Rabu, 6 September 2017

Cara Buat Duit Online Melalui Instagram, Youtube Atau Blog

Cara Buat Duit Online Melalui Instagram, Youtube Atau Blog | Nak buat duit online? ada bermacam-macam cara di zaman teknologi canggih sekarang ini. Persoalannya, nak atau tak nak buat saja!

Anda ada diblog saya ni sebab anda benar-benar nak tahu cara buat duit online. Jika kena pada caranya, anda boleh menjana ribuan ringgit sebulan. Nak tak?

Siapa yang boleh menjana duit online?...

Anda pelajar, penganggur, pekerja swasta, kakitangan awam, suri rumah, artis, penyanyi atau sesiapa saja yang mempunyai akaun Instagram, channel Youtube dan Blog, anda boleh mula menjana pendapatan sampingan melalui SushiVid.


Apa itu SushiVid?

SushiVid adalah platform yang menghubungkan pemilik (brand) dengan pemilik media sosial atau influencer (instagram, youtube dan blog) dengan tujuan untuk lebih mencapai sasaran bagi mempromosikan sesuatu event, produk, perkhidmatan dan pelbagai lagi.

Di SushiVid, kita boleh memilih nak daftar sebagai apa saja. Jika anda pemilik produk, daftarlah sebagai Brand, manakala jika anda memenuhi syarat sebagai Influencer, daftar. Ada habuan untuk anda dalam matawang USD di SushiVid nanti.

Jom Daftar - SushiVid Influencer Marketing Platform


Pilihlah, nak daftar sebagai Brand (pemilik produk, laman web, perkhidmatan, dll) atau sebagai Influencer (Instagrammer, Youtubers, atau Bloggers).


Syarat Mudah Layak Daftar Sebagai Influencer

Syarat yang mudah, tapi belum tentu layak..hehe..

Untuk membolehkan anda dapat job/Campaign untuk dibayar, anda haruslah mempunyai:-

Instagram - 2,000 pengikut/followers
Youtube - 250 pelanggan/subcribers
Blog - 2,000 pelawat setiap bulan/visits per month

Adakah anda yang mereka cari? jika ya, inilah peluang anda buat duit online..

Gambar diatas ini adalah beberapa contoh Campaigns yang tengah running sekarang ni. Jika anda dibayar USD50, anda sudah ada RM200++. Kalau dapat Campaigns yang USD251 tu? RM1066++ akan dibayar kepada anda, itu baru satu Campaigns saja. Sekiranya anda berminat dengan Campaigns tersebut, klik saja PROPOSE dan ikuti langkah-langkah dan syarat yang ditetakan oleh pihak Brand.

Hurmm, malaslah nak cakap, saya sendiri pun baru dapat berapa USD ja sebab follower tak capai syarat lagi. Terpaksa lah join sebagai Bloggers saja. Tengah usaha untuk capai 2,000 follower instagram dan subscriber youtube. 

Anda yang dah menepati syarat tu, tak kan tengok jer? 
Jom Daftar - SushiVid Influencer Marketing Platform
Mari kita bersama-sama menjana duit online hanya melalui Instagram, Youtube dan Blog. Dah dapat nanti, jangan lupa belanja saya yaa..

Semoga dimurahkan rezeki uoll !

8 comments

Nice sharing elih...mcm2 bleh buat duit

Boleh cube kat YouTube channel sy ni hehe :-)

belum daftar lagi dengan sushivid ni.

Macam tak layak pula disebabkan syarat tidak dapat ditepati.

http://panphila.blogspot.my

Dah daftar dah. Earning dia je belum gerak lagi ha3

dah daftr guna blog tp tula..tkreti masukkan coding tu . mcm mne eh ? guna tmplate thesis gk eh macam lisa hahahatu yg tak reti

hoho..

masih lom dapat job lagi.

sebab semua job aku mintak maksimum income.


EmoticonEmoticon