teori je
.haha


EmoticonEmoticon