10 Hotline Penting Syarikat Insuran Untuk Kerosakan Dan Kemalangan Jalanraya

Kereta dan kerosakan tidak dapat dipisahkan. Sedangkan manusia pun kena penyakit, apalagi jentera yang memang hanya ciptaan manusia. Pada zaman canggih sekarang, kereta adalah satu keperluan wajib setiap orang. Seiring dengan peredaran masa, semakin canggih sesebuah kereta itu semakin tinggi kadar penyelenggaraannya. 

10 Hotline Penting Syarikat Insuran Untuk Kerosakan Dan Kemalangan Jalanraya

Kereta dah servis belum? Hehe..

Jenis-Jenis Insuran Kenderaan

Walaupun saya bukan agen insuran, tetapi saya banyak ditanyakan mengenai insuran di blog ini. Mungkin kerana saya pernah terbitkan topik ini disini..

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 jenis insuran yang ada ditawarkan kepada pemilik kenderaan. Iaitu..
  1. Insuran Comprehensive (1ST Party)
  2. Insuran Third Party
  3. Insuran Kebakaran dan Kecurian

Untuk mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga insuran ini, boleh baca artikel dibawah..

Baca - 3 Jenis Insuran Kereta Dan Perbezaannya

Senarai Hotline Syarikat Insuran Untuk Bantuan Kerosakkan Dan Kemalangan Jalanraya

Syarikat insuran yang terdapat di Malaysia mungkin ada lebih banyak. Ini mungkin hanya sebahagian sahaja, saya kongsikan dengan anda 10 talian hotline syarikat insuran yang popular digunakan rakyat Malaysia.

Pilihlah syarikat insuran mana yang korang beli untuk perlindungan kereta sekarang dan save baik-baik talian hotline ini dalam smartphone atau lekat atau simpan dalam kereta baik-baik.

Senarai 10 Hotline Penting Syarikat Insuran Untuk Kerosakan Dan Kemalangan Jalanraya

AIG Malaysia 24 Hours Road Assistance Service
1-300-88-3933

Allianz 24 Hours Car Assistance Programme
1-800-88-6278

Am Assurance 24 Hours Breakdown or Accident Service
1-300-88-2647 (powered by Kurnia Auto Assist)
1-300-22-1188 (Accident Assist Call Centre)

AXA Affin 24 Hours Motor Roadside Assistance
1-800-88-1033

Berjaya Sompo Rakan Auto
03-7628 3822/03-7841 5660

Etiqa 24 Hours Emergency and Car Breakdown Assistance
1-800-88-6491

MSIG Insurance 24 Hours Motor Assist
1-300-88-0833

Takaful Ikhlas 24 Hours Bantuan Ikhlas (Assistance Service)
1-800-88-1186

Takaful Malaysia 24 Hours Tele Bantuan
1-800-88-8788

Tokio Marine Auto Partner
03-2053 5800
1-800-88-1301 (Tow Truck Services)

Selepas anda membuat panggilan kerosakan atau kemalangan tersebut. Pihak syarikat insuran akan menghubungi wakil agen insuran mereka yang terdekat untuk dating memberikan bantuan kepada anda. Diingatkan, ada service towing yang berbayar dan ada yang percuma terpulang dengan jarak anda dalam lingkungan yang ditetapkan dalam polisi insuran.

Semoga dengan adanya maklumat pantas talian hotline syarikat insurans ini dapat membantu anda disaat kecemasan dan tak tau nak buat apa nanti. Berhati-hati dijalan raya, pastikan kereta anda sentiasa diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan. Paling penting, ganti part dengan produk yang original !

Jika nak beli atau nak jual motosikal terpakai, boleh cuba iklankan di iMotorbike

Sekian, dan semoga membantu.

Baca Artikel Menarik Ini Juga

0 Comments


EmoticonEmoticon