Selasa, 2 Mei 2017

Insurans Perubatan Dan Kesihatan Terbaik Di Malaysia

Insurans Perubatan Dan Kesihatan Terbaik Di Malaysia | Kita semua tahu, ada beberapa perkara yang semakin lama semakin tinggi kos perbelanjaan didunia ini. Antaranya adalah kos pendidikan dan kos perubatan. Mungkin menyimpan untuk perbelanjaan ini agak sukar tetapi bayangkan jika berlaku sesuatu kejadian kecemasan? bagaimana anda menampung perbelanjaan kos perubatan yang agak tinggi di hospital nanti?
medical card terbaik, cara memilih medical card, polisi insuran perubatan
Medical Insurance Policy [ Pic Credit to Huffingtonpost.com ]
Insurans Perubatan dan Kesihatan ialah satu polisi yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hodpital dan pembedahan. Polisi insurans perubatan ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang tentang kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Polisi insurans ini juga membolehkan anda dibayar sejumlah wang ketika anda dalam tempoh rawatan di hospital.


36 Jenis Medical Insurance Yang Terdapat Di Malaysia

Ini adalah senarai 36 Medical Insurance yang terdapat di Malaysia tahun 2017. Ada nama syarikat yang familiar, ada yang mungkin pertama kali anda tahu. Tengok betul-betul, mungkin salah satu medical insurance ini pilihan terbaik untuk anda dan keluarga anda.
medical card terbaik, cara memilih medical card, polisi insuran perubatan

Untuk melihat senarai penuh, klik sini


Panduan Memilih Insurans Perubatan Dan Kesihatan Yang Sesuai

  1. Buat Perbandingan. Buat pilihan bijak sebelum membeli polisi insurans. Buatlah perbandingan keatas polisi yang ditawarkan oleh syarikat insurans. Di Malaysia ini, ada 26 syarikat yang menyediakan Medical Card untuk Insurans Perubatan dan Kesihatan. So, buat pilihan yang bijak.
  2. Pilih Polisi Sesuai Dengan Keperluan. Setiap syarikat insurans menyediakan polisi yang berbeza-beza. Ada yang menetapkan had umur lebih tinggi misalnya 99 tahun, ada pula yang tiada had tahunan. Jika untuk keperluan keluarga, ambil polisi yang melindungi seisi keluarga anda.
  3. Pilih Premium Ikut Kemampuan. Kemampuan membayar premium adalah isu yang sangat penting. Lihat keperluan anda, kemudian lihat kemampuan membayar, adakah masih mampu atau tidak. Jika kurang berkemampuan, ada banyak lagi polisi insurans yang boleh dipertimbangkan.
  4. Dapatkan Maklumat Ejen Insurans. Ini memudahkan anda jika berlaku apa-apa kemasukan ke hospital. Simpan maklumat ejen insurans anda untuk dihubungi ketika kecemasan.
  5. Fahami Terma & Syarat. Setiap polisi ada terma dan syaratnya, fahami dengan teliti dan pastikan anda ingat pantang larang polisi berkenaan. Takut nanti benda yang anda nak claim melanggar terma dan syarat polisi.
  6. Baca Kontrak Polisi Dengan Teliti. Sebelum membeli, pastikan anda membaca isi kandungan kontrak terlebih dahulu. 


Jenis-Jenis Polisi Utama Dalam Insurans Perubatan Dan Kesihatan

Jenis Polisi Utama 1 
Insurans Hospital Dan Pembedahan -  Menampung perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan yang ditanggung disebabkan penyakit yang dilindungi dibawah polisi insurans.


Jenis Polisi Utama 2
Insurans Penyakit Yang Amat Ditakuti, atau Penyakit Kritikal - Menyediakan pembayaran manfaat sekaligus apabila anda didiagnosis menghidapi salah satu daripada 36  penyakit yang anat ditakuti atau penyakit-penyakit lain yang kritikal sepertimana yang telah ditetapkan dalam polisi.

Jenis Polisi Utama 3

Insurans Pendapatan Akibat Hilang Upaya - Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan apabila anda tidak lagi berupaya untuk bekerja akibat kecederaan yang teruk.

Jenis Polisi Utama 4
Insurans Pendapatan Hospital - Membayar anda sejumlah wang tertentu secara harian, mingguan atau bulanan, tertakluk kepada had limit tahunan sekiranya anda perlu tinggal di wad hospital akibat sakit atau kecederaan.


Permohonan Insurans Perubatan Secara Online

Boleh ke apply Medical Insurans secara online? pada masa sekarang, tiada yang mustahil ! kini anda sudah boleh memohon insurans secara atas talian melalui laman web perbandingan yang terdapat di Malaysia. Di laman perbandingan, anda boleh menghantar pemohonan online dan anda akan berurusan dengan ejen insurans berkaitan untuk proses seterusnya. - Apply Online

Semoga membantu.

2 comments

Mudahnak pilih bila sudah ada perbandingan macam ni.

Pilih agen yang profesional akan memmudahkan tuntutan suatu hari kelak...

Mereka akan bertanggungjawab dari A sampai Z


EmoticonEmoticon