15 Peralatan Wajib Dibawa Ketika Mendaki Gunung

Peralatan wajib yang harus dibawa ketika mendaki gunung harus dibeli dan disediakan sebelum aktiviti mendaki dilakukan. Walaubagaimanapun, membawa kelengkapan selengkap yang mungkin memang sangat susah, susah untuk memikul semua barang tersebut memanjat gunung. Sebab itu, banyaknya peralatan yang dibawa bergantung kepada berapa lama kita berada diatas gunung tersebut.


Ada sorang sahabat saya ni kata, dia mendaki gunung kinabalu 3 kali setahun. Saya pun tanya dia, "apa yang buatkan ko suka sangat naik gunung ni?" dia jawab, "saya rasa kepuasan, dan macam ketagihan naik gunung"..namun, bila difikirkan balik ianya lebih kurang sama seperti hobi atau minat. Mereka yang mempunyai hobi mendaki gunung ini, memang agak berbeza dengan kita yang hanya sekali mendaki gunung seumur hidup.


Peralatan Wajib Dibawa Mendaki Gunung


Beberapa peralatan atau kelengkapan mendaki gunung sebaik-baiknya meliputi 15 barang ini:-
  1. Camping Tent - Khemah yang boleh dipasang siap sangat diperlukan jika anda bermalam diatas gunung atau berhenti sebelum meneruskan perjalanan pendakian. Khemah ini sebaik-baiknya yang ringan dan kecil, cukup untuk 1 atau 2 orang boleh tidur.
  2. Pakaian - Bawa pakaian yang secukupnya. Tapi, ingat supaya tidak membawa pakaian berlebihan kerana bag anda akan berat dan membebankan anda mendaki nanti. Cukuplah untuk persalinan yang minimum.
  3. Sleeping Bag - Suhu diatas gunung memang sejuk. Tak kan lah nak bawa selimut naik gunung kan? Sebaiknya, anda perlu membeli sleeping bag yang ringan supaya tidaklah anda kesejukan nanti. Sleeping bag ni lazimnya berat jika harga murah, dan semakin ringan jika harganya mahal. 
  4. Baju Hujan - Cuaca memang susah diramal. Kadang-kadang ramalan kaji cuaca sesekali kurang tepat dengan cuaca pada hari tersebut. Baju hujan perlu dibeli untuk persediaan dimasa hujan nanti.
  5. Makanan - Jika mahu memasak diatas gunung, makanan haruslah dibawa. Peralatan seperti piring, mangkuk, sudu, garfu dan sebagainya sebaik-baiknya bawa yang ringan atau plastik. Yang pakai buang lebih bagus dbawa. Elakkan membawa makanan segera berlebihan.
  6. First Aid Kit - Untuk rawatan kecederaan kecil akibat tergelincir atau luka ringan, peti pertolongan cemas wajib dibawa sekurang-kurangnya satu kotak untuk satu pasukan mendaki gunung.
  7. Lighter - Memasak memerlukan alat penyala api. Lighter wajib dibawa ketika mendaki gunung. Bawa lebih dari satu untuk standby, manalah tau basah atau kehabisan gas.
  8. Headlamp - Lampu di kepala ini seringkali dilupakan. Inilah lampu yang amat penting untuk dibawa. Belilah yang ringan,lampu LED supaya mudah dibawa dan ringan.
  9. Tisu Kering atau Tisu Basah - Selain digunakan untuk lap mulut. Tisu kering atau basah juga boleh digunakan untuk membersihkan piring, mangkuk dan sebagainya.
  10. Bateri - Bawa lah bateri spare untuk kegunaan headlamp atau lampu lain. Jika boleh bawa lebih daripada 3 atau 4 pek bateri AAA atau AA. Manalah tau, rakan-rakan anda juga memerlukan bateri sokongan.
  11. Bag Plastik - Bag plastik ini untuk menyimpan pakaian kotor dan membuang sampah yang ditinggalkan di tapak perkhemahan tersebut. Jadikan amalan untuk kebersihan hutan kita dan pengguna lain.
  12. Hiking Stick - Pendakian yang lebih lancar adalah dengan menggunakan hiking stick. Hiking stick ini akan membantu sokongan atau keseimbangan badan anda ketika mendaki. Percayalah! guna stick ini dan bandingkan dengan tiada. Pasti sangat berbeza.
  13. Outdoor Survival Kit - Survival kit selalunya mengandungi pisau, lighter, kompas, lampu suluh kecil dan lain-lain
  14. Camping Stove - Nak memasak perlu ada camping stove jika nak bawa. Jika mahu menyalahkan api camping stove ni rasanya tak perlu dibawa.
  15. Backpack - Nak simpan semua keperluan ini perlukan backpack yang sesuai. Pastikan backpack yang ringan, besar dan kalis air jika boleh. 
Ada banyak lagi keperluan lain, seperti kaca mata, sarung tangan, kasut outdoor untuk hiking, topi, dan pelbagai peralatan lain yang dirasakan perlu.

Untuk mendapatkan peralatan wajib mendaki gunung ini, ada banyak laman web ecommerce di Malaysia sekarang yang menawarkan harga yang agak berpatutan. Namun, untuk kali ini saya perkenalkan anda dengan PTT Outdoor yang menjual peralatan Camping & Hiking, Running, Fitness, Cycling dan Traveling.

Untuk melihat peralatan yang saya maksudkan, anda bolehlah melayari.. PTT Outdoor - Outdoor Gear Malaysia

Baca Artikel Menarik Ini Juga

6 Comments

sy memang selalu beli barang di PTT.. harga pun ok.. servis pun ok..

harga mmg murah di PTT ni. Btw mengenai hiking..teringin sangat ni nak naik gunung.,tapi akan daya keadaan tak mengizinkan

Betul. Banyak keperluan hiking dan keperluan lain dijual di PTT.

Bila dah mengisinkan, tunaikan hasrat tu ya.


EmoticonEmoticon