Tempahan Hotel Online Dengan Diskaun Dan Promosi

Minggu yang lepas adalah minggu terakhir saya di Kuching, Sarawak. Selama 8 tahun saya berkhidmat di sana, akhirnya rayuan perpindahan ke Sabah Negeri Dibawah Bayu diluluskan. Rasa bertuah kini dan bersyukur akhirnya saya boleh berkhidmat di negeri kelahiran sendiri.
Tempahan Hotel Online Dengan Diskaun Dan Promosi

Hari terakhir di Kuching, Sarawak bermakna hari terakhir juga tinggal di rumah sewa disini. Bila kunci rumah dah diserahkan dengan tuan rumah, saya dan keluarga terpaksalah menginap di hotel sementara menunggu hari penerbangan balik ke Sabah.

Ini bukan kali pertama saya menempah hotel secara online kerana sebelum ini pun selalu menempah di laman web tempahan (booking provider) yang lazimnya kita semua tahu. Tapi itu dulu, di Malaysia ini pun dah ada laman web tempahan secara atas talian samada Hotel atau Flight. Harga memang jauh lebih murah dan jimat berbanding beli terus melalui hotel tersebut. Tempahan melalui kaunter/ ‘walk-in’ menambahkan lagi kos bayaran hotel.

Kelebihan Tempah Hotel Secara Online

Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang ini, segala urusan hanya di hujung jari kita sahaja. Sesiapa yang berminat menempah hotel, pilihlah tempahan online kerana ini yang akan anda perolehi:-
  1. Harga hotel lebih murah
  2. Potongan diskaun daripada harga sebenar di laman web tempahan
  3. Kemudahan pembayaran yang mudah
  4. Perancangan percutian yang lebih efektif dengan tawaran diskaun ketika waktu cuti umum
  5. Tempahan disaat akhir

Perbandingan Harga Hotel

Cubalah try buka laman web tempahan online tu dan call hotel yang anda nak! Saya percaya harga tempahan pastinya lebih murah. So, kenapa berbelanja lebih sedangkan ada acara untuk berjimat??

Semua nak berbelanja secara berhemah, tapi ramai yang bimbang dengan keselamatan pembelian atas talian. Walaupun kemudahan tempahan hotel terlalu banyak, saya tetap memilih Traveloka kerana cara pembayaran yang lebih banyak dan efisien.

Tempahan Hotel Online Dengan Diskaun Dan Promosi
Payment Partner di Traveloka


Pengalaman Tempah Hotel Di Traveloka
Pengalaman saya membuat tempahan di Traveloka memang berjalan dengan lancar, tiada sebarang masalah dialami kerana payment provider yang ada memang memudahkan saya. Dulu saya menggunakan web tempahan lain, yang dah popular tu tetapi sekarang saya dah memilih Traveloka sebagai web tempahan hotel yang lebih murah berbanding web tempahan lain.

Tempahan Hotel Online Dengan Diskaun Dan Promosi


Dalam beberapa hari lagi, Traveloka akan mengadakan promosi pembelian Tiket Flight dan Hotel. Mahu dapatkan promosi untuk percutian akan datang? layari laman web tempahan Traveloka sekarang.

3 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta 16 Julai 2017 9:41 PTG
Tahniah dapat bertugas ditempat kelahiran ya... :)
Lea Azleeya Lea Azleeya 17 Julai 2017 1:21 PTG
Tahniah elih.. Dah dpt bertukar ke negeri kelahiran sendiri..
Asyraf Asri Asyraf Asri 25 Ogos 2017 12:30 PG
Semoga semuanya dipermudahkan Allah.