7 Cara Lebih Jimat Ketika Melancong Dalam Negara

7 Cara Mudah Lebih Jimat Ketika Melancong Dalam Negara. Dengan bebanan kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat, ramai yang kata melancong ini mahal. Tapi, tidak semestinya. Asalkan anda tahu bagaimana menguruskan percutian anda, pasti percutian anda lebih jimat dan berkualiti.



Melancong Dalam Negara Dengan Lebih Jimat


Dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, ramai yang menangguh perancangan untuk bercuti baik dalam dan luar negara. Namun, sekiranya anda masih mahu meneruskan niat itu, ada beberapa panduan untuk mengatur kos percutian dengan lebih baik. Asalkan anda kumpul duit, lebih banyak lebih baik untuk tujuan percutian itu nanti.

Cara untuk berjimat ketika melancong ini sekadar untuk perkongsian bersama agar kita akan lebih serius mengurus kewangan dengan baik. Saya percaya perjalanan percutian kita lebih hebat dan mungkin boleh tambah cuti lagi!


1 - Pergi Bercuti Ketika Bukan Cuti Persekolahan

Ketika musim cuti persekolahan, waktu inilah kebanyakkan keluarga akan merancang percutian mereka. Ketika peak season ini, harga penginapan pastinya lebih mahal, harga tiket penerbangan melambung tinggi, jalan raya jammed, dan pastinya lokasi percutian dimana-mana pun sesak dengan manusia ketika itu.


2 - Pilih Tempat Percutian Yang Kurang Popular Tetapi Tetap Menarik

Jika anda mahu merancang percutian tetapi kesukaran untuk memilih tarikh yang bukan waktu cuti sekolah. Saya cadangkan anda memilih lokasi percutian yang kurang popular tetapi menarik. Ada banyak lagi tempat yang belum ada rating di enjin carian google. Pulau-pulau di Terengganu, Johor, Sabah pastinya banyak lagi pilihan yang lebih hebat selain Langkawi, Pulau Tioman, Pangkor dan sebagainya.


3 - Tinggal Di Hotel Bajet Tapi Penginapan Yang Selesa

Bercuti adalah quality time bersama keluarga atau pasangan anda. Tidak salah sekiranya memilih hotel bajet tetapi masih selesa jika bajet untuk percutian anda tidak seberapa. Hotel 2 atau 3 bintang rasanya sudah cukup untuk menikmati keselesaan malam anda. Lakukan sedikit research untuk mencari hotel bajet yang pernah orang lain duduki. 


4 - Tempah Tiket Penerbangan Dan Hotel Lebih Awal 

Perancangan percutian selalunya dibuat lebih awal. Lebih awal anda menempah tiket penerbangan dan hotel lebih awal. Laman web seperti Traveloka atau Trivago menawarkan harga yang lebih murah bagi sesetangah promosi yang ditawarkan. Pembelian awal pastinya menjimatkan kos perbelanjaan anda.


5 - Beli Pakej Atau Tiket Penginapan 

Mungkin ada yang tidak tahu lagi, di Malaysia ini ada laman web yang menawarkan diskaun bagi pembelian pakej penginapan di hotel-hotel bertaraf 5 bintang denagn potongan harga sehingga 60%. Pembelian pakej atau tiket penginapan ini lebih menjimatkan kos perbelanjaan penginapan anda nanti. 


6 - Beli Pakej Atau Baucer Makanan

Selain makan di lokasi-lokasi yang bajet disekitar lokasi percutian anda, pembelian baucer untuk makanan bersama keluarga atau pasangan anda pasti lebih hebat. Pembelian awal baucer makanan ini boleh dibuat di Fave.com


7 - Lakukan Aktiviti Percutian Dengan Percuma Atau Beli Tiket Lebih Awal

Banyak lokasi yang mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan secara percuma. Maksudnya, anda boleh buat apa saja disitu tanpa dikenakan bayaran, misalnya di tepian pantai, taman rekriasi, muzium, taman galeri atau sebagainya. Untuk mendapatkan tiket masuk ke waterpark, wildlife park dan lain-lain anda bolehlah tengok website Fave.com

Saya yakin dengan 7 cara mudah untuk lebih jimat ketika melancong di dalam negara ini membantu anda merancang percutian nanti. Kalendar cuti 2018 dah keluar, so mudahlah anda merancang percutian untuk tahun hadapan.

Semoga percutian anda memberi sesuatu momen yang sukar dilupakan dan berkualiti untuk anak-anak dan pasangan anda nanti. Selamat bercuti!

Baca Artikel Menarik Ini Juga

5 Comments

Saya nak bercuti ke KK la pulak..

doakan saya kaya 7 keturunan tuan hehehehe

Tips sgt terbaik nk melancong...boleh guna info ni utk travel nanti.

cuaca juga kena ambil kira terutamanya yang nak masuk pulau naik gunung.. kalau tiket dah beli tapi kena cancel. rugi juga tu.


EmoticonEmoticon