Sabtu, 16 September 2017

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia. Sejak dekoder percuma MYTV Broadcasting mula diedarkan yang bermula pada tahun 2016, ramai yang mengharapkan nama mereka tersenarai sebagai penerima dekoder percuma ini. Malangnya, bukan semua penerima BR1M tersenarai, ramai yang rasa kecewa.

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia

Namun, MYTV Broadcasting telah membuka jualan untuk dekoder MYTV Freeview atau MYTV Advance dengan anggaran harga buat masa ini adalah RM199 sehingga 31 Disember 2017 (belum termasuk kos pemasangan dan antena). Inilah masanya kita tamatkan perkhidmatan langganan yang satu lagi tu, tidaklah menyusahkan kita menonton tayangan berulang-ulang nanti..betul tak? oppps! haha..

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia

Berdasarkan gambar Map diatas, jelas menunjukkan bahawa lebih banyak menara transmisi yang terdapat di Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak yang hanya ada masing-masing 1 dan 3 sahaja.

Untuk lebih jelas, dibawah ini adalah lokasi yang lebih spesifik di setiap negeri. Jika lokasi atau kawasan tempat tinggal anda belum ada dalam senarai, sila tangguhkan pembelian dekoder MYTV dahulu kerana memang tidak akan dapat digunakan juga jika tiada siaran belum ada.

Semak Kawasan Liputan Siaran MYTV Di Malaysia
Klik gambar untuk melihat lebih jelas

Semak nama penerima Dekoder Percuma MYTV - Semak

Jika nama anda tersenarai, tahniah!

Kalau dah tersenarai sebagai penerima dekoder percuma ini apa nak dibuat? macam mana nak tuntut atau mendapatkan dekoder MYTV ini?

Jawapannya, anda kena tunggu sehingga dekoder MYTV anda di poskan kepada anda. Pihak MYTV Broadcasting akan memaklumkan kepada anda sekiranya dekoder boleh dituntut. Sekiranya mahu kepastian tentang cara tuntutan, sila hubungi :-

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
2271, Jalan Usahawan 2, 
Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Pusat Khidmat Pelanggan  : 1300-80-6988 
Email : careline@mytvbroadcasting.my

Untuk pembelian dekoder MYTV Advance, boleh rujuk sini - Cara Pembelian Dan Senarai Wakil Jualan

4 comments

Isk..isk...pendalaman sungguh lokasi kpg cik akak..haha..tiang conneting pun tak ada

tempat aku ada.. tpi sekarang ada contract dengan hyptv unifi punya.. pas habis kontrak baru pakai yang ini. hehe

sesuai ni kalau install kat homestay

Cuma Ada yg free je ke. Kalau saja2 apply boleh dpt x


EmoticonEmoticon