Selasa, 1 Ogos 2017

Cara Semak Insurans Dan Roadtax Kereta Secara Online

Cara Semak Insurans Dan Roadtax Kereta Secara Online. Kadang-kadang tarikh lahir sendiri pun boleh terlupa, apatah lagi tarikh tamat tempoh insurans dan roadtax kereta. Kalau sebuah kereta mungkin boleh ingat lagi, tapi kalau ada 2 atau 3 buah kereta, tambah pulak dengan beberapa buah motosikal lagi, macam mana lah nak ingat semua tu kan? Urang kaya lah orang bilang, haha..


Ada 2 cara untuk semak status insurans dan roadtax ni, tengok saja bila expired roadtax yang melekat di cermin depan kereta tu, roadtax expired maka insurans pun automatic akan expired juga. Cara lain adalah semakan secara online, masukkan maklumat anda dan nombor plat kereta dan semak.


Cara Semak Insurans Dan Roadtax Kereta Secara Online

Saya akan kongsikan dengan anda, bagaimana melakukan semakan insurans dan roadtax secara online. Terdapat 2 channel yang anda boleh buat semakan, iaitu:-

Cara 1 : Melalui Laman Web JPJ


Masukkan kategori ID sebagai Orang Awam Malaysia (MyKAD), masukkan nombor MyKAD/ID dan kemudian masukkan nombor plat kereta. Pastikan Kod Sekuriti dituliskan dengan nombor yang betul, dan klik Semak!


Tarikh tamat Insurans kereta tersebut akan dipaparkan.


Cara 2 : Melalui Laman Web Mycarinfo



Masukkan nombor plate kereta, nama anda, alamat email dan klik pada term & condition. Kemudian klik Enquire.


Maklumat insurans akan dipaparkan seperti diatas.

Mudah ja kan?

Semakan insurans dan roadtax online ini juga boleh dilakukan jika kita terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kita boleh mengetahui kereta yang dilanggar atau melanggar mempunyai insurans ataupun tidak. Selain itu, jika anda ada kereta lama yang telah dijual atau digunakan keluarga lain, kita boleh menyemak status insurans dan roadtax kereta tersebut secara online sahaja.

Cara semakan insurans dan roadtax online ini juga banyak digunakan oleh ejen-ejen insurans takaful sebelum mereka memperbaharui insurans pelanggan mereka. 

Sekian untuk perkongsian kali ini, semoga input ini memberikan manfaat kepada anda semua.

8 comments

Eloklah ni buat sesapa yang tak ada masa nak check kat tempat derang. Leh wat online.

sangat bermanfaat ini bro...

kadang-kadang boleh lupa ..

kita akan teringat apabila ada sekatan jalan JPJ dan Polis..

dah nerves baru nak sedar..

nice sharing elih..sng nanti nk bayar roadtax semua online ja skrg

baru tahu boleh cek online je

sejak kahwin, suami urus semua. lepas ni boleh la uruskan sendiri gun online je

ohh..senang rupanya, barulah gua tahu.

aik bole pula rupanya check mcm ni =D


EmoticonEmoticon