Contoh Surat Permohonan Pelepasan Kereta Dari Bank

Contoh Surat Permohonan Pelepasan Membawa Kereta Dari Bank. Ramai orang bertanya, apa itu Surat Pelepasan atau Surat Kebenaran Membawa Kereta daripada Bank? Bagi anda yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan pastinya perpindahan ke negeri-negeri diseluruh negara adalah perkara biasa.  

Namun, jika kali ini adalah perpindahan kali pertama anda, Surat Pelepasan dari bank ini mungkin anda tak tahu. Surat pelepasan atau kebenaran daripada bank ini hanya terpakai kepada pemilik kereta yang masih mempunyai baki pinjaman dengan pihak bank. Jika bayaran sudah diselesaikan, maka anda tak perlukan surat ini lagi.


Contoh Surat Permohonan Pelepasan Kereta Dari Bank

Ini adalah contoh Surat Permohonan Pelepasan atau Consent Letter daripada Bank yang saya buat. Ada kemungkinan pihak forwarding tak akan bagi tau mengenai surat ini tetapi surat ini akan diminta oleh staf syarikat forwarding ketika mereka datang packing barang dan kereta anda nanti.

Untuk memudahkan anda, saya kongsikan dengan anda contoh surat pelepasan bank yang simple dan mudah difahami.

Contoh Surat Permohonan Pelepasan Kereta Dari Bank
Contoh Surat Permohonan Pelepasan Membawa Kereta Dari Kuching Ke Kota Kinabalu
Ini adalah contoh Surat Pelepasan atau Consent Letter daripada bank untuk membawa kereta ke satu tempat tidak kira lah ke Sabah, Sarawak atau Malaya. Ketika anda membawa surat permohonan pelepasan bank ini ke mana-mana cawangan bank, pastikan anda membawa:-
  1. Salinan Surat Arahan Perpindahan (jika kakitangan kerajaan)
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sebut Harga Syarikat Penghantaran (Forwarding Agent)
  4. Salinan Geran Kad (Jika ada)
Kemukakan permohonan dengan mengisi borang yang akan diserahkan oleh pegawai khidmat pelanggan bank dan bayaran sebanyak RM20 akan dikenakan. Adalah diingatkan, jika terdapat tunggakan bulanan bayaran pinjaman kereta anda, pastikan bayar terlebih dahulu. Ianya mungkin boleh menjejaskan permohonan anda.
Contoh Surat Permohonan Pelepasan Kereta Dari Bank
Contoh Surat Kebenaran/Pelepasan Dari Pihak Bank
Tujuan surat pelepasan dari bank ini adalah untuk memberi kebenaran kepada pemilik kenderaan membawa kereta tersebut dengan melalui Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di pelabuhan nanti. Untuk prosedur hantar kereta ke Sabah, Sarawak atau Malaya, saya akan kongsikan kemudian.

Semoga bermanfaat!


{ 8 comments.. read them below or add one }

mrhanafi mrhanafi 15 Julai 2017 12:58 PG
tunggakan mesti clear baru hati boleh senang..

ps: macam mana jadi blogger Sabah..ok tak..?
Anum Abdullah Anum Abdullah 16 Julai 2017 6:42 PTG
best nya elih sharing contoh surat ni..
Mus Mus 16 Julai 2017 10:15 PTG
terima kasih kerana share bro
Elih Japahar Elih Japahar 1 Ogos 2017 3:03 PTG
Sekurang2nya boleh membantu mereka yang meemrlukan contoh surat ini.
Elih Japahar Elih Japahar 1 Ogos 2017 3:04 PTG
Betul tu tuan Hanafi.

Blogger Sabahan boleh tahan..kbanyakkanya blogger wanita hehe
Elih Japahar Elih Japahar 1 Ogos 2017 3:04 PTG
Best ke? ohh.. terima kasih Anum Abdullah hehe