6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah

6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah. Dekorasi dan hiasan dalaman rumah akan nampak suram jika tidak ditambah dengan aksesori yang berwarna. Namun, untuk mendapatkan kombinasi warna yang sesuai dengan keseluruhan tema tidaklah semudah yang disangka. Ada kalanya warna yang terlalu sedondon akan menjadikan sesuatu ruang kelihatan membosankan dan campuran terlalu banyak warna pula boleh membuatkan anda jadi ‘mabuk warna’. 

Menurut teori yang diguna pakai oleh pereka hiasan dalaman (dan pereka fesyen juga), penggunaan warna dalam apa juga reka bentuk haruslah mengikut nisbah 60-30-10, iaitu:

60% warna dominan (dinding, siling plaster)
30% warna sekunder (kain upholsteri, panel dinding)
10% warna menonjol (kusyen kecil, pasu bunga) 

Warna putih, krim dan kuning air adalah pilihan warna asas yang paling sesuai untuk warna dominan bagi hiasan dalaman rumah. Warna-warna ini dianggap sebagai warna selamat untuk digunakan pada dinding, lantai dan juga siling. Warna sekunder dan warna menonjol pula dianggap sebagai warna yang memberi impak bagi sesuatu ruang.

Untuk faham lebih lanjut tentang cara-cara untuk menggunakan warna dalam hiasan dalaman rumah, mari lihat kompilasi gambar hasil kerja Malaysian interior designers yang pasti akan buat anda terkesima. 


1. Warna biru terang untuk ruang tamu bertema maskulin 

Warna dominan putih menjadi pilihan untuk tiang dan siling plaster di ruang tamu ini. Untuk warna sekunder pula, pereka hiasan dalaman telah memilih panel kayu dinding dan karpet shaggy berwarna coklat gelap. Kemudian, bangku dan kusyen kecil biru terang ditambah di ruang ini untuk menyerlahkan lagi tema maskulin yang dikehendaki oleh pemilik rumah. 
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
 Projek oleh Double Art Design Studio. Sumber


2. Warna terang untuk hiasan dalaman bertema retro klasik 

Ruang yang asalnya serba putih ini diserlahkan dengan warna sekunder dalam tona gelap. Kerusi makan berwarna terang seperti kuning dan turquoise, serta wing chair berwarna lime green pula telah membuatkan rumah dengan pelan terbuka ini tampak segar dan ceria.
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
 Projek oleh ICON- Interior design & renovationSumber


3. Warna biru kelabu sesuai untuk ruang tamu moden

Dinding ruang tamu ini telah dicat dengan warna kelabu. Untuk feature wall, batu bata putih yang sedondon dengan warna siling menjadi pilihan untuk menghiasi dinding. Bagi  menghasilkan tema moden, kerusi dan meja kopi wrought iron berwarna hitam menjadi pilihan pemilik rumah ini. Wing chair dengan reka bentuk moden berwarna biru kelabu pula ditambah untuk menaikkan seri ruang ini.
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
Projek oleh Pocket SquareSumber.


4. Warna emas untuk suasana romantik dan mewah

Sesetengah orang menganggap warna emas adalah warna yang terlalu menonjol dan tidak sesuai untuk digunakan di ruang tamu. Namun, untuk menghasilkan ruang tamu yang bersuasana romantik, gandingan warna gelap dan warna emas adalah pilihan yang terbaik. Selain itu, penggunaan warna emas juga akan membuatkan sesuatu ruang itu kelihatan mewah dan anggun dengan serta merta. 
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
Projek oleh Desigva InteriorSumber.


5. Gunakan warna primer

Kabinet “terapung” yang berwarna kuning terang, kusyen bean bag yang berwarna merah, serta warna primer dalam lukisan abstrak, membuatkan ruang tamu ini kelihatan seperti sebuah galeri seni.
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
Projek oleh Urban Structure ConstructionSumber.


6. Kombinasi warna dan corak

Tidak ramai yang berani menggunakan kombinasi warna kontras untuk ruang tamu. Tetapi, pereka hiasan dalaman ini berjaya menghasilkan ruang tamu yang selesa dan menarik dengan menggunakan warna biru terang dan coklat muda. Pilihan karpet bercorak dengan kombinasi warna yang sama juga nampak sesuai dengan keseluruhan suasana ruang ini.
6 Teknik Penggunaan Warna Untuk Hiasan Dalaman Rumah
Projek oleh Klass InteriorsSumber.

Setelah melihat sentuhan Malaysian Interior Designers di atas, jelaslah yang penggunaan warna amat penting dalam menghasilkan sesuatu suasana dan tema untuk ruang tamu. Namun, penggunaan terlalu banyak warna akan membuatkan anda menjadi cepat bosan. Jadi, kuncinya ialah untuk berpada-pada dalam memilih perabot dan perhiasan berwarna.  

Dapatkan khidmat pereka hiasan dalaman melalui Recommend.my mengikut citarasa, kerperluan, dan bajet anda. Dengan lebih 900 pereka hiasan dalaman profesional yang berdaftar di Recommend.my, anda pasti akan dapat mencari dan bekerjasama dengan peredalaman untuk menjadikan pengubahsuaian ruang tamu impian anda satu kenyataan.

Baca Artikel Menarik Ini Juga

13 Comments

Rasa mahu buat rumah baru la nie..

Kasi cantik cantik..

Biar jadi rumahku syuragaku

Buat lah tuan Hanafi. Buat rumah kedua utk yg no. 2 terus. Hehee

menarik semua gambar, tapi apakan daya rumah mrs pip ni very the small small sgt, so, nak menghias pun sangat limited.

Rumah kecil pun kalau dihias lagi lah cantik. Hehe.

alhamdulillah entri ni sgt mbantu ju ! ju dlm proses cantikkan ruang tamu dan dapur. untuk ruang tamu ju plan nak buat tema warna biru dan kelabu tu. dapur pula ju ubahsuai ikut tema kombinasi dan corak. =D

Awesome info Elih! Useful info and so happen february masuk rumah baru so maybe we can use the tips. Thank you for sharing!

Warna emas yg plg menarik perhatian. Memang nampak mewah dan eksklusif.

saya baca satu persatu mencari PINK.. huu~

Your are welcome sir. Maybe you can try one of this decorations idea.

Oh. Yang pink tu mungkin teknik ke-7 hehe. :)

Baru tahun kombinasi color, tapi pilihan saya romantik dan elegant. 😉


EmoticonEmoticon