Isnin, 16 Oktober 2017

Cara Daftar Uber Driver Online Malaysia

Ramai orang sudah menjana pendapatan dengan memandu Uber. Sesetengah daripadanya menjadikan Uber sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga mereka. Namun, Uber juga boleh dibuat secara part-time sahaja tanpa menganggu masa bekerja dan belajar anda pada hari-hari biasa.


Dengan kesibukan bandar setiap negeri di Malaysia, masalah utama yang selalu berlaku adalah kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi di Semenanjung Malaysia. Uber amatlah membantu anda berjimat dari segi:
  1. Penjimatan wang untuk mengisi minyak petrol
  2. Penjimatan bayar yuran parking
  3. Penjimatan wang untuk servis kereta 

Selain penjimatan, secara tidak langsung anda telah…
  1. Membantu mengurangkan kesesakan jalan raya
  2. Membantu menambah pendapatan pemandu Uber yang mungkin seorang pelajar
  3. Membantu mengurangkan kesesakan tempat meletak kenderaan
  4. Membantu meningkatkan sosio-ekonomi negara

Adakah kereta saya layak untuk buat Uber? 

Mungkin ada yang baru nak daftar sebagai pemandu Uber di Malaysia. Walaupun kebanyakan kereta empat pintu layak tetapi keperluan berbeza mengikut pilihan kenderaan. Berikut adalah keperluan dan kelayakan minima kereta untuk Uber di Malaysia:
  1. Kereta tidak melebihi usia 8 tahun
  2. Kenderaan 4 pintu
  3. Keadaan baik tanpa kerosakan kosmetik
  4. Tiada penjenamaan komersial

Kebanyakan kereta baru layak untuk memandu dengan uberX, pilihan kenderaan yang paling popular untuk penumpang. Keperluan tambahan untuk UberX:-


  1. Sedan 4 pintu dalam keadaan baik
  2. Mampu membawa sekurang-kurangnya 4 penumpang dan pemandu
  3. Tingkap dan penghawa dingin yang berfungsi
  4. Bukan van bersaiz penuh atau trak
  5. Bukan teksi, kereta kerajaan atau kenderaan lain yang ditanda
  6. Bukan kereta yang dibina semula

Keperluan minima untuk pemandu Uber?

Kebanyakkan orang layak memandu dengan Uber, walaupun tiada lessen komersial. Kelayakan mungkin berbeza bergantung kepada sesuatu bandar tersebut. Namun, berikut adalah kelayakan standard yang diperlukan untuk pemandu Uber:
  • MESTI berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
  • Mempunyai lessen pemandu kompeten (bukan L atau P)
  • Tiada rekod jenayah

Dokumen wajib untuk pendaftaran Uber?

Sebelum anda mula memandu, anda diwajibkan untuk menghantar dokumen berikut untuk semakan dan kelulusan:
  1. Lesen pemandu kompeten (CDL)
  2. MyKad (IC)
  3. Polisi perlindungan insurans (Insurans Cover Note) (jika menggunakan kenderaan sendiri)

Selepas anda UPLOAD semua dokumen ini secara online, pihak pengurusan Uber Malaysia akan membuat semakan latar belakang anda. Termasuk semakan saman, rekod jenayah dan maklumat lesen anda.


Kelebihan Sebagai Pemandu Uber?

Hurmm, tak kan tak tau lagi? Semua orang dah jana pendapatan ribu-ribu sebulan sebab Uber ni bukan macam teksi yang selalu parking dekat airport dan depan hotel-hotel ja tu,mereka ada dimana-mana mengikut bandar-bandar yang telah ada perkhidmatan Uber ini. Kelebihan?
  • Buat jadual sendiri, ‘bekerja’ ikut keselesaan anda.
  • Bayaran bagi setiap perjalanan. Bayaran tambang bermula dengan bayaran tetap kemudian akan berubah bergantung kepada masa dan jarak lokasi. Jika peak time atau demand tinggi, driver akan dibayar lebih tinggi.
  • Memandu dengan bantuan Uber Apps. Setiap selok belok, u-turn, bulatan dan simpang akan dibantu oleh Uber Apps. 
  • Pembayaran mudah. Pengguna Uber boleh membayar mengunakan kredit kad, debit kad, atau tunai. 

Okaylah..sebelum mendaftar, pastikan lokasi bandaraya dimana anda nak buat Uber ada dalam senarai. Ini kerana hanya bandaraya ini yang ada perkhidmatan Uber buat masa ini, untuk bandar-bandar lain perlu menunggu pengumuman lanjut dari pihak pengurusan Uber Malaysia. Lokasi Uber di Malaysia:
  • Batu Pahat
  • Ipoh 
  • Johor Bharu
  • Melaka
  • Kuching
  • Kuantan
  • Kuala Terengganu
  • Kuala Lumpur
  • Kota Kinabalu
  • Pulau Pinang
  • Sandakan
  • Lembah Klang
  • Miri
  • Alor Setar
  • Langkawi
  • Selangor 
  • Seremban

Cara Daftar Dengan Uber Malaysia Secara Online

Segalanya mudah! Hanya dengan mendaftar secara atas talian atau online anda boleh lakukannya. Pastikan anda telah SCAN dokumen seperti Mykad (IC) depan belakang, Lesen Memandu (CDL) dan Polisi Insurans (Insurans Cover Note).

Kemudian, klik SINI untuk pendaftaran online.

Email makluman pendaftaran akan dihantar ke email yang anda daftarkan. Proses untuk pendaftaran akan memakan masa 1 hingga 3 hari. Anda akan dimaklumkan atau dihubungi untuk proses latihan dan taklimat selama beberapa jam. Last sekali, pastikan HP anda mempunyai line internet dan data yang mencukupi kerana anda perlukan data internet untuk mula memandu dengan Uber.

Last sekali, saya ucapkan semoga sukses untuk kerja part-time atau sepenuh masa dengan memandu bersama Uber Malaysia. Pandu secara berhemah dan budi Bahasa yang sopan untuk dapatkan rating yang Uber yang lebih baik. 


3 comments

saya nak jadi penumpamg Uber jelah..

skill memmandu saya agak sederhana ..

dan saya kurang suka memandu..

Nice sharing Elih.. now sedang decide mo jd uber hehe.. thanks for the info


EmoticonEmoticon