Blog Kini 1 Juta Pageviews

Blog Kini 1 Juta Pageviews. Akhirnya, saya bergelar jootawan! bukan jutawan duit ya, tapi jutawan pageviews blog saja, harap jangan salah faham..nanti ada yang datang siasat pulak dari mana duit sejuta tu kan, haha..


Ya, cukup setahun dan 3 bulan blog ini sudah pun mencapai pageviews 1 juta. Tapi, apalah nak dibanggakan sangat kan? rakan blogger lain 3 bulan saja dah sejuta, belum lagi setahun kan..saya respect dengan korang yang hebat-hebat belaka..

Sejak kembali aktif berblog dari bulan Jun 2016, banyak pencapaian peribadi dalam blog Elih Japahar ini yang diperolehi. Tak dapat anugerah, namun cukuplah merasa lega atas usaha yang dilakukan selama ini.

Blog ini sedikit sebanyak telah menambah sumber pendapatan sampingan saya dengan konsisten dan efektif setiap bulan. Komisen hasil jualan ebook, program affiliate marketing, sponsored posts dan collaborations adalah bukti kejayaan blogger separuh masa mampu menjana pendapatan sampingan hanya dengan menulis. Tak hairanlah ramai otai-otai yang kini bergelar Usahawan Internet mampu bertahan lama dalam kerjaya mereka.

Sejak bertugas di negeri sendiri ni, kekangan masa terhadap tuntutan kerja dan keluarga sangat-sangat menjadi cabaran besar bagi blogger separuh masa macam saya ni. Saya berharap sangat, bolehlah saya bertahan lama sediikit didunia alam maya ini..

{ 9 comments.. read them below or add one }

Mrs Pip Mrs Pip 27 September 2017 3:29 PTG
blog mrs pip jauh lagi utk capai 1 juta PV, yakin jer dgn usaha tangga kejayaan .. apapun Tahniah Elih! dan teruskan berblogging ...
sayidah napisah sayidah napisah 27 September 2017 3:45 PTG
wahhh alhamdulillah. tahniah dah 1 juta! keep it up! :D
Lokman Hakim Lokman Hakim 27 September 2017 3:58 PTG
tahniah elih..keep it up blogging
thehaikal thehaikal 27 September 2017 5:07 PTG
tahniah :-) blog saya satu ni jauh lagi nak 100k pun heheh
lokman amirul lokman amirul 27 September 2017 5:16 PTG
tahniah elih satu pencapaian terbaik.
mrhanafi mrhanafi 28 September 2017 5:15 PTG
Tahniah bro Elih..

Bro memang layak untuk menikmati kejayaan demi kejayaan dalam dunia blogger ini..

Sebagai kawan yang pernah berjumpa secara ofline tentunya saya tumpah gembira..

untuk itu saya ucapkan sejuta tahniah atas kejayaaan meraih sejuta pageview
Dedaun Comel Dedaun Comel 29 September 2017 3:24 PTG
Hebat bro Elih.. Idol saya ni..

Kena bangga dan jangan bandingkan dengan blog lain. Yang penting kita tahu usaha kita macamana..

Kalau bro Elih tak bangga, saya bangga dengan bro Elih

#bukangengkunyit
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 1 Oktober 2017 9:26 PTG
Tahniah dah cecah 1 juta views. Semoga terus bersemangat nak berblogging