Jadual Pembayaran Dan Kemaskini BR1M 2018

Jadual Pembayaran Dan Kemaskini BR1M 2018

Bergembiralah anda (yang layak) kerana Perdana Menteri Malaysia pada perbentangan bajet 2018 lalu telah mengumumkan untuk meneruskan dan memperuntukkan sebanyak 6.8 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kira-kira 6 juta rakyat Malaysia khususnya. 

Seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lepas, BR1M akan diberikan kepada penerima yang layak melalui 3 peringkat atau lebih mudah difahami, BR1M akan diberikan 3 kali setahun mengikut kelayakan masing-masing.


Tarikh Kemaskini Dan Permohonan Baru BR1M 2018

Untuk makluman, BR1M 2018 boleh dikemaskini secara online atau melalui kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan anda. 

Tarikh kemaskini BR1M 2018 - 27 November 2017 hingga 31 Disember 2017

Permohonan Baru

Dalam tempoh sebulan lebih ini, anda yang mahu membuat permohonan baru haruslah memastikan kelayakan terlebih dahulu.

  • Individu atau isirumah yang belum pernah memohon
  • Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia atau bercerai
  • Permohonan yang gagal/tidak layak pada permohonan BR1M sebelum ini

Kemaskini Maklumat

  • Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun permohonan
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan, tanggungan, perubahan status perkahwinan, perubaha alamat , perubahan nombor telefon dan perubahan nama waris.

Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini

Perlukah dikemaskini jika tiada sebarang perubahan kepada maklumat diatas? Tidak perlu sekiranya masih dalam tempoh 3 tahun selepas tarikh permohonan dibuat. Namun, perlu dikenalpasti apakah maklumat penting yang perlu dikemaskini?

Berikut adalah beberapa maklumat yang penting perlu dikemaskini dalam permohonan BR1M 2018:-

  1. Status Perkahwinan - kahwin, cerai, kematian pasangan (nyatakan tarikh kematian atau tarikh perceraian)
  2. Alamat surat-menyurat dan email
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan - pastikan nombor kad pengenalan MyKAD, MyKID, MyPR, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
  6. Maklumat waris - waris asal yang dinamakan meninggal dunia, ianya bagi membolehkan waris membuat tuntutan khairat kematian dan baki BR1M.


Jadual Pembayaran BR1M 2018

Untuk membolehkan anda merancang perbelanjaan, berikut adalah jadual pembayaran BR1M 2018 mengikut kategori iaitu Individu berumur 21 tahun bergaji bulanan bawah RM2,000, Isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan Isirumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000.

Jadual Pembayaran Dan Kemaskini BR1M 2018


Individu (Bawah RM2K) Isirumah (RM3K-RM4K) Isirumah (RM3K Kebawah)
FEB 2018 - RM450 FEB 2018 - RM300 FEB 2018 - RM400
NA JUN 2018 - RM300 JUN 2018 - RM400
NA OGOS 2018 - RM300 OGOS 2018 - RM400

Untuk permohonan baru dan kemaskini permohonan, layari..

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Pihak kerajaan berharap, dengan pemberian bantuan ini dapatlah meringankan beban rakyat Malaysia. Namun, berapa peratuskah BR1M ini dapat membantu rakyat sedangkan harga bahan api dan barangan semakin meningkat?

Bersyukurlah bagi anda yang layak menerima BR1M 2018 ini. Gunakanlah duit ini sebaik-baiknya. Bagi yang tidak layak, usahlah merungut, mungkin ada rezeki lain yang lebih baik untuk kita.

Baca Artikel Menarik Ini Juga

8 Comments

Alhamdulillah trima kasih share pasal brim ni. Ju kurg ilmu pasal agihan brim ni, pas baca mmudahkn mau atur pbelanjaan lepas ni =)

ada BR1M keluar..

para peniaga boleh buat mega sales..

suruh rakyat berbelanja agar duit dalam GST kembali ke kerajaan semula...

belilah barangan buatan Malaysia

BR1M dah kemaskini ka belum Jun Zie? hehe..

Memang dah strategi begitu tuan. Haha. BR1M dah tak lepas ni..

Baru lepas kemaskini. Tapi husband yang dapat. Awat laa PM tak bagi dua-dua sekali? Hahhahaa

Hahaha. Untung lah dapat lagi. Sy ni asik reject ja.


EmoticonEmoticon