Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia Bank Rakyat

Cara Memohon Dan Semak Kad Siswa 1Malaysia Bank Rakyat. Pasti ramai pelajar yang tengah mencari cara memohon Kad Siswa 1Malaysia Debit-i ini kan? maklumlah kemasukan ke IPTA/IPTS mungkin dah dekat bagi ambilan Julai 2017 ni. 
Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia

Sejajar dengan intipati pembentangan Bajet 2017, KADS1M Debit-i Bank Rakyat telah menggantikan pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar. Ini bertujuan bagi membendung penyalahgunaan dan penipuan pihak tertentu. Nilai yang dikreditkan dalam Kad Diskaun Siswa ini adalah berjumlah RM250.


Cara Memohon Kad Siswa 1Malaysia

Oleh itu, pelajar yang mahu memohon Kad Siswa 1Malaysia ini, boleh membuat permohonan secara atas talian (online) bermula 16 Febuari 2017 lagi. Bagaimana cara membuat permohonan online? berikut saya kongsikan dengan anda cara-cara mohon kad siswa ini:
  1. Isi dan lengkapkan maklumat didalam borang pendaftaran online di https://bppt.bankrakyat.com.my/
  2. Dah lengkap? klik button "Submit".
  3. Tunggu email pemberitahuan Bank Rakyat untuk mengambil Kad Siswa 1Malaysia tersebut.

Dokumen Diperlukan

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu pelajar bawah 18 tahun dan 18 tahun keatas. Dokumen yang diperlukan untuk mohon dan mengambil kad siswa di Bank Rakyat adalah:

Umur 18 Tahun Kebawah:
  • Mykad (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
  • Surat Kebenaran Daripada Ibubapa
  • 1 Salinan Mykad Ibu/Bapa/Penjaga
  • Sijil Kelahiran/Sijil Anak Angkat Pelajar (Asal dan 1Salinan)

Umur 18 Tahun Keatas:
  • Mykad (Asal dan 1 Salinan)
  • Kad Pelajar (Asal dan 1 Salinan)
  • Salinan Email Pemberitahuan (1 Salinan)

Cara Semak Status Kad Diskaun Siswa 1Malaysia

Cara untuk semak status Kad Diskaun Siswa 1Malaysia mudah saja. Semakan boleh dilakukan secara online di pautan dibawah ini:
Cara Memohon Dan Semak Status Kad Siswa 1Malaysia


Sekiranya anda mengalami masalah ketika membuat semakan status KADS1M, minta anda untuk emailkan permasalahan tersebut kepada bk@kpdnkk.gov.my

Semoga berjaya ye adik-adik !

2 comments.. read them below or add one

Eeca Shyaa Eeca Shyaa 21 Mei 2017 6:32 PTG
dolok kmk ada kad tok tapi sik bepake huhuhu.
Hero Borneo Hero Borneo 22 Mei 2017 3:26 PTG
yes..bagus nie untuk pelajar...bapak pelajar tak de ka