Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia. Siapa kata shopping online ni orang perempuan ja yang pandai? sekarang ni lelaki pun dah memilih jalan paling mudah nak dapat barangan yang dikehendaki melalui laman web ecommerce yang semakin hari semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan, hehe...

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Siapa tu? siapa lagi kalau bukan saya sendiri. Saya dah ketagih nak shopping online di SGshop Malaysia ni. Ada lagi yang tak tahu pasal SGshop Malaysia ni kah? SGshop Malaysia merupakan Agent Taobao Malaysia. Pembelian yang dilakukan dilaman web ini akan terus dipacking di China Warehouse (Taobao China) dan dikirimkan terus kepada kita di Malaysia.


Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Alahai! ramai sangat yang bertanya dengan saya tip dan panduan membeli dekat SGshop Malaysia ni. Ada yang Top Up duit RM100 tapi beli barang harga RM100 juga, pastu bila barang tu dah sampai ke Warehouse China, tambah pulak bayaran untuk penghantaran ke Malaysia. Rasa macam tertipu dekat situ kan, tapi jika faham betul-betul kita pasti akan lebih mudah untuk merancang perbelanjaan shopping di SGshop ini.

Dah buat akaun ke? 

Kalau belum, korang daftar secara percuma dulu disini - Daftar SGshop Malaysia

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Semasa pendaftaran, anda akan dikehendaki untuk memasukkan Email, Username, Password dan Nombor HP. Selepas tu, klik pada button "Send Code". Kemudian, masukkan code yang diterima melalui SMS di HP anda. Last sekali, klik pada "Register".

Ok, produk yang dijual di SGshop Malaysia mempunyai 2 kategori iaitu:

1. China 
2. SmartShop

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Apa perbezaan kategori China dan SmartShop ni? Perbezaannya adalah..

China - Hanya harga produk + domestic shipping(dari supplier ke Warehouse China) saja yang terpapar dan perlu dibayar untuk 1st payment. Setelah produk sampai di Warehouse China (Taobao) barulah kos untuk penghantaran ke Malaysia dikira dan perlu dibayar untuk 2nd payment. Untuk estimate harga yang perlu dibayar untuk 2nd payment, boleh guna Cost Estimation Tools ini.

SmartShop - Harga produk + domestic shipping (dari supplier ke warehouse China) akan dipaparkan, dan apabila anda buat pembayaran Shipping Cost untuk penghantaran ke Malaysia telah dikira siap-siap. So, bayar sekali sahaja. Apabila produk tu sampai di Warehouse China, mereka akan terus memeriksa dan packing untuk shipping ke Malaysia.

Faham tak?


Pengalaman Shopping Online Di SGshop Malaysia

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Sejak bulan lepas, hampir setiap minggu saya shopping dekat SGshop Malaysia. Kalau tahu caranya, boleh buat duit dengan menjual produk yang ada disini. Itu korang kena pilih sendiri lah mana satu yang banyak permintaan pada masa sekarang ni.

Sehingga hari ini, saya dah completed kan 10 pembelian di SGshop Malaysia. Manakala, 2 lagi belum sampai, dan 1 lagi masih dalam perjalanan ke Warehouse China (Taobao).

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia

Ini adalah beberapa barang yang saya beli sebelum ini. Harga dan kualiti memang berpatutan. Puas hati dengan produk yang saya terima.

Panduan Shopping Online Di SGshop Malaysia


Saya rasa selamat shopping online dari China dengan SGshop Malaysia kerana ketelitian pihak Taobao memastikan kualiti dan pembungkusan produk yang akan dihantar kepada kita nanti.

Untuk pengetahuan anda..

Selepas anda selesai membuat pembelian, ia akan mengambil masa 3 hari untuk produk tersebut sampai ke Warehouse China (Taobao). Apabila tiba disana, pemeriksaan akan dijalankan samada dari segi kualiti dan kuantiti, sekiranya terdapat masalah kita akan dimaklumkan oleh pihak SGshop Malaysia. Kemudian, hari ke-4 adalah hari pengeposan ke Malaysia.

Saya tahu, masih ramai yang keliru dengan cara pembelian di SGshop Malaysia. Tip untuk mendapatkan caj shipping yang terlalu mahal adalah dengan membeli barangan yang tidak terlalu berat seperti baju, jacket, seluar, handbag, backpack dan lain-lain. Jika anda mahu membeli peralatan atau kelengkapan rumah, pastikan anda membuat kira-kira terlebih dahulu dengan menggunakan Cost Estimation Tools, kerana kebanyakkan barangan ini bukan SmatShop. Bayaran penghantaran ke Malaysia hanya akan dipaparkan selepas produk yang anda beli tiba di Warehouse China (Taobao).
Daftar percuma disini -  Daftar SGshop Malaysia
Harap boleh membantu, sekiranya ada pertanyaan..sila komen atau hubungi saya..

{ 12 comments.. read them below or add one }

kamil salleh kamil salleh 21 Julai 2017 2:18 PTG
Tak pernah dengar lagi pasal SGshop Malaysia, maupun daftar, apatah lagi shopping.

Mungkin satu masa boleh cuba-cuba tengok barang dan tempah.
sensasi2020 sensasi2020 21 Julai 2017 2:19 PTG
Terima kasih bro berkongsi cerita berkaitan SGshop Malaysia. Pastinya banyak barang yang boleh kita tempah.
atiehilmi dot com atiehilmi dot com 22 Julai 2017 1:36 PG
haa.. nih antara entri entri yang membuatkan maybank2u terkejut nih.. hee~ asyik la terpengaruh nak membeli.. adoi..
Husna Rahman Husna Rahman 25 Julai 2017 4:50 PTG
ommmo tamau start nanti ssh nak stopppp
Wan Syahida Wan Syahida 25 Julai 2017 11:51 PTG
Dah macam cendawan dah online shops macam ni ek.. Habis la duit kita membeli belah :')
Aju Mohit Aju Mohit 26 Julai 2017 8:11 PG
saya suka sangat bab shopping online ni, nak pula klu harga murah dan berbaloi, bolehla cuba shopping kat sgshop ni
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:50 PTG
Cuba try test lah tuan. Ada produk yang mmg betul2 berbaloi nk beli kat sana.
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:51 PTG
Betul. Boleh usha2 barang2 yang ada disana.
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:51 PTG
Adooiii..sama lah kita. Asik membeli online je hahaaa.
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:52 PTG
Hahahaaa..tak boleh stop sbb shopping online ni dah jadi kebiasaan skrg :P
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:52 PTG
Beli apa yang perlu saja. Yang tak perlu beli bila ada lebih sedikit.
Elih Japahar Elih Japahar 31 Julai 2017 2:53 PTG
Yup. Shopping lah. Memang banyak produk yang murah.