Isnin, 11 Disember 2017

10 Broker Forex Terbaik Malaysia 2018

Mencari Broker Forex yang terbaik bukanlah satu kemestian kepada trader Forex yang baru nak bermula. Sekiranya terdapat mana-mana trader ataupun pemula yang percaya bahawa hanya sesetngah broker terbaik yang terpilih saja boleh berdagang pada platform yang dipercayai dan bagus, itu adalah satu tanggapan yang salah. Semua Broker Forex mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Ianya sangat bergantung kepada bagaimana kita boleh berhubung, mencari dan cara urusniaga di negara kita.

10 Broker Forex Terbaik Malaysia 2018

Cara untuk mencari Broker Forex terbaik dan selamat adalah dengan mengetahui mana dan bagaimana mencari mereka. Kita anggap proses ni sebagai ‘tapisan’ untuk menilai Broker Forex mana yang boleh dipercayai, baik daripada segi platform, bonus berdagang, spread, leverage, cara deposit dan withdrawal, dan tempoh masa proses yang dijanjikan.


Broker Forex Yang Mempunyai Reputasi Terbaik 2018

Kita semua faham, ada sesetengah Broker Forex yang tidak jujur dalam menguruskan pedagang mereka. Sebab itu, memang sangatlah penting untuk mempunyai broker perdagangan Forex yang boleh dipercayai dikalangan pedagang Forex. 
Saya sendiri telah mula berjinak-jinak dengan Forex ni. Amaran saya! Jangan berani berdagang Forex jika tiada pengalaman, ilmu berdagang dan paling penting anda perlukan seorang atau sekumpulan ‘mentor’ untuk dijadikan rujukan. Risiko dalam berdagang Forex sentiasa 100%! Anda mungkin boleh kehilangan modal yang didagangkan. 

Baiklah, tanpa membuang masa. Saya perkenalkan dengan anda 10 Broker Forex yang selalu disebut-sebutkan terbaik di Malaysia tahun 2017. Antaranya adalah:
#1 - XM Forex 
Minimum Deposit USD5
Pengawalan CYSEC
Bonus Percuma USD30
#2 - FBS Forex
Minimum Deposit USD1
Pengawalan IFSC
Bonus Percuma 100%
#3 - AvatradeMinimum Deposit USD100
Pengawalan MIFID
Bonus Percuma 40%
#4 - HXCMMinimum Deposit USD50
Pengawalan FSA
Bonus Percuma USD25
#5 - HotForexMinimum Deposit USD50
Pengawalan CYSEC
Bonus Percuma 100%
#6 - UFX Forex
Minimum Deposit USD100
Pengawalan CYSEC,MIFID
Bonus Percuma USD50
#7 - Etoro
Minimum Deposit USD50
Pengawalan CYSEC,FCA
Bonus Percuma Sehingga USD1000
#8 - TRADE.COM
Minimum Deposit USD250
Pengawalan CYSEC
Bonus Percuma USD25
#9 - PLUS500
Minimum Deposit USD100
Pengawalan CYSEC
Bonus Percuma N/A
#10 - InstaForex
Minimum Deposit USD1
Pengawalan FFMS
Bonus Percuma 250%

Terdapat banyak lagi Broker Forex yang ada, namun saya hanya kongsikan 10 broker yang paling banyak di review oleh otai-otai Forex dan dibincangkan di forum-forum semasa di Malaysia. 


Bagaimana Broker Forex Yang Baik Dinilai?

Bagi trader pemula atau yang baru nak bermula trade forex tu, ada beberapa perkara basic yang perlu diselidiki mengenai broker ni. Takut nanti, bila dah deposit duit tapi seminggu duit tak masuk dalam akaun MT 4 anda. Atau, jika nak buat pengeluaran, memakan masa berbulan-bulan baru masuk ke akaun anda. Perkara ini yang perlu dielakkan sebenarnya.
So, broker forex yang terbaik adalah mempunyai sistem pemantauan yang baik, maksud saya broker yang dipantau oleh sesebuah agensi pakar yang dipilih diperingkat nasional samada oleh pihak kerajaan atau pihak-pihak berkuasa tertentu.Sebagai contoh, broker yang boleh dipercayai di Cyprus akan selalu dipantau oleh CySEC. Agensi-agensi seperti ini akan menguruskan lesen-lesen yang diperlukan oleh broker untuk disenaraikan secara rasmi dipasaran. Harus diingat, tanpa lesen tersebut paltform berdagang tersebut dianggap sebagai scam atau penipuan.

Selain itu, ada beberapa faktor penting pemilihan broker forex yang perlu diambil kira iaitu reputasi syarikat, platform perdagangan, ciri-ciri perdagangan, cara pembayaran deposit dan pengeluaran, bonus yang ditawarkan, dan khidmat sokongan pelanggan yang diberikan. 

Cadangan Broker Forex Malaysia 2018

Tahun 2017 akan melabuhkan tirai tak lama lagi, mulakan perdagangan Forex anda dengan beberapa Broker Forex yang mempunyai kelebihan cara deposit dan pengeluaran menggunakan Bank Tempatan di Malaysia seperti CIMB Bank, Maybank, RHB Bank, Allianze Bank, AmBank dan sebagainya. Broker yang saya maksudkan adalah FBS Forex, XM Forex dan InstaForex.

Jika anda menggunakan broker yang tiada perkhidmatan diatas, maka anda boleh menggunakan broker lain samada menggunakan kredit kad/debit kad atau menggunakan IB (Introducer Broker) dan LD (Local Depositor) di Malaysia.
Baca juga - 21 Broker Saham Terbaik Bursa Malaysia
Sebagai kesimpulannya, pastikan anda berdagang Forex dengan cara yang betul dan mentor yang betul. Panduan dan teknik Forex banyak juga dijual, namun saya cadangkan anda mengikuti laman web Moshed.com kerana reputasi daripada analisis beliau sangat-sangat tepat untuk pedagang Forex, khususnya di Malaysia. 

Sekian, dan semoga perkongsian 10 Broker Forex Terbaik Malaysia 2018 ini membantu anda untuk membuat pilihan Broker Forex yang akan disertai nanti. 

Related Posts

10 Broker Forex Terbaik Malaysia 2018
4/ 5
Oleh

4 comments

Tulis comments
avatar
11 Disember 2017 8:57 PG

Apa yg paling penting dalam apa jua jenis pelaburan adalah;
Ilmu
Modal
Matlamat
Mentor

Sudah ada simpanan dana kecemasan 3-12 bulan gaji baru boleh fikir nak melabur. Takut nanti diri sendiri merana.. pelaburan tak menjanjikan keuntungan..

Reply
avatar
11 Disember 2017 12:31 PTG

Insta forex selalu ada isu... Hiks.

Reply
avatar
12 Disember 2017 7:42 PTG

tengok juga memasing, tapi biasa yang femes takde masalah..dulu first dengan Etoro..best gile masa tu copy trade.skang dah malas plak nak depo..:P

Reply