20 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Malaysia

Sejak tahun 2009, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengeluarkan senarai 100 Koperasi terbaik yang menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman pendidikan, saham koperasi dan pinjaman membeli barangan elektronik dan kenderaan.

Selain menawarkan pinjaman peribadi, dan pinjaman perniagaan, koperasi juga ada pakej simpanan saham atau pelaburan yang mempunyai pulangan dividen yang lebih tinggi berbanding pelaburan lain. Peminjam yang lulus pinjaman boleh mendaftar terus sebagai ahli/anggota koperasi berkenaan dengan bayaran yuran pendaftaran yang ditetapkan koperasi itu.

20 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Malaysia

Senarai 20 Koperasi Terbaik Di Malaysia

Mengikut indeks 100 koperasi terbaik Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tahun ini. Saya ringkaskan 20 senarai koperasi terbaik di Malaysia yang boleh dipertimbangkan untuk pelaburan dan membuat pinjaman.

Berikut adalah senarai Top 10 Koperasi di Malaysia yang terbaik tahun 2017:

1 - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
2 - Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
3 - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
4 - Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad
5 - Koperasi NLFCS Berhad
6 - Koperasi Kakitangan Petronas Berhad
7 - Koperasi Co-OpbankPersatuan Malaysia Berhad
8 - Koperasi Wawasan Malaysia Berhad
9 - Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad
10 - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
11 - Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad
12 - Koperasi Tenaga Nasional Berhad
13 - Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
14 - Koperasi Pekerja-Pekerja Shell Malaysia Berhad
15 - Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad
16 - Koperasi MCIS Berhad
17 - Koperasi SerbausahaMakmur Berhad
18 - Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad
19 - Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Berhad
20 - Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad

Senarai Top 100 Koperasi di Malaysia yang terbaik tahun 2009 hingga 2017 - Rujuk laman web Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Apa Itu Pinjaman Koperasi?

Pinjaman koperasi ialah sejenis pinjaman peribadi yang ditawarkan kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajan Negeri, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan separuh Kerajaan (Lembaga)

Pinjaman peribadi Koperasi yang biasa kita dengar adalah seperti Koperasi Ukhwah, Koperasi Gemilang, Koperasi Petronesa, Kobeta, Kowamas, Coshare atau sebagainya. Koperasi biasanya dibiayai oleh pihak bank-bank tempatan dan yayasan-yayasan di Malaysia.

Kelebihan dan Ciri Utama Pinjaman Koperasi

  1. Bayaran balik pinjaman koperasi melalui potongan gaji (Biro Angkasa atau Jabatan Akauntan Negara)
  2. Jumlah pembiayaan bermula RM2000 sehingga RM250,000
  3. Tiada cagaran dan tanpa penjamin diperlukan
  4. Dana serbaguna, samada untuk penstrukturan semula hutang, pembelian rumah, pembelian tanah, pembelian kereta, pendidikan perniagaan, bayaran bil perubatan dan juga perkahwinan
  5. Tanpa mengira komitmen luar (slip gaji)
  6. Blacklist/CTOS (dibawah jumlah tertentu) adalah layak

Perbezaan Koperasi dengan Pinjaman Bank adalah Koperasi hanya untuk pinjaman kakitangan awam, manakala pinjaman peribadi bank adalah untuk Kakitangan Kerajaan, Pekerja Swasta dan mereka yang bekerja sendiri.

Walaupun interest yang agak tinggi, pinjaman koperasi masih alternatif pilihan kedua berbanding pinjaman bank yang memerlukan rekod CCRIS dan CTOS yang baik.

Jika anda berminat membuat pinjaman dengan mana-mana koperasi di Malaysia, pastikan koperasi tersebut mempunyai reputasi yang baik dan boleh dipercayai. Boleh dipercayai maksudnya, proses kelulusan yang pantas, tempoh pengkreditan duit ke akaun peminjam dan pembiayaan yang cukup daripada bank dan yayasan yang dinauginya.

Akhir sekali, buatlah pinjaman peribadi koperasi dengan cara berhemah. Elakkan keberhutangan yang serius yang boleh menjurus kepada kebankrupan dan kemerosotan kualiti kerja kelak. Semoga perkongsian 20 Pinjaman Peribadi Koperasi Terbaik Malaysia ini bermanfaat untuk anda.

Baca Artikel Menarik Ini Juga

3 Comments


EmoticonEmoticon