Fenomena Fidget Spinner Dikalangan Pelajar, Aku Pun Terjebak!

Huh, hari ni singgah shopping mall beli pampers anak. Tak sangka harga pampers MamyPoko Pants tengah promosi sekarang, bagi yang member shopping mall ni harga cuma RM29.90 lebih murah berbanding bukan member iaitu RM32.90. Rezeki anak, saya selalunya beli 2 pek XL 40+4 untuk stok 1 bulan.

Selepas siap membeli pampers dan sedikit barangan dapur. Saya terus pergi ke arah kedai mainan kanak-kanak. Nak ke situ untuk melihat-lihat barang mainan yang best untuk Ian. Sedang melihat-lihat mainan, datang 3 orang budak sekolah lengkap berpakaian seragam sekolah...

"Adik, sik payah kitak beli spinner ya, dah lah ko sik makan semata-mata ko nak beli menan towk" mak mereka bagi nasihat, tak perlu beli mainan ni dah lah tak makan kat sekolah semata-mata nak beli mainan ni..

tetapi budak tu jawab, "Mak, kawan-kawan kamek semua ada hand spinner towk, kamek agik sik ada"...faham tak? hahaha..budak tu kata, semua kawan-kawan mereka kat sekolah ada hand spinner ni, diorang ja tak ada lagi...

Nampak tak pengaruh rakan-rakan sekolah? fidget spinner ni dah jadi kegilaan bukan saja budak-budak sekolah malah orang dewasa macam saya..

Fenomena Fidget Spinner Dikalangan Pelajar

Ini Hand Spinner yang saya beli, harga hanya RM15. Ada hand spinner yang lagi lawa, tapi ini hanya percubaan saya nak tau feeling bermain spinner ni..

video

So, apa yang best dengan hand/fidget spinner ni? time jalan jem, try spin benda ni...dari segi hilangkan stress mungkin ada membantu sedikit namun bagi budak-budak kecil mungkin ini satu koleksi atau kebanggaan untuk ditunjuk-tunjuk dengan rakan-rakan lain..haha..

Design hand spinner ni ada banyak, nak buat koleksi pun boleh...

6 comments.. read them below or add one

Jun Zie Jun Zie 24 Mei 2017 10:34 PG
ju cuba fhm fungsi spinner ni tp xdpt since blm cuba sdiri kan. kalo dr pembacaan hasil pkongsiann kawan2 mmg ju xdpt feel bnda tu xD
Nao Mei Nao Mei 24 Mei 2017 10:44 PG
haha..awat sama jak entri kita tok...habislah..hati-hati..pusing elok2 kang guguk kenak palak muka ka...bahaya benda tok
Asha Lya Asha Lya 24 Mei 2017 11:17 PG
Femes amos mainan ni taw
Ahmad Hasif Ahmad Hasif 24 Mei 2017 1:06 PTG
kamek pun sik da hand spinner.. kamek rasa hand spinner sik best.. :D :D
fuh lawwa koleksi batman tu tuan.. :D
Mrs Pip Mrs Pip 24 Mei 2017 4:04 PTG
Ada yg cakap benda ni bagus, tp ada juga bgtau benda ni just so so saja...
Mrs pip ndak try lagi benda ni, tp nampak mcm ok juga.
Along Misuari Along Misuari 26 Mei 2017 8:34 PG
Pelbagai review yang AM baca..
Bagi AM, ini lebih kepada individu dan orang tua..
Jika kita boleh membayangkan permainan ini sebagai latihan untuk fokus itu baik..
Jika kita bayangkan untuk berseronok mungkin kita akan mendapat keseronakan sahaja..

Ikhlas Dari
Along Misuari